Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Thursday 20 February 2014

Karl dan Aya

Paket Chipsmore yang baru dibeli di 7 Eleven tidak jauh dari kerusi yang didudukinya dibuka. Hujung jari mengambil sekeping biskut lalu disumbat masuk ke dalam mulut. Matanya ditala ke hadapan. Memandang orang ramai yang tidak putus-putus sejak dua jam yang lepas di perhentian bas itu. Tangan kiri menyebak rambutnya ke belakang.

Karl menarik nafas dalam. Matanya dilirikkan ke kanan. Pada gadis bertudung kelabu disebelahnya. Paket chipsmorr ditangan diunjukkan ke arah gadis itu. "Biskut?" tanyanya cuba berlaku ramah.

Gadis itu angkat kening. Kepalanya digelengkan. Disebalik tudung kelabunya jelas dia nampak tali earphone. Hmm, dengar lagu? Karl menjongketkan bahunya. Orang dah tak nak, tak payah nak dipaksa. Karl meluruskan kakinya. Lenguhlah pulak duduk lama-lama macam ni.

Paket chipsmore dibiarkan diatas peha. Matanya masih pada orang ramai yang berpusu-pusu entah hendak ke mana. Dalam pada dia ralit memandang lautan manusia di hadapannya terasa bahunya dicuit. Lantas dia berpaling ke kiri. Terjongket tinggi keningnya melihatkan gadis bertudung kelabu tadi. Dah kenapa? "Yes?"

Gadis itu menarik senyuman serba-salah. "Err, biskut ada lagi?" Terus berubah merah wajah gadis tadi. Merah semerahnya.

Karl sengih. Haa, tulah. Tadi jual mahal sangat. Paket chipsmore dihulurkan kepada gadis itu. Sekeping biskut diambil dan terus disumbat masuk ke dalam mulut. Dikunyah perlahan-lahan.

"Buat apa kat sini?" Karl bertanya, membuka bicara. Bosan jugak tak bercakap dari tadi.

"Tak buat apa. Kau?"

"Tengok manusia."

Automatik gadis disebelahnya itu ketawa. Macamlah Karl ada buat lawak versi kena gelak bersungguh-sungguh. "What do you mean by tengok manusia?"

"Just like what I said." Lah, apa yang dia tak faham dengan ayat aku tu. Bukannya aku bagi ayat berbunga-bunga pun.

"Serius la?" Tak berkelip gadis itu memandang Karl.

"Yes." Jeda. "By the way, I'm Karl and you?"

"Aya. Panggil je Aya." Bibir mengoyak senyuman segaris. Manis. Terserlah lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Menambahkan lagi manis wajah Aya.

Karl menganggukkan kepalanya. Aya eh? Karl mendongak memandang siling perhentian bas itu. Sesekali dia mengerling ke arah Aya disebelahnya.

"Kau selesa ke?"

"Selesa apa?" Berkerut-kerut dahi Aya jadinya. Apa soalan aneh semacam je ni?

Karl menjongketkan bahunya. "Borak dengan strangers?"

Aya senyum. "You're no longer a stranger. Aku dah tau nama kau pun." Mudah jawapan balas Aya.

Karl hanya diam tidak membalas. Jarang dia berjumpa dengan perempuan macam Aya yang selamba sempoi je layan dia yang entah siapa-siapa ni. Yang boleh selamba cakap macam yang baru je dia cakap tu. "You're different."

Aya menggaru kening kanannya. "Apa yang lainnya?" Jeda. "Aku sama je macam manusia depan kau ni semua. Kita semua sama, Karl."

Karl menghela nafas panjang. Berat. Terlalu berat. Dadanya terasa sesak. Ah, aku tak suka perasaan ni. " Tapi... cerita hidup kita berlainan."

"Indeed tapi kenapa kita nak serabut dengan semua tu? Masalah boleh selesai kalau kau tahu macam mana."

"Terlalu optimistic?"

Aya jongket kening. "Hm?"

Karl gelengkan kepalanya. "Okeylah, aku nak balik. Jumpa lagi?"

"Maybe."

Karl senyum. Aya sengih. Dan mereka berpisah di situ.

**** 

Karl menyarungkan Nike kesayangan ke kaki. Cap di atas kepala dibetulkan letak duduknya. Kunci motor didalam poket jean dikeluarkan dan dipusing-pusingkan dengan jari telunjuk. Karl menarik nafas dalam-dalam. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Dia ada lagi setengah jam sebelum plan nak jumpa dengan Ekal.

"Karl, balik lambat ke?" bonda bertanya. Karl yang sudah pun menunggang motosikal dipandang lama.

"Kejap je. Bonda nak kirim apa-apa?" Kepala digelengkan.

"Bawak motor tu elok-elok." Pesan bonda. Dia dah terlalu arif dengan perangai Karl yang suka menunggang motosikal laju-laju tu. Bila dinasihat, dibalasnya tak seronok naik motor perlahan. Hmm.

Senyuman nipis ditarik melepasi bibir. Bonda dan risau tak boleh dipisahkan. "Baiklah bonda. Karl pergi dulu." Helmet disarungkan ke kepala. Kunci motosikal dicucuh pada tempatnya. Hujung jari menekan starter motosikal dan perlahan-lahan motosikal diundur ke belakang sebelum dia memecut meninggalkan perkarangan rumahnya.

**** 

"Aku rasa aku dah jatuh cinta." Hampir-hampir sahaja jus oren yang dihirup tadi tersembur keluar. Ekal pandang Karl macam Karl baru tumbuh tanduk dikepala.

"Aku mimpi ke?"

Karl tayang muka kosong tak beriak. Malas nak melayan usikan Ekal. Bukannya dia tak tahu, Ekal kalau dapat membahan memang boleh buat gaduh. "Say whatever you want." Keras sahaja bunyinya.

Ekal angkat kedua-dua belah tangan ke atas. Tak jadi nak membahan. "Siapa budak ni?"

"Who?"

"Your very first love." Ekal angkat-angkat kening dengan senyuman nakal. Susah betul nak tengok Karl sangkut dengan mana-mana perempuan. Yelah, Karl ni unpredicatable. Semuanya tak boleh nak dijangka. Cara pemikiran dia pun lain daripada yang lain.

"Aya."

"That's her name?"

Kepalanya dianggukkan. Pemegang cawan dicapai dan cawan itu dibawa rapat ke bibir. Perlahan-lahan teh 'o' suam di dalam cawan itu dihirup sebelum dia meletakkannya semula di atas meja. "Tu je aku tau."

"Mana kenal?"

Karl membuang pandang ke tengah jalan raya. Tidak terus menjawab soalan Ekal. Lagipun, macam tak perlu pun dia menjawab soalan tu. Sebenarnyalah. "Okeylah. Aku gerak dulu."

"Weh, chill la. Baru setengah jam."

"Aku ada hal. Later." Baki teh 'o' suam di dalam cawan dihabiskan. Dia bingkas bangun dari duduknya dan terus berjalan ke arah motosikal yang diparkir tidak jauh dari kedai tempat dia dan Ekal selalu melepak.

Ekal hanya memandang ke arah Karl sebelum motosikal lelaki itu memecut laju meninggalkan dia di kedai itu.

**** 

Karl mengambil tempat di atas bangku biasa. Seperti selalunya. Memandang manusia yang ke hulur ke hilir di perhentian bas itu. Sesekali dia memanjangkan lehernya mencari kelibat Aya. Selalunya Aya ada je tapi hmmm...

"Looking for me?" Refleks Karl berpaling ke kanan.

Aya sedang berdiri dengan senyuman dibibir. Ditangan kanannya ada plastik berwarna merah. "Mana ada." Karl pura-pura menyelak nota kecil diribanya.

Aya menjongketkan bahunya. Dia mengambil tempat bersebelahan Karl. Plastik berwarna merah diletakkan di atas riba. Botol 100 Plus dikeluarkan dari plastik. Dia membuka penutup botol itu. "So, hari ni apa misi?"

"Tak ada misi pun."

Aya meneguk air 100 Plus. Kemudian, tangan mengeluarkan pula paket Twister dari plastik merah setelah botol 100 Plus tadi dimasukkan kembali ke dalam plastik yang sama. Paket itu dibuka dan dihulurkan kepada Karl. "Ganti biskut hari tu."

Karl ketawa. Tangan mengambil beberapa Twister dari dalam paket sebelum dibawa masuk ke dalam mulut. 

"Buat apa kat sini?"

"Waiting for you, maybe?"

Laju kepalanya dipusingkan memandang Aya disebelahnya. Sedikit terjongket keningnya. "Are you?"

"Kalau ye kenapa?"

"Takde pape."

"I was wondering maybe I can have your phone number?" Aya menyandarkan tubuhnya ke belakang. Hujung matanya melirik Karl di sebelah.

Karl sengih. "Dan aku baru nak mintak nombor telefon kau."

Mereka ketawa serentak. Ini adalah cerita mereka. Cerita Karl dan Aya.

No comments:

Post a Comment