Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Wednesday 22 January 2014

Our Little Secret

“Nur Hadhirah!”
            
Dia memandang figuranya di cermin sekali imbas. Ah, kira bolehlah ni. Tak selekeh mana rasanya. Aku lebih rela serabai-selekeh daripada terpaksa berhadapan dengan manusia yang bakal bertukar menjadi The Hulk di depan rumahnya itu. Telinga dah panas dengar ibu membebel sebab buat orang tertunggu-tunggu. Tak sanggup nak tengok pandangan tajam yang boleh tembus diri dengan orang kat luar rumah tu.
            
“Nur Hadhirah!” suara itu memekik lagi.
            
Terkocoh-kocoh dia mengenakan sneakers di kaki. Letak selendang berwarna biru bermotifkan tengkorak dikepala dibetulkan ala kadar. Nak tengok cermin pun tak sempat. Itu pun sempat jeling. Kira nasib baiklah sempat jeling. Yelah, siapa suruh terlajak tidur? Boleh pula terlupa janjinya dengan Umar hari ni. Semalam, sebelum tidur rasanya dah berjuta kali Umar Haikal mengingatkannya tentang janji mereka. Haish, Addi… Addi…
            
Wajah masam Umar Haikal yang sedang berdiri terpacak di sebelah kereta Suzuki Swiftnya dipandang dengan sengih. Pergh, muka dia tu macam tak nak macam jeruk Pak Mat pulakkan? Ni yang seram sejuk nak tegur.
            
Hadhirah garu kepala yang tak gatal. Aduh… nak tegur gaya macam mana ni? “Umar.” Tegurnya perlahan. Jantung waktu tu Allah je yang tahu betapa berdebarnya. Kalau ikut hati nak je masuk rumah tak keluar-keluar dah daripada kena berdepan dengan Umar Haikal.
            
Umar pandang Hadhirah lama. Gaya macam nak telan. “Janji pukul berapa?” Umar dah keluar soalan membunuh dengan nada beku.
            
Hadhirah kerling sekilas Swatch dipergelangan tangan. “Err, sebelas pagi?”
            
“Dan sekarang?” Masih dengan nada beku. Silap haribulan ada juga kawasan keliling bertukar jadi Kutub Utara hanya dengan suara Umar ni.
            
Swatch dipergelangan tangan direnung lama. Fuhhh, ni bukan takat terlajak. Manalah pak cik sorang ni tak mengamuk. “Err, dua belas tengahari?”
            
“Ting! Ting! Anda tepat. Dah dua belas tengahari. Anda dah lambat sejam. Tahniah!” Sarkastik ayat itu keluar dari mulut Umar. Hadhirah dah rasa nak cabut selendang dengan sneakers dikaki dan terus masuk ke dalam bilik. Tak nak langsung tengok muka Umar. Langsung!
            
“Maaf. Tak sengaja.” Perlahan ayat itu keluar dari mulutnya. Kepalanya tunduk menekur tanah. Hujung sneakers menendang pasir halus. Tak berani nak angkat berani. Tak berani juga nak pandang muka Umar yang masam tu.
            
“Dahlah, masuk kereta.”
            
Tangan kanan sudah pun membuka pintu kereta bahagian pemandu. Hadhirah angkat kepala lambat-lambat. Tubuh Umar sudah pun berada di dalam kereta Suzuki Swift berwarna biru itu. Umar turunkan tingkap. Keningnya terangkat. “Lah, berdiri apa lagi kat situ? Masuklah. Takkan nak aku sediakan red carpet?”
            
“Yeee… nak masuklah ni.” Langkah kaki diatur ke pintu bahagian penumpang bersebelahan pemandu. Pintu dibuka dan terus tubuhnya diboloskan ke dalam perut kereta. Sesekali ekor matanya mengerling si lelaki di sebelahnya. “Umar…”
            
“Hmmm”
            
“Marah lagi?” tanyanya lembut. Yelah, aku mana boleh orang marah kat aku lama-lama. Nanti mulalah rasa bersalah menebal dalam diri. Nanti mulalah aku tak boleh tidur malam sebeb rasa bersalah tu. Tapi, selalunya jadi macam ni bila Umar Haikal yang marah je. Orang lain marah, kesah pulak aku.
            
“Taklah. Geram je.”
            
Sorry.”
            
“Ye, okey.”
            
Hadhirah tarik nafas lega. Dia tahu, Umar takkan marah lama. Umar baik. Umar marah memang sekejap. Paling lama pun dua jam lepas tu dia okey balik. Dia dah terlalu kenal akan peribadi Umar. Mana taknya, kenal dari zaman hingusan. Dari mereka tadika sehinggalah masing-masing sudah pun berusia 22 tahun. Lama oi! Famili Umar pun dah sedia kenal akan dirinya. Dan keluarganya juga begitu. Keluar ke mana-mana mesti berdua. Sampaikan ada yang salah anggap, ingat yang mereka pasangan bercinta. Nur Hadhirah dan Umar Haikal? Hmm, macam err mustahil?
            
Lagipun, Umar dah ada si dia pujaan hati. Nur Hadhirah? Masih mencari. Kut? Entah kenapa, hatinya langsung tak terbuka untuk menyukai mana-mana lelaki. Okey, tipu. Ada tu ada cumanya untuk lebih-lebih tu tak ada. Setakat suka tu ada je. Si Farhan tu pun pernah je dia suka.
            
Siapa Farhan? Farhan tu… tak payahlah cerita. Watak tak penting. Haha. Hadhirah memandang ke depan. Sesekali ekor mata memandang Umar yang tidak bersuara sejak sepuluh minit yang lepas. Hmm, marah lagi ke?
            
“Umar…”
            
“Aku dah tak marahlah, Nur Hadhirah.”
            
“Senyap je?”
            
“Lah, tak boleh ke aku senyap?”
            
Geleng kepala. “Pelik bila kau senyap.”
            
Umar mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Fokusnya masih pada pemanduan. Cuma sesekali dia melirik Hadhirah yang sedang menguis-nguis hujung t-shirt lengan panjang yang dipakainya. “Everything is okay?”
            
What do you mean by that?” Peliknya soalan si Umar ni.
            
“Yelah, campus, classes and stuffs? Okey?”
            
Oh. Ingatkan apa tadi. Kepala dianggukkan. “Okey je.”
            
“Dah start busy ke?”
            
Kepala digelengkan pula. “Belum. Kau?”
            
“Belum lagi. But next week macam bakal busy.”
            
“Umar… kita nak ke mana sebenarnya?”
           
“Makan.”
            
Keningnya terjongket. “Makan? Tapi… semalam kau cakap...” Dia tidak menghabiskan ayatnya. Dibiarkan tergantung. Kepala sudah pun dipalingkan ke arah Umar yang tenang memandu.
            
Umar tarik senyum segaris. “Cuba tengok seat belakang tu.”
            
Kepala dipusingkan kepala. Dijengahkan sedikit kepalanya. “Ada apa?”
            
“Nampak tak kotak berbalut tu?”
            
Kepala dianggukkan. Haish, dari tadi dok angguk dengan geleng kepala mahu terteleng juga kepala aku ni. “Haa, nampak. Kenapa?”
            
Ambik kotak tu.”
            
Tangan dipanjangkan cuba mengambil kotak di tempat duduk belakang. Sikit lagi… sikit lagi… yeah! Berjaya. Kotak itu sudah pun berada ditangannya. Kotak itu dibawa ke depan. “Kotak apa ni?”
            
Happy birthday.” Dia memandang Hadhirah dengan senyuman di bibir lima saat sebelum kembali memandang ke hadapan.
            
Hadhirah pandang kotak itu kemudian beralih ke arah Umar tak berkelip. Serius? Hari ni berapa haribulan? Birthday aku hari ni? Serius? “Hari ni berapa haribulan?”
            
“22 Januari. Oi, birthday sendiri lupa?”
            
Angguk. Bersungguh-sungguh kepalanya diangguk. Lupa! Sangat-sangat terlupa. Lama kotak berbalut kemas ditangannya itu dipandang. Entah kenapa rasa sebak, terharu, gembira semua datang mengasak dada. Bercampur-baur. “Thanks sebab ingat.”
            
No biggie.”
            
“Nak bukak boleh?”
            
“Bukak kat rumahlah.” Eh, dia ni. Kut iye pun teruja boleh rasanya bersabar dan bukak je hadiah tu kat rumah. Cepuk jugaklah kawan aku sorang ni.
            
Hadhirah sengih. Aci sentaplah mamat ni. Gurau je. “Kau kasi apa?”
            
“Hati aku.”
            
“Ha.Ha.Ha. Tak kelakar.” Balas Hadhirah dengan ketawa buat-buat. Ingat habis lawaklah cakap macam tu. Hati kau? Bukan hati kau dah lama kau bagi pada orang lain ke? Hekeleh sangat, Umar Haikal.

            
Umar senyum segaris. Tidak membalas. Dan suasana di dalam kereta itu kembali sepi sehinggalah mereka kereta diparkir di tempat letak kereta Sunway Pyramid. 

1 comment: