Lama
dia menongkat dagu merenung gadis yang tampak khusyuk dengan novel di tangan.
Langsung tak diendahkan orang yang lalu-lalang dan orang yang berada di kiri,
kanan, belakang dan hadapannya. Adib menggelengkan kepalanya dengan senyum di
bibir.
Nur
Qaisara. Siapa sangka seorang Muhammad Adib Aiman akhirnya mampu memulakan
langkah? Menegur si gadis yang menjadi ‘pemerhatian’ sejak awal dia duduk
bertapa di Starbuck itu. Gadis yang berjaya membawa lari hatinya macam pencuri
kelas atasan. Gadis yang membuatnya boleh terfikir idea nak kahwin dengan
tiba-tiba. Dahsyat sangat ha penangan si Nur Qaisara ni.
Adib
membetulkan posisi punggung. Rasa kebas pula tiba-tiba. Sudah hampir sejam dia
duduk di situ merenung gadis di hadapannya. Dan sudah hampir sejam juga si gadis
itu ralit dengan novel ditangan. Langsung tak sedar akan kewujudannya di situ.
Tenggelam dalam dunia imaginasinya.
Otak
puas merangka cara untuk mencuri sedikit perhatian Qaisara tapi semuanya macam
tak kena. Takut juga si Qaisara tu mengamuk – baling meja ke, buku ke – sebab
mengganggu dia yang sedang membaca tu. Seram juga bila difikirkan. Yelah,
bukannya dia kenal sangat si Nur Qaisara tu. Ini pun masih dalam proses
mengenali.
Kepala
yang tak gatal digaru. Aduh, nak buat apa? Hujung jari mengetuk permukaan meja.
Qaisara yang sedang menghabiskan perenggan terakhir terus angkat muka dengan
riak terkejut. Eh? Adib sengih. Ha, perasan pun!
Penanda
buku diselitkan pada muka surat terakhir pembacaannya. Terus novel ditangan
ditutup dan diletakkan di atas meja. “Bila sampai?” Dia menegur. Masih dengan
riak terkejut. Kepala dikalihkan ke kiri dan ke kanan.
“Sejam
yang lepas?” Kening dijongket sedikit. Senyuman masih lagi elok terukir di
bibir.
Membulat
biji mata Qaisara. Sejam? Anak mata tertumpah pada jam dipergelangan tangan.
Tanpa sedar dia mengetap bibir bawah. Rasa bersalah mula memburu diri. “Sorry.
Serius saya tak perasan.” Lama wajah Adib direnung. Riak terkejut sudah berubah
menjadi riak serba salah.
Adib
menggelengkan kepalanya. “Takpe. Saya pun memang sengaja tak nak tegur. Takut
ganggu awak.” Pergh, baik punya ayat kau kasi. Hujung jari menggaru pangkal
hidung. “Saya kacau awak ke?”
“Eh,
taklah. Awak makan dah?”
“Belum.
Ingat nak ajak awak makan sekali. Makan dah?”
Terjongket
kening Qaisara. Ajak aku makan? Wajah Adib dipandang tak berkelip. “Awak tunggu
saya ni nak ajak makan ke?” Semakin menebal rasa serba salah. Novel di atas
meja ditenung lama. Ni semua sebab novel After Dark – Haruki Murakami nilah.
Siapa suruh best sangat?
Adib
menggaru hujung pelipis. “Macam tulah. Tapi awak nampak macam seronok sangat
membaca jadi takut nak tegur.” Jeda. “Best ke?” Matanya ditalakan pada
novel yang ditindih dek tangan Qaisara.
Hah?
“Apa yang best?” Mamat ni tanya apa?
Bibir
dimuncungkan ke arah novel dibawah kedua-dua belah tangan Qaisara yang menindih
buku tersebut. “Novel tu?”
Pandangan
dijatuhkan pada kulit buku After Dark di bawah tangan. Bibir mengukir senyuman
lebar. “Best!” Bersinar-sinar wajahnya. Macam budak-budak yang baru
lepas disogok dengan gula-gula. Comel. Adib terpana. Ish, dia ni. Apa buat gaya
comel macam tu? Jangan sampai aku suruh ibu masuk meminang dia ni sudah.
“Suka
buku?”
“Kenapa
tiba-tiba tanya?”
Adib
menyandarkan tubuhnya ke belakang. “Sebab kita dalam sesi mari mengenal? Tak
ke?” Dia bertanya. Masanya untuk mengenali seorang Nur Qaisara. Selama ni dok
perhati dari jauh je. Bila dah ada depan mata gini rasa macam mimpi je.
Qaisara
ketawa kecil. Kepalanya dianggukkan. “Betullah tu. Saya suka buku.”
“So,
antara bunga dan buku mana awak pilih?”
Hujung
jari bermain sesama sendiri. Memandang lama wajah Adib yang menantikan
jawapannya. “Of course I’ll choose books over flowers!” Yakin. Apa punya
soalan tu? Kalau dah namanya aku suka buku kasilah apa-apa pun semestinya aku
pilih buku tanpa fikir dua-tiga-empat kali dah. Kalau nak kasi hantaran buku
berdulang-dulang pun tak apa. Haha.
“Kalau
antara saya dan buku?” Perlahan dia bersuara. Berbisik.
Qaisara
kerut dahi. “Awak cakap apa?”
Laju
kepalanya digelengkan. Fuh, nasib baik dia tak dengar. Kalau dia dengar, boleh
dah aku tanam diri dalam tanah rasanya. “So, you’ll choose books over
flowers, huh?” Gumam Adib rendah.
Qaisara
menarik sengih nakal. “Kenapa? Awak nak belikan saya bunga ke?”
Hahaha.
“Taklah. Random.”
Sunyi.
Adib kehilangan kata. Dah tak tau apa yang nak dibualkan. Qaisara di hadapannya
sudah pun dok membetulkan tudungnya. Mungkin nak kurangkan rasa kekok. Kot?
Leher dipanjangkan memandang sekeliling. Orang tak terlalu ramai. Masih ada
beberapa meja yang kosong tak berpenghuni.
Hujung
mata mencuri pandang Qaisara di hadapannya. “So, lunch?” HTC Butterfly
di atas meja dipusing-pusingkan. Membuang resah. Membuang rasa kekok. Rasa nak
tercabut segala organ dalaman.
“Awak
nak belanja?”
“Saya
yang ajak jadi sayalah yang kena belanja, kan?”
“Okay!”
***
KUNCI
kereta diletakkan di atas meja. Punggung terus dihenyakkan ke atas sofa. Penat.
Mata yang terasa berat dipejam perlahan-lahan sebelum hidungnya menghidu aroma
Nescafe. Ah, siot! Gangguan. Mata yang baru hendak dipejamkan sudah terbuka
luas. Memandang terus Rafiq yang sedang berdiri dengan dua mug berasap nipis
ditangan kiri dan kanan. Bibir Rafiq mengoyak senyuman nipis dengan kening
terjongket.
You
got me, bro! Tubuh yang separuh melurut ke bawah ditegakkan di atas sofa.
Kedua-dua belah kaki ditarik menjadi sila. Mug ditangan kanan dihulurkan kepada
Adib. Mug yang masih berasap nipis dicapai. Mug bertukar tangan.
Rafiq
menghenyakkan punggungnya bersebelahan Adib yang sedang meniup-niup Nescafe
yang masih berasap. Kepala digelengkan. Bukannya dia tak tau si Adib ni hantu
Nescafe. Semedang dengan Nescafe. Kira, Adib dan Nescafe tak boleh dipisahkan.
Saja dia buat dua Nescafe masa telinga menangkap bunyi pintu utama rumah mereka
dibuka dari luar. Sahlah, Adib yang balik. Siapa je lagi yang keluar awal pagi
balik nak dekat pukul 12 malam?
“Jumpa
dah apa kau cari?” Soalan direct. Tak ada dah belok-belok kiri kanan
depan belakang. Mug ditangan dibawa rapat ke bibir. Perlahan-lahan Nescafe
dihirup.
Adib
menengadah siling. Bibir automatik menarik senyuman nipis. “Mungkin.” Pendek
jawapan balas dari Adib. Bayangan wajah Qaisara singgah di ruang mata untuk
tiga saat. Haha. Tiga saat je mampu. Lama-lama nanti payah. Terpaksa tahan
rindu pulak.
“Tak
nak kenalkan kat kitorang ke?”
“Kenalkan
apa?”
“Perempuan
yang berjaya buat Muhammad Adib Aiman jadi macam ni.” Rafiq jongket kening. Mug
ditangan diletakkan di atas pemegang sofa dengan jari memegang kejap tangkai
mug. Takut jatuh. Kalau tumpah dah satu kerja pulak nak kena lap, bersihkan.
“Nantilah.”
Macam mana nak kenalkan dengan Nur Qaisara tu kalau si empunya badan pun tak
tau aku ni dah tangkap cintan dengan dia? Bukan tangkap cintan biasa-biasa. Ni
dah tahap kalau dia on, aku suruh ibu masuk meminang je terus. Tunang
dua-tiga bulan lepas tu kahwin. Ha, tak payahlah nak serabut couple dulu
ke apa. Haha. Rakus? Bukan. Aku mengelak hati daripada dinodai. Gitu.
Mug
dibawa rapat ke bibir lagi. Dihirup perlahan Nescafe yang sudah separuh sejuk
itu. “Apa nama dia?” Ekor mata melirik Adib di sebelah.
“Qaisara.”
“Nice
name.”
“She’s
nice too.” Adib gelak. Ah, parah! Qaisara nampak cantik serba-serbi pada
pandangan matanya. Cara bercakap, cara berjalan, cara dia ketawa, cara dia
makan, cara dia pandang orang. Memang sah aku dah gila! Gilakan Qaisara. Tapi,
dengan cara macam mana aku nak luahkan apa aku rasa ni kat dia tanpa dia rasa
takut? Atau rasa terancam? Eh?
Rafiq
sudah pun bangun dengan mug ditangan. Adib hanya memandang. Lama wajah Adib
ditenung. “You know what, bro?” Jeda. Pandangan matanya dialihkan pada
mug ditangan sebelum kembali memandang Adib. “Kau dah patut confess kat
dia.”
Adib
mengeluh. Kalau nak buat semudah yang disangka.
***
Laju
hujung hari menekan papan kekunci laptopnya. Memasukkan setiap huruf membentuk
ayat, membentuk perenggan di atas Microsoft Word yang sudah separuh penuh itu.
Sesekali buku setebal seinci yang terbuka diselak ke muka surat lain. Kemudian,
jari kembali menaip. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Sudah hampir
menginjak 5.30 petang. Dan seperti biasa dia menjadi pengunjung setia
Starbucks.
Kepala
yang terasa serabut-tepu ditelengkan ke kiri dan ke kanan. Cuba meregangkan
segala urat yang dah tegang habis-habisan dek terlalu lama mengadap laptop.
Kemudian, kepala dialihkan pula pada sudut yang memang menjadi fokus matanya
sejak beberapa bulan yang lepas. Kosong. Meja itu masih kosong. Tanpa si
penghuni setia.
Ligat
kepala otak memikirkan segala kemungkinan. Sakit ke dia? Okay, tolak part
sakit tu sebab aku tak tau nak rasa apa kalau betul-betul dia sakit. Boleh gila
agaknya aku. Ha, over sangat tu Adib! Masalahnya sekarang mananya dia
ni? Naik lenguh jugak dok kalih pandang tiap-tiap sepuluh minit kat meja kosong
tu.
Qaisara,
where are you? Dia menghela nafas panjang. Jari telunjuk dan ibu jari memicit
pangkal hidung. Kepala otak masih ligat mencari sebab si pengarang jantung, Nur
Qaisara langsung tak nampak bayang. Selalunya kalau dia datang Starbucks tu,
elok je Qaisara duduk kat meja yang sama dengan novel yang akan bertukar setiap
hari. Membaca tanpa langsung rasa terganggu dengan suasana sekeliling.
Tapi,
hari ni? Langsung tak nampak bayang! Dah macam separuh gila jugak duduk kat
sini dok terteleng-teleng ke arah yang sama mengharapkan orang yang dicari
turun dari langit. Ha, nampak tak Muhammad Adib Aiman dah gila? Pandangan mata
sudah dialih dari meja kosong di sudut tepi sana pada skrin laptop. Lama skrin
laptop ditenung. Agaknya kalau mata ni dah ala-ala Cyclops tembus dah ni.
Adib
menghela nafas panjang. Sekali lagi. Kali ke berapa, dia sendiri tak tau.
“Kalau
awak dok terteleng-teleng macam tu, teleng kepala tu nanti.”
Eh?
Suara tu. Laju kepala didongakkan. Senyuman tu. Qaisara! Tak berkelip matanya
memandang susuk tubuh yang sedang berdiri terpacak di hadapan dengan senyuman
yang membuatkan tidurnya susah lena.
Tangan
kanan menarik kerusi sebelum punggung dilabuhkan di atasnya. “Kenapa mengeluh?”
“Dah
berapa lama awak kat sini?” Soalan berganti soalan.
Qaisara
menarik senyum segaris. “Since morning.” Kepala dipalingkan ke arah meja
yang menjadi port rasmi tiap kali dia membawa diri ke Starbucks itu. “Cuma
hari ni rasa nak bertapa kat bookstore.” Dia menyambung. Kepala sudah
pun kembali menghadap Adib di hadapannya.
Adib
ketawa kecil. I see. Aku jelah yang fikir bukan-bukan ni? Buku yang
terbuka di sebelahnya ditutup dengan tangan kiri. “Awak buat saya risau.”
“Oh,
dan kenapakah awak risau?” Duga Qaisara. Senyuman dibibir masih tak pudar. Berganti
dengan senyuman nakal. Tangan kanan menongkat dagu.
“Takde
sebab.”
“Hm.
Sounds fishy.”
“Sini
takde ikan.” Adib buat-buat tak faham. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan Qaisara. Yelah, nak jawab
macam mana? Takkan nak jawab saya risau sebab saya suka awak. Sebab saya ada
perasaan awak kot? Mahu terkejut cik adik depan aku ni. Kepala yang tak gatal
digaru.
“Awak
tak jawab soalan saya. Kenapa risau?”
“Makan
dah?”
“You
are trying to run aren’t you, Adib. Why?”
Adib
jongket kening. Why? Tu soalan yang perlukan jawapan ke? Takkan dia tak
faham langsung dengan semua hint yang aku kasi? Selama kau cuba nak rapat
dengan dia, cuba nak kenal dengan dia, jadi kawan dia. Takkan dia tak faham?
Permukaan
meja ditekur lama sebelum dia memandang wajah Qaisara yang menantikan jawapan. Nafas
ditarik sedalam mungkin. “You really want to know why?”
Angguk.
Tubuh
ditegakkan. Kedua-dua belah jari bertaut. “Cause you are special. In my
eyes, in my heart. For me, you are special.” Tajam pandangannya menikam
sepasang mata Qaisara.
Tak
berkelip Qaisara memandang Adib yang masih lagi merenungnya. Tak tau nak dibuat
reaksi macam mana. Nak buat ala-ala drama tiba-tiba menangis terharu atau buat
muka beku tak beriak lepas tu blah je dari situ tanpa cakap apa-apa? Ah, apa
ni?
“So,
cik Nur Qaisara.”
Qaisara
angkat kening. Now what?
“Will
you be mine?”
Nafas
ditarik panjang. “019-5673451”
Terjongket
tinggi kening Adib. Huh? Dah kenapa tiba-tiba kasi nombor telefon pulak ni? Lain
aku tanya, lain yang dijawabnya.
“Tu
nombor abah. Call him and ask.” Qaisara buat muka besi.
Melebar
senyuman dibibir. Is that a yes? “Call sekarang boleh?” Adib rasa
nak terbang. Bahagia!
“Tunggu
saya baliklah!”
Adib
ketawa lepas.
And
they live happily ever after. Fairy tale, much! Tak
salah pun bermimpi :)
so sweet. how I wish I can be like this. buat la cerpen lain! :) super awesome . good job .. (Y)
ReplyDeleteHate cerpen so much. Habis cepat sangat!!! Nak lagi.. nak lagiiiiiii... lagiiiii.... hahahaha
ReplyDeleteJust found ur blog.so sweet la this story.ada sambungan lg tak?
ReplyDeletefirst time snggh cnim.. best citerrr nim.. klu bleh smbunglhhh..
ReplyDeletePleaseee buat novel for thiss story....
ReplyDelete