Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Sunday, 19 May 2013

Diari Buat Razz [7]



7

                DIA TEGUR AKU! >.<
Sumpah rasa nak gugur jantung waktu tu. Tak tau nak buat muka macam mana. Gila sungguh. Macam mana dia boleh tergerak nak tegur aku? Rasa nak menyorok bawah meja tapi nasib baik waktu tu ada Rin jadi kenalah bajet takde apa-apa. Tapi hati dup dap dup dap.

Dia membaca semula apa yang tertulis di atas kertas berwarna coklat itu. Matanya dipejam rapat-rapat. Nafas ditarik panjang sebelum dia menghembusnya keluar. Tangan kanan dilekapkan ke dada. Jantungnya tika itu tak tau macam mana detaknya.
                
Sudah tiga hari insiden di perpustakaan tu berlalu. Eh, boleh kira insiden ke? Ah, boleh jelah. Siapa sangka mamat tu akan tegur dia? Siapa juga sangka mamat tu sanggup hendak duduk satu meja dengannya? Macam mimpi. Tapi semestinyalah bukan mimpi kalau dah waktu tu aku elok celik nampak dia depan mata.
                
Kelopak mata yang tertutup dibuka perlahan-lahan. Pandangannya jatuh semula pada helaian buku nota berwarna biru yang terbuka di hadapannya. Sekali lagi dia menghembus nafas. Seram sejuk bila diingat balik. Redup pandangan lelaki itu. Senyuman tu. Damn! Aku dah gila.
                
Kedua-dua belah tangan meraup mukanya berkali-kali. Ish, aku ni dah kenapa? Gila bayang? Ha.Ha.Ha. Itu adalah tidak lawak. Farha Alisa gila bayang? Mati hidup semula pun belum tentu. Tapi, kenapa macam susah sangat nak buang jauh-jauh muka si Razzen Syah tu? Ke mana-mana ada je muka dia. Stress!
                
Tubuhnya disandarkan ke belakang. Anak mata merenung siling bilik. Tangan diangkat ke udara dan jari dikembangkan. Kemudian, dia mengepal jari-jarinya membentuk penumbuk. Ah, apa aku buat ni? Farha Alisa dah tak betul. Tika itu juga telefon bimbitnya berbunyi.
                
Terkocoh-kocoh dia mencari telefon bimbit yang entah di mana diletakkannya. Habis segala bantal, selimut, patung dicampak. Oi, mana pulak telefon aku ni? Deringan telefon mati. Farha gigit bibir. Ish, mana ni?
                
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Dia menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dia mengalihkan pandangannya ke arah meja studi. Tanpa sedar dia menepuk dahi. Ha, elok sangatlah Al. Letak tempat lain, cari kat tempat lain. Telefon bimbit di atas meja dicapai dan terus dilekapkan ke telinga setelah butang hijau ditekan.
                
“Hello.” Tangan mencapai penyepit rambut di atas meja dan terus disepit rambutnya yang panjang melepasi bahu itu.
                
“Hello. Pa’a!” Jerit suara di hujung talian. Terjongket kening Farha untuk tiga saat. Pa’a? Jenuh dia memerah otak mengingati empunya suara yang menelefonnya. Siapa je yang panggil aku Pa’a? Ah, waktu-waktu nilah susah nak ingat orang.
                
“Ni siapa?”
                
“Sampai hati kau lupa aku, Pa’a. Payed la.”
                
Refleks dia menepuk dahi. Ceh! Mamat ni rupanya. Dia menarik senyum segaris. Payed atau nama sebenarnya Fareed Akmal merupakan so-called kawan baiknya. “Hidup lagi rupanya kau.” Sinis. Dia sudah pun beralih dari meja studi ke katilnya. Badan sudah pun elok berbaring di atas tilam empuk.
                
“Hahaha. Bangang. Kaulah dah lama tak contact aku.” Payed membalas. Farha geleng kepala. Senget punya budak. “Kau apa cerita, Pa’a?”
                
“Macam nilah. Kau tu apa cerita?”
                
“Tetap kacak seperti selalu.”
                
Farha mecebik. Poodaahhh! Kalau bab masuk bakul angkat sendiri memang kasi ke dia. Juara tanpa bertanding! Lengan kanan diletakkan di atas dahi. “Kau buat apa sekarang?”
                
“Tengah kumpul duit nak masuk meminang kau.”
               
“Kau dan lawak tak jadi kau. Seriuslah. Buat apa sekarang?” Sejak dari dulu si Payed tak habis-habis dengan dialog yang sama. Lawak tu dah basi. Boleh dah humban masuk dalam tong sampah. Farha menghela nafas panjang. Dia masih teringat waktu tu. Waktu pertama kali dia dan Payed berkenalan.

Farha memanjangkan lehernya mencari sebarang kereta yang lalu-lalang di hadapan bus stop di belakang sekolahnya itu. Tapi sebuah kereta pun tidak kelihatan. Nafas dihela panjang. pandangannya jatuh pada jam dipergelangan tangan. Mana papa ni?
                
Rasanya puas dia mengingatkan papanya yang dia balik awal dari kebiasaannya. Entah papa dengar atau tidak. Atau papa tak dengar langsung. Itu dia tak tau. Apa yang dia tahu dia memang dah memberitahu papanya. Banyak kali. Sampai tak terkira.
                
Tudung dikepala dibetulkan. Peraturan sekolah itu mengarahkan pelajar perempuan beragama Islam untuk bertudung maka dia pun bertudung. Kalau diikutkan dia tak nak. Hati belum tergerak untuk menutup aurat yang satu tu. Tunggulah. Lambat-laun dia akan bertudung juga tapi bila itu dia tak tahu.
                
“Sorang?”
                
Telinga menangkap suara seorang lelaki. Berkerut-kerut dahi ketika itu. Ni dah kenapa? Pantang nampak perempuan sorang-sorang ada je yang menegur. Farha langsung tidak memandang si empunya suara. Memandang terus ke tengah jalan. Tak nak ambil tahu!
                
“Oiiiiiiiiii…sorang ke?”
                
Farha mengeluh. Apa punya perangai ni? Tak faham bahasa ke? Kalau dah aku tak balas tu maknanya aku tak nak layan kaulah! Takkan itu pun nak kena ajar. Tak pernah tau pasal common sense ke mamat ni?
                
“Farha Alisa, oi. Sorang ke?”
               
Laju kepalanya berpaling ke kiri. Tak berkelip matanya memandang lelaki yang sedang berdiri dengan beg sekolah bergalas di bahu kanan. Macam mana dia tau nama aku? Lama dia merenung lelaki itu. Lelaki itu yang semacam tak selesa direnung sebegitu menggaru kepalanya. Pandangannya dilarikan ke tengah jalan. “Nama kau kat tudung tu.” Ujarnya selamba sambil memuncungkan bibir.
                
Farha tunduk memerhatikan tudungnya. Oh! Okay. Dia menarik senyuman paksa. “Nak apa?” Nak tak nak dia menyoal. Pandangan sudah pun dijatuhkan pada batu-batu halus di hujung kaki.
                
“Sorang ke?”
                
“Ada nampak orang lain ke kat sini?” Soalan berganti soalan. Sarkastik.
                
“Nak aku teman?”
                
“Takpe.”
               
Si lelaki yang menegur tadi sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Farha. Sedikit jauh. “Tak elok perempuan sorang-sorang kat sini. Aku Fareed Akmal. Panggil je Payed.” Dia menyebak rambutnya yang agak panjang itu ke belakang. “Aku nak panggil kau apa?”
                
“Al.”
                
“Al? Tak best. Aku panggil kau Pa’a. Boleh?”
                
Farha angkat kening. Mamat ni dah kenapa? “Suka hati kaulah.”
                
“So, Pa’a. Kau bukan budak form aku, kan?”
                
“Form 3.”
                
Payed sengih. “I see. Tahun ni aku SPM, kau PMR. All the best untuk kau dan aku.”
                
Farha hanya senyum nipis.

“Pa’a. Oi! Berangan.”
               
Suara Payed dihujung talian mematikan terus memori perkenalan dia dan Payed. Terkelip-kelip dia merenung dinding bercat ungu lembut di hadapannya. “Kau cakap apa?” Ish, macam mana boleh termasuk sesi mari-mengingati-sesi-perkenalan ni?
                
“Aku cakap…aku tengah kumpul duit nak masuk meminang kau.”
                
Farha menolak juntaian anak rambut dengan hujung jari. “Ha.Ha.Ha. Seriuslah Payed.” Farha dah malas nak layan. Makin dilayan makin melarat. Bukannya dia tak kenal perangai si Payed ni macam mana. Tak habis-habis dengan modal ‘nak masuk meminangnya’ tu.
                
“Aku serius ni.”
                
“Payed.” Suara Farha dah berubah serius.
                
“Okay okay. Aku nak buat apa lagi cik adik. Belajarlah.” Ada tawa dihujung ayatnya. Farha mencapai Pooh di hujung katil lalu dipeluk erat. Mukanya dibenamkan pada Pooh dalam pelukan. “Kau buat apa?”
                
“Soalan kasi bijaklah Payed. Kau macam tak tau aku buat apa.”
                
Payed ketawa galak. “Sorry. Sentap je kau. Amacam? Okay tak?”
                
“Tak.” Gumamnya perlahan. Bibir bawah digigit. Tubir mata terasa panas. Ah, sudah! Jangan nak menangislah Farha Alisa. Ni kenapa suka sangat menangis? Dulu tak macam ni pun. Payed punya fasallah ni!
                
“Kenapa ni?”
                
“Susahlah, Payed. Kau datang sini ajar akulah.”
                
“Gila kau? Jauh la Penang-Selangor. Kalau ada pintu suka hati Doraemon tu takpe jugak.” Payed bersuara. Farha mencebik. Mana ada jauh. Dia tu yang susah nak balik. Orang dah ada buah hatilah katakan. Mana nak kisah.
                
“Alasan!”
                
“Ni apa asyik sentap je ni? Rindu aku eh?” Sakat Payed dengan nada mengada.
                
Farha sudah menukar posisi dari menelentang kepada mengiring. “Pergi terjun lombong.” Perasan. Siapa rindu kau? Tolong sikit. Dari aku dok rindu kau baiklah aku bawak diri sambung study Fizik yang sampai kesudah aku tak faham tu.  
                
“Yelah tak rindu. Aku je rindu kau tak sudah.”
                
“Dramalah, Payed. Awek kau nak campak mana?”
                
“Awek aku, kaulah.”
               
Eh? “Dah tu siapa Caca?”
                
Stalk aku eh?”
               
Ha, tengok tu. Datang dah perasan dia. Siapa nak stalk kaulah? “Dahlah. Aku nak tidur. Layan kau boleh gila.”
               
“Yelah yelah. Tidur elok-elok. Cuci kaki. Baca doa. Mimpi aku.”
                
“Nanti mimpi ngeri. Good night.”
                
Payed ketawa. “Good night.”
                
Talian terus dimatikan. Farha meraup mukanya dengan tangan kanan. Samsung Galaxy SII diletakkan bersebelahan bantal. Dia bangun dari pembaringan, melangkah ke arah suis lampu. Hujung jari menekan suis lampu dan tak lama kemudian biliknya gelap.

2 comments:

  1. tuuuuuwiiieeeeeeeetttttttttt.......................huhuhu

    ReplyDelete