Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Thursday 4 July 2013

Hey, Stranger! [2]

Lama dia menongkat dagu merenung gadis yang tampak khusyuk dengan novel di tangan. Langsung tak diendahkan orang yang lalu-lalang dan orang yang berada di kiri, kanan, belakang dan hadapannya. Adib menggelengkan kepalanya dengan senyum di bibir.

Nur Qaisara. Siapa sangka seorang Muhammad Adib Aiman akhirnya mampu memulakan langkah? Menegur si gadis yang menjadi ‘pemerhatian’ sejak awal dia duduk bertapa di Starbuck itu. Gadis yang berjaya membawa lari hatinya macam pencuri kelas atasan. Gadis yang membuatnya boleh terfikir idea nak kahwin dengan tiba-tiba. Dahsyat sangat ha penangan si Nur Qaisara ni.

Adib membetulkan posisi punggung. Rasa kebas pula tiba-tiba. Sudah hampir sejam dia duduk di situ merenung gadis di hadapannya. Dan sudah hampir sejam juga si gadis itu ralit dengan novel ditangan. Langsung tak sedar akan kewujudannya di situ. Tenggelam dalam dunia imaginasinya.

Otak puas merangka cara untuk mencuri sedikit perhatian Qaisara tapi semuanya macam tak kena. Takut juga si Qaisara tu mengamuk – baling meja ke, buku ke – sebab mengganggu dia yang sedang membaca tu. Seram juga bila difikirkan. Yelah, bukannya dia kenal sangat si Nur Qaisara tu. Ini pun masih dalam proses mengenali. 

Kepala yang tak gatal digaru. Aduh, nak buat apa? Hujung jari mengetuk permukaan meja. Qaisara yang sedang menghabiskan perenggan terakhir terus angkat muka dengan riak terkejut. Eh? Adib sengih. Ha, perasan pun!

Penanda buku diselitkan pada muka surat terakhir pembacaannya. Terus novel ditangan ditutup dan diletakkan di atas meja. “Bila sampai?” Dia menegur. Masih dengan riak terkejut. Kepala dikalihkan ke kiri dan ke kanan.

“Sejam yang lepas?” Kening dijongket sedikit. Senyuman masih lagi elok terukir di bibir.

Membulat biji mata Qaisara. Sejam? Anak mata tertumpah pada jam dipergelangan tangan. Tanpa sedar dia mengetap bibir bawah. Rasa bersalah mula memburu diri. “Sorry. Serius saya tak perasan.” Lama wajah Adib direnung. Riak terkejut sudah berubah menjadi riak serba salah.

Adib menggelengkan kepalanya. “Takpe. Saya pun memang sengaja tak nak tegur. Takut ganggu awak.” Pergh, baik punya ayat kau kasi. Hujung jari menggaru pangkal hidung. “Saya kacau awak ke?”

“Eh, taklah. Awak makan dah?”

“Belum. Ingat nak ajak awak makan sekali. Makan dah?”

Terjongket kening Qaisara. Ajak aku makan? Wajah Adib dipandang tak berkelip. “Awak tunggu saya ni nak ajak makan ke?” Semakin menebal rasa serba salah. Novel di atas meja ditenung lama. Ni semua sebab novel After Dark – Haruki Murakami nilah. Siapa suruh best sangat?

Adib menggaru hujung pelipis. “Macam tulah. Tapi awak nampak macam seronok sangat membaca jadi takut nak tegur.” Jeda. “Best ke?” Matanya ditalakan pada novel yang ditindih dek tangan Qaisara.

Hah? “Apa yang best?” Mamat ni tanya apa?

Bibir dimuncungkan ke arah novel dibawah kedua-dua belah tangan Qaisara yang menindih buku tersebut. “Novel tu?”

Pandangan dijatuhkan pada kulit buku After Dark di bawah tangan. Bibir mengukir senyuman lebar. “Best!” Bersinar-sinar wajahnya. Macam budak-budak yang baru lepas disogok dengan gula-gula. Comel. Adib terpana. Ish, dia ni. Apa buat gaya comel macam tu? Jangan sampai aku suruh ibu masuk meminang dia ni sudah.

“Suka buku?”

“Kenapa tiba-tiba tanya?”

Adib menyandarkan tubuhnya ke belakang. “Sebab kita dalam sesi mari mengenal? Tak ke?” Dia bertanya. Masanya untuk mengenali seorang Nur Qaisara. Selama ni dok perhati dari jauh je. Bila dah ada depan mata gini rasa macam mimpi je.

Qaisara ketawa kecil. Kepalanya dianggukkan. “Betullah tu. Saya suka buku.”

So, antara bunga dan buku mana awak pilih?”

Hujung jari bermain sesama sendiri. Memandang lama wajah Adib yang menantikan jawapannya. “Of course I’ll choose books over flowers!” Yakin. Apa punya soalan tu? Kalau dah namanya aku suka buku kasilah apa-apa pun semestinya aku pilih buku tanpa fikir dua-tiga-empat kali dah. Kalau nak kasi hantaran buku berdulang-dulang pun tak apa. Haha.

“Kalau antara saya dan buku?” Perlahan dia bersuara. Berbisik.

Qaisara kerut dahi. “Awak cakap apa?”

Laju kepalanya digelengkan. Fuh, nasib baik dia tak dengar. Kalau dia dengar, boleh dah aku tanam diri dalam tanah rasanya. “So, you’ll choose books over flowers, huh?” Gumam Adib rendah.

Qaisara menarik sengih nakal. “Kenapa? Awak nak belikan saya bunga ke?”

Hahaha. “Taklah. Random.”

Sunyi. Adib kehilangan kata. Dah tak tau apa yang nak dibualkan. Qaisara di hadapannya sudah pun dok membetulkan tudungnya. Mungkin nak kurangkan rasa kekok. Kot? Leher dipanjangkan memandang sekeliling. Orang tak terlalu ramai. Masih ada beberapa meja yang kosong tak berpenghuni.

Hujung mata mencuri pandang Qaisara di hadapannya. “So, lunch?” HTC Butterfly di atas meja dipusing-pusingkan. Membuang resah. Membuang rasa kekok. Rasa nak tercabut segala organ dalaman.

“Awak nak belanja?”

“Saya yang ajak jadi sayalah yang kena belanja, kan?”

“Okay!”

***
KUNCI kereta diletakkan di atas meja. Punggung terus dihenyakkan ke atas sofa. Penat. Mata yang terasa berat dipejam perlahan-lahan sebelum hidungnya menghidu aroma Nescafe. Ah, siot! Gangguan. Mata yang baru hendak dipejamkan sudah terbuka luas. Memandang terus Rafiq yang sedang berdiri dengan dua mug berasap nipis ditangan kiri dan kanan. Bibir Rafiq mengoyak senyuman nipis dengan kening terjongket.
               
You got me, bro! Tubuh yang separuh melurut ke bawah ditegakkan di atas sofa. Kedua-dua belah kaki ditarik menjadi sila. Mug ditangan kanan dihulurkan kepada Adib. Mug yang masih berasap nipis dicapai. Mug bertukar tangan.
               
Rafiq menghenyakkan punggungnya bersebelahan Adib yang sedang meniup-niup Nescafe yang masih berasap. Kepala digelengkan. Bukannya dia tak tau si Adib ni hantu Nescafe. Semedang dengan Nescafe. Kira, Adib dan Nescafe tak boleh dipisahkan. Saja dia buat dua Nescafe masa telinga menangkap bunyi pintu utama rumah mereka dibuka dari luar. Sahlah, Adib yang balik. Siapa je lagi yang keluar awal pagi balik nak dekat pukul 12 malam?
               
“Jumpa dah apa kau cari?” Soalan direct. Tak ada dah belok-belok kiri kanan depan belakang. Mug ditangan dibawa rapat ke bibir. Perlahan-lahan Nescafe dihirup.  

Adib menengadah siling. Bibir automatik menarik senyuman nipis. “Mungkin.” Pendek jawapan balas dari Adib. Bayangan wajah Qaisara singgah di ruang mata untuk tiga saat. Haha. Tiga saat je mampu. Lama-lama nanti payah. Terpaksa tahan rindu pulak.

“Tak nak kenalkan kat kitorang ke?”

“Kenalkan apa?”

“Perempuan yang berjaya buat Muhammad Adib Aiman jadi macam ni.” Rafiq jongket kening. Mug ditangan diletakkan di atas pemegang sofa dengan jari memegang kejap tangkai mug. Takut jatuh. Kalau tumpah dah satu kerja pulak nak kena lap, bersihkan.

“Nantilah.” Macam mana nak kenalkan dengan Nur Qaisara tu kalau si empunya badan pun tak tau aku ni dah tangkap cintan dengan dia? Bukan tangkap cintan biasa-biasa. Ni dah tahap kalau dia on, aku suruh ibu masuk meminang je terus. Tunang dua-tiga bulan lepas tu kahwin. Ha, tak payahlah nak serabut couple dulu ke apa. Haha. Rakus? Bukan. Aku mengelak hati daripada dinodai. Gitu.

Mug dibawa rapat ke bibir lagi. Dihirup perlahan Nescafe yang sudah separuh sejuk itu. “Apa nama dia?” Ekor mata melirik Adib di sebelah.

“Qaisara.”

Nice name.”

She’s nice too.” Adib gelak. Ah, parah! Qaisara nampak cantik serba-serbi pada pandangan matanya. Cara bercakap, cara berjalan, cara dia ketawa, cara dia makan, cara dia pandang orang. Memang sah aku dah gila! Gilakan Qaisara. Tapi, dengan cara macam mana aku nak luahkan apa aku rasa ni kat dia tanpa dia rasa takut? Atau rasa terancam? Eh?

Rafiq sudah pun bangun dengan mug ditangan. Adib hanya memandang. Lama wajah Adib ditenung. “You know what, bro?” Jeda. Pandangan matanya dialihkan pada mug ditangan sebelum kembali memandang Adib. “Kau dah patut confess kat dia.”

Adib mengeluh. Kalau nak buat semudah yang disangka.

***
Laju hujung hari menekan papan kekunci laptopnya. Memasukkan setiap huruf membentuk ayat, membentuk perenggan di atas Microsoft Word yang sudah separuh penuh itu. Sesekali buku setebal seinci yang terbuka diselak ke muka surat lain. Kemudian, jari kembali menaip. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Sudah hampir menginjak 5.30 petang. Dan seperti biasa dia menjadi pengunjung setia Starbucks.

Kepala yang terasa serabut-tepu ditelengkan ke kiri dan ke kanan. Cuba meregangkan segala urat yang dah tegang habis-habisan dek terlalu lama mengadap laptop. Kemudian, kepala dialihkan pula pada sudut yang memang menjadi fokus matanya sejak beberapa bulan yang lepas. Kosong. Meja itu masih kosong. Tanpa si penghuni setia.

Ligat kepala otak memikirkan segala kemungkinan. Sakit ke dia? Okay, tolak part sakit tu sebab aku tak tau nak rasa apa kalau betul-betul dia sakit. Boleh gila agaknya aku. Ha, over sangat tu Adib! Masalahnya sekarang mananya dia ni? Naik lenguh jugak dok kalih pandang tiap-tiap sepuluh minit kat meja kosong tu.

Qaisara, where are you? Dia menghela nafas panjang. Jari telunjuk dan ibu jari memicit pangkal hidung. Kepala otak masih ligat mencari sebab si pengarang jantung, Nur Qaisara langsung tak nampak bayang. Selalunya kalau dia datang Starbucks tu, elok je Qaisara duduk kat meja yang sama dengan novel yang akan bertukar setiap hari. Membaca tanpa langsung rasa terganggu dengan suasana sekeliling.

Tapi, hari ni? Langsung tak nampak bayang! Dah macam separuh gila jugak duduk kat sini dok terteleng-teleng ke arah yang sama mengharapkan orang yang dicari turun dari langit. Ha, nampak tak Muhammad Adib Aiman dah gila? Pandangan mata sudah dialih dari meja kosong di sudut tepi sana pada skrin laptop. Lama skrin laptop ditenung. Agaknya kalau mata ni dah ala-ala Cyclops tembus dah ni.

Adib menghela nafas panjang. Sekali lagi. Kali ke berapa, dia sendiri tak tau.

“Kalau awak dok terteleng-teleng macam tu, teleng kepala tu nanti.”

Eh? Suara tu. Laju kepala didongakkan. Senyuman tu. Qaisara! Tak berkelip matanya memandang susuk tubuh yang sedang berdiri terpacak di hadapan dengan senyuman yang membuatkan tidurnya susah lena.

Tangan kanan menarik kerusi sebelum punggung dilabuhkan di atasnya. “Kenapa mengeluh?”

“Dah berapa lama awak kat sini?” Soalan berganti soalan.

Qaisara menarik senyum segaris. “Since morning.” Kepala dipalingkan ke arah meja yang menjadi port rasmi tiap kali dia membawa diri ke Starbucks itu. “Cuma hari ni rasa nak bertapa kat bookstore.” Dia menyambung. Kepala sudah pun kembali menghadap Adib di hadapannya.

Adib ketawa kecil. I see. Aku jelah yang fikir bukan-bukan ni? Buku yang terbuka di sebelahnya ditutup dengan tangan kiri. “Awak buat saya risau.”

“Oh, dan kenapakah awak risau?” Duga Qaisara. Senyuman dibibir masih tak pudar. Berganti dengan senyuman nakal. Tangan kanan menongkat dagu.

“Takde sebab.”

Hm. Sounds fishy.”

“Sini takde ikan.” Adib buat-buat tak faham. Cuba untuk mengelak dari  menjawab soalan Qaisara. Yelah, nak jawab macam mana? Takkan nak jawab saya risau sebab saya suka awak. Sebab saya ada perasaan awak kot? Mahu terkejut cik adik depan aku ni. Kepala yang tak gatal digaru.

“Awak tak jawab soalan saya. Kenapa risau?”

“Makan dah?”

You are trying to run aren’t you, Adib. Why?”

Adib jongket kening. Why? Tu soalan yang perlukan jawapan ke? Takkan dia tak faham langsung dengan semua hint yang aku kasi? Selama kau cuba nak rapat dengan dia, cuba nak kenal dengan dia, jadi kawan dia. Takkan dia tak faham?

Permukaan meja ditekur lama sebelum dia memandang wajah Qaisara yang menantikan jawapan. Nafas ditarik sedalam mungkin. “You really want to know why?”

Angguk.

Tubuh ditegakkan. Kedua-dua belah jari bertaut. “Cause you are special. In my eyes, in my heart. For me, you are special.” Tajam pandangannya menikam sepasang mata Qaisara.

Tak berkelip Qaisara memandang Adib yang masih lagi merenungnya. Tak tau nak dibuat reaksi macam mana. Nak buat ala-ala drama tiba-tiba menangis terharu atau buat muka beku tak beriak lepas tu blah je dari situ tanpa cakap apa-apa? Ah, apa ni?

“So, cik Nur Qaisara.”

Qaisara angkat kening. Now what?

Will you be mine?”

Nafas ditarik panjang. “019-5673451”

Terjongket tinggi kening Adib. Huh? Dah kenapa tiba-tiba kasi nombor telefon pulak ni? Lain aku tanya, lain yang dijawabnya.

“Tu nombor abah. Call him and ask.” Qaisara buat muka besi.

Melebar senyuman dibibir. Is that a yes? “Call sekarang boleh?” Adib rasa nak terbang. Bahagia!

“Tunggu saya baliklah!”

Adib ketawa lepas.


And they live happily ever after. Fairy tale, much! Tak salah pun bermimpi :)

5 comments:

  1. so sweet. how I wish I can be like this. buat la cerpen lain! :) super awesome . good job .. (Y)

    ReplyDelete
  2. Hate cerpen so much. Habis cepat sangat!!! Nak lagi.. nak lagiiiiiii... lagiiiii.... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Just found ur blog.so sweet la this story.ada sambungan lg tak?

    ReplyDelete
  4. first time snggh cnim.. best citerrr nim.. klu bleh smbunglhhh..

    ReplyDelete
  5. Pleaseee buat novel for thiss story....

    ReplyDelete