“Nur
Hadhirah!”
Dia memandang figuranya
di cermin sekali imbas. Ah, kira bolehlah ni. Tak selekeh mana rasanya. Aku lebih
rela serabai-selekeh daripada terpaksa berhadapan dengan manusia yang bakal
bertukar menjadi The Hulk di depan rumahnya itu. Telinga dah panas dengar ibu
membebel sebab buat orang tertunggu-tunggu. Tak sanggup nak tengok pandangan
tajam yang boleh tembus diri dengan orang kat luar rumah tu.
“Nur Hadhirah!” suara itu memekik
lagi.
Terkocoh-kocoh dia
mengenakan sneakers di kaki. Letak selendang berwarna biru bermotifkan
tengkorak dikepala dibetulkan ala kadar. Nak tengok cermin pun tak sempat. Itu
pun sempat jeling. Kira nasib baiklah sempat jeling. Yelah, siapa suruh
terlajak tidur? Boleh pula terlupa janjinya dengan Umar hari ni. Semalam,
sebelum tidur rasanya dah berjuta kali Umar Haikal mengingatkannya tentang
janji mereka. Haish, Addi… Addi…
Wajah masam Umar Haikal
yang sedang berdiri terpacak di sebelah kereta Suzuki Swiftnya dipandang dengan
sengih. Pergh, muka dia tu macam tak nak macam jeruk Pak Mat pulakkan? Ni yang
seram sejuk nak tegur.
Hadhirah garu kepala
yang tak gatal. Aduh… nak tegur gaya macam mana ni? “Umar.” Tegurnya perlahan. Jantung
waktu tu Allah je yang tahu betapa berdebarnya. Kalau ikut hati nak je masuk
rumah tak keluar-keluar dah daripada kena berdepan dengan Umar Haikal.
Umar pandang Hadhirah
lama. Gaya macam nak telan. “Janji pukul berapa?” Umar dah keluar soalan
membunuh dengan nada beku.
Hadhirah kerling
sekilas Swatch dipergelangan tangan. “Err, sebelas pagi?”
“Dan sekarang?” Masih
dengan nada beku. Silap haribulan ada juga kawasan keliling bertukar jadi Kutub
Utara hanya dengan suara Umar ni.
Swatch dipergelangan
tangan direnung lama. Fuhhh, ni bukan takat terlajak. Manalah pak cik sorang ni
tak mengamuk. “Err, dua belas tengahari?”
“Ting! Ting! Anda
tepat. Dah dua belas tengahari. Anda dah lambat sejam. Tahniah!” Sarkastik ayat
itu keluar dari mulut Umar. Hadhirah dah rasa nak cabut selendang dengan
sneakers dikaki dan terus masuk ke dalam bilik. Tak nak langsung tengok muka
Umar. Langsung!
“Maaf. Tak sengaja.” Perlahan
ayat itu keluar dari mulutnya. Kepalanya tunduk menekur tanah. Hujung sneakers
menendang pasir halus. Tak berani nak angkat berani. Tak berani juga nak
pandang muka Umar yang masam tu.
“Dahlah, masuk kereta.”
Tangan kanan sudah pun
membuka pintu kereta bahagian pemandu. Hadhirah angkat kepala lambat-lambat. Tubuh
Umar sudah pun berada di dalam kereta Suzuki Swift berwarna biru itu. Umar turunkan
tingkap. Keningnya terangkat. “Lah, berdiri apa lagi kat situ? Masuklah. Takkan
nak aku sediakan red carpet?”
“Yeee… nak masuklah ni.”
Langkah kaki diatur ke pintu bahagian penumpang bersebelahan pemandu. Pintu
dibuka dan terus tubuhnya diboloskan ke dalam perut kereta. Sesekali ekor matanya
mengerling si lelaki di sebelahnya. “Umar…”
“Hmmm”
“Marah lagi?” tanyanya
lembut. Yelah, aku mana boleh orang marah kat aku lama-lama. Nanti mulalah rasa
bersalah menebal dalam diri. Nanti mulalah aku tak boleh tidur malam sebeb rasa
bersalah tu. Tapi, selalunya jadi macam ni bila Umar Haikal yang marah je. Orang
lain marah, kesah pulak aku.
“Taklah. Geram je.”
“Sorry.”
“Ye, okey.”
Hadhirah tarik nafas
lega. Dia tahu, Umar takkan marah lama. Umar baik. Umar marah memang sekejap. Paling
lama pun dua jam lepas tu dia okey balik. Dia dah terlalu kenal akan peribadi
Umar. Mana taknya, kenal dari zaman hingusan. Dari mereka tadika sehinggalah
masing-masing sudah pun berusia 22 tahun. Lama oi! Famili Umar pun dah sedia
kenal akan dirinya. Dan keluarganya juga begitu. Keluar ke mana-mana mesti
berdua. Sampaikan ada yang salah anggap, ingat yang mereka pasangan bercinta.
Nur Hadhirah dan Umar Haikal? Hmm, macam err mustahil?
Lagipun, Umar dah ada
si dia pujaan hati. Nur Hadhirah? Masih mencari. Kut? Entah kenapa, hatinya
langsung tak terbuka untuk menyukai mana-mana lelaki. Okey, tipu. Ada tu ada
cumanya untuk lebih-lebih tu tak ada. Setakat suka tu ada je. Si Farhan tu pun
pernah je dia suka.
Siapa Farhan? Farhan tu…
tak payahlah cerita. Watak tak penting. Haha. Hadhirah memandang ke depan. Sesekali
ekor mata memandang Umar yang tidak bersuara sejak sepuluh minit yang lepas. Hmm,
marah lagi ke?
“Umar…”
“Aku dah tak marahlah,
Nur Hadhirah.”
“Senyap je?”
“Lah, tak boleh ke aku
senyap?”
Geleng kepala. “Pelik
bila kau senyap.”
Umar mengetuk-ngetuk
stereng keretanya. Fokusnya masih pada pemanduan. Cuma sesekali dia melirik
Hadhirah yang sedang menguis-nguis hujung t-shirt lengan panjang yang
dipakainya. “Everything is okay?”
“What do you mean by
that?” Peliknya soalan si Umar ni.
“Yelah, campus,
classes and stuffs? Okey?”
Oh. Ingatkan apa tadi. Kepala
dianggukkan. “Okey je.”
“Dah start busy
ke?”
Kepala digelengkan
pula. “Belum. Kau?”
“Belum lagi. But next
week macam bakal busy.”
“Umar… kita nak ke mana
sebenarnya?”
“Makan.”
Keningnya terjongket. “Makan?
Tapi… semalam kau cakap...” Dia tidak menghabiskan ayatnya. Dibiarkan tergantung.
Kepala sudah pun dipalingkan ke arah Umar yang tenang memandu.
Umar tarik senyum
segaris. “Cuba tengok seat belakang tu.”
Kepala dipusingkan
kepala. Dijengahkan sedikit kepalanya. “Ada apa?”
“Nampak tak kotak
berbalut tu?”
Kepala dianggukkan. Haish,
dari tadi dok angguk dengan geleng kepala mahu terteleng juga kepala aku ni. “Haa,
nampak. Kenapa?”
“Ambik kotak tu.”
Tangan dipanjangkan
cuba mengambil kotak di tempat duduk belakang. Sikit lagi… sikit lagi… yeah! Berjaya.
Kotak itu sudah pun berada ditangannya. Kotak itu dibawa ke depan. “Kotak apa
ni?”
“Happy birthday.” Dia
memandang Hadhirah dengan senyuman di bibir lima saat sebelum kembali memandang
ke hadapan.
Hadhirah pandang kotak
itu kemudian beralih ke arah Umar tak berkelip. Serius? Hari ni berapa
haribulan? Birthday aku hari ni? Serius? “Hari ni berapa haribulan?”
“22 Januari. Oi, birthday
sendiri lupa?”
Angguk. Bersungguh-sungguh
kepalanya diangguk. Lupa! Sangat-sangat terlupa. Lama kotak berbalut kemas
ditangannya itu dipandang. Entah kenapa rasa sebak, terharu, gembira semua
datang mengasak dada. Bercampur-baur. “Thanks sebab ingat.”
“No biggie.”
“Nak bukak boleh?”
“Bukak kat rumahlah.” Eh,
dia ni. Kut iye pun teruja boleh rasanya bersabar dan bukak je hadiah tu kat
rumah. Cepuk jugaklah kawan aku sorang ni.
Hadhirah sengih. Aci sentaplah
mamat ni. Gurau je. “Kau kasi apa?”
“Hati aku.”
“Ha.Ha.Ha. Tak kelakar.”
Balas Hadhirah dengan ketawa buat-buat. Ingat habis lawaklah cakap macam tu. Hati
kau? Bukan hati kau dah lama kau bagi pada orang lain ke? Hekeleh sangat, Umar
Haikal.
Umar senyum segaris. Tidak
membalas. Dan suasana di dalam kereta itu kembali sepi sehinggalah mereka
kereta diparkir di tempat letak kereta Sunway Pyramid.
bila nk sambung ni??
ReplyDelete