Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Thursday 13 February 2014

Our Litte Secret 2


Dia duduk bersila di atas katil. Kotak berbalut kemas ditangan dipandang lama. Tanpa perlu dipaksa bibir menarik senyuman lebar. Hati terasa berbunga-bunga. Hesy, aku dah kenapa? Umar Haikal je pun. Bukan ke memang tiap-tiap tahun pun dia ingat birthday kau siap kasi hadiah? Dah tu, apa yang nak sengih-sengih serupa dapat hadiah daripada pakwe ni? Kau dah kenapa Nur Hadhirah?

Kotak berbalut kemas ditangan masih lagi menjadi tatapan sepasang anak matanya. Nak dibuka terasa sayang pula. Tapi, hati melonjak-lonjak ingin tahu apa isi di dalamnya. Nur Hadhirah rasa nak hantuk kepala ke dinding. Apa yang susah sangat jadi seorang Nur Hadhirah ni? Buka jelah hadiah tu. Kut dia bagi bom lain ceritalah.
            
Lambat-lambat balutan kemas pada kotak dibuka. Penuh berhati-hati. Berdebar-debar. Masa dirasakan terlalu lambat berlalu. Sesekali dia menarik nafas dalam. Panjang. Nur Hadhirah, yang nak buka hadiah pun gaya macam nak buka kotak Pandora dah kenapa ni? Entahlah. Terasa lain pula hadiah yang Umar Haikal berikan kali ini. Masih terngiang-ngiang kata-kata Umar tadi. Hati aku. Apa yang dimaksudkan dengan ayat tu?
            
Pandangan jatuh pada kotak berwarna merah setelah selesai balutan padanya dibuka. Hmmm. Agak-agak apa eh kat dalam kotak ni? Macam-macamlah Umar Haikal ni. Tahun lepas, dia dihadiahkan bunga tulip, bunga kesukaannya. Entah ceruk mana Umar Haikal mendapatkan bunga itu, tidak pula dia bertanya sebab dia tahu kalau dia tanya pun belum tentu Umar Haikal akan membuka mulut. Perahsia!
            
Lambat-lambat kotak merah itu dibuka dan terpampang seutas rantai dengan loket berbentuk bunga tulip di dalamnya. Lama rantai itu diperhatikan. Tak tahu perasaan apa yang dirasainya sekarang. Tak tahu bagaimana untuk diperjelaskan tentangnya. Perasaannya bercampur baur. Umar Haikal!
            
Laju sahaja tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja. Nombor telefon Umar Haikal didail. Lama dia menunggu ditalian sebelum panggilannya bersambung.
            
“Helo.”
            
“Helo. Umar.” balas Nur Hadhirah. Rantai dengan loket tulip itu diperhatikan lagi. Otak cuba merangka ayat. Alaa… kenapa mesti waktu-waktu macam ni aku tak tahu nak kata apa? Come on, Hadhirah! Fikir sesuatu. Cakaplah apa-apa. “Erm… thanks untuk rantai ni.”
            
Welcome. Suka tak?”
            
Hadhirah menganggukkan kepalanya. Eh, bukannya Umar boleh nampak aku dok angguk macam burung belatuk pun kat sini. Hujung jari telunjuk menggaru pelipis kanannya. “Suka. Nice.” Jeda. “Tapi… tak mahal?”
            
“Perlulah tanya mahal ke tak?” Umar dah keluar nada macam nak baham orang. Hadhirah ketawa. Umar ni kan… pantang tau aku cakap fasal harga mesti nak melenting. Dia tak tau ke aku ni cukup serba-salah bila mana orang bagi hadiah yang aku boleh agak harga dia mahal?
            
“Umar.”
            
“Hmm?”
            
“Kau kawan terbaik aku pernah ada.”
            
Umar ketawa dihujung talian. “Cuba kasi tau something yang aku tak tau.”     
           
“Menyampah!”
            
Tawa mereka bergabung. Memecah sunyi diruang biliknya yang sederhana besar.



“UMAR HAIKAL!” Suara mama nyaring memanggil namanya. Dia yang baru sahaja hendak menuruni anak tangga menggelengkan kepalanya. Suara mama ni, aku syak jiran sebelah-menyebelah pun boleh dengar.
            
“Ye, mama. Umar dah turun ni.” Kepala dijengahkan ke dapur. Mama sedang sibuk ke hulur ke hilir entah buat apa. Langkah kaki terus dibawa ke ruang tengah – ruang makan. Kerusi ditarik dan terus sahaja dia melabuhkan punggungnya. Kedua-dua belah tangan menongkat dagu. Satu-persatu lauk yang terhidang di atas meja diperhatikan. Amboi, banyak ha mama masak. Nak sambut apa-apa ke?           
            
“Ma, banyak masak?”
           
“Kejap lagi Hadhirah datang.”
           
Hah? Dah kenapa dia datang? Apasal aku tak tau apa-apa? “Kenapa Umar tak tau?” Cis, ni yang nak murka ni. Sampai hati Addi tak beritahu dia nak datang rumah. Merajuklah cenggini!
            
“Dia tak beritahu kamu ke?”
            
“Tak!” Nada protes. Selama ni mana pernah Addi nak berahsia apa-apa dengannya. Macam nilah kan? Terus tangan menyeluk Blackberry dari poket seluar tiga sukunya. Nombor telefon Addi didail.
            
Trutt… trutt…
            
Umar sabar menanti.
            
“Helo.”           
            
“Kau memang dah tak nak kasi tau aku apa-apa kan?” lirih saja kedengaran nada suaranya. Nada orang berjauh hati.
            
Addi dihujung talian dah kerut dahi. Dah kenapa? “Kau pehal?”
            
“Apasal tak bagitahu nak datang rumah?”
           
“Lah, sebab tu je?”
           
Umar dah rasa nak campak Blackberry ditangan. Sebab tu je? Amboi, sejak bila reti nak ‘sebab tu je’ dengan aku, Addi? “Aku memang dah tak penting dalam hidup kau, kan?”
            
“Woi! Apa ayat gaya gitu?”
            
“Semua benda nak rahsia.”
            
“Umar…”
            
“Dahlah. Aku nak keluar.” Umar pandang mama yang sedang menatang mangkuk putih berisi kari ayam. Mangkuk putih itu diletakkan di atas meja. Mama menggelengkan kepalanya. Dah faham sangat perangai Umar dengan Hadhirah. Kalau orang yang baru kenal, mesti ingat mereka itu bercinta.
            
“Janganlah, Umar. Aku ingat nak buat surprise.”
            
Surprise apa?”
           
“Dah nama pun surprise, mana boleh kasi tau.”
            
Tika itu kedengaran ketukan bertalu-talu pada pintu utama. Umar memusingkan badannya menghadap ke arah pintu. Dah sampai ke? “Depan rumah?”
            
“Ye… bukak pintu la!” Hadhirah dah separuh menjerit. Boleh kedengaran suaranya dibalik pintu kayu itu. Umar tahan ketawa tapi bibirnya dah pun menarik sengih. Boleh tak nak jadi jahat? Ala… sikit je.
            
“Tak nak!”
            
“Umar Haikal!”
            
“Duduklah depan tu sampai esok.”
            
Fine!” Talian terus dimatikan. Ketukan pada pintu juga tidak lagi kedengaran. Umar memandang kosong skrin Blackberry yang dah bertukar gelap itu. Eh, jangan kata dia merajuk betul-betul.
            
Dia bingkas bangun dari duduknya. Laju kakinya dibawa melangkah menghampiri pintu utama. Tombol pintu dibuka dan susuk tubuh Hadhirah yang sedang berdiri terpacak di muka pintu mendaftarkan diri di ruang mata. Cis, terkena aku! Umar memeluk tubuhnya. Hadhirah dipandang atas bawah. Gaya macam nak bergaduh aje.
            
Pandangannya jatuh pada plastik ditangan Hadhirah. “Apa tu?” Bibirnya dimuncungkan pada plastik ditangan.
            
“Eh, adalah.” Dia memandang wajah Umar yang masam di hadapannya. Merajuk betullah ni? “Kau tak nak pelawa aku masuk?”
            
Password!”
            
Hadhirah menjulingkan matanya. Macam budak-budaklah dia ni. Bibir mencebik. “Addi paling comel dalam dunia. Done!”
            
“Teettt… salah. Try again.”
            
Hadhirah dah rasa nak hempuk Umar dengan isi dalam plastik ditangannya. Jangan sampai aku hilang sabar. Fuhh, chill. Kau macam baru kenal Umar semalam. Selama ni pun kau layankan aje perangai dia, kan? “Umar paling baik, paling hot rasa macam nak sepak-sepak. Puas?” Ujarnya geram.
            
Umar sengih. “Password diterima tapi ayat last direject.”
            
“Apa-apa jelah. Let me in.”
            
“Masuklah. Macamlah first time pun kau datang rumah aku.”
            
Ish, dia ni. Memanglah bukan first time tapi takkan nak buat gaya macam rumah sendiri pulakkan? Aku pun tahu segan jugak. Sandal dikaki dibuka dan disusun di atas rak kasut bersama kasut-selipar yang lain. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam. “Mama mana?”
            
“Dapur.”
            
Tak tunggu lama dia terus mengatur langkah ke dapur. Umar hanya memerhati setiap langkah yang diatur Hadhirah. Bibir automatik menarik senyum segaris. Sampai bila kita akan jadi macam ni?



SELESAI makan, Hadhirah menolong mama Umar mengemas meja. Siap mencuci segala pinggan dan mangkuk dia melangkah ke ruang tamu. Umar yang sedang duduk bersila di atas sofa dipandang dari ruang tengah. Dia menarik senyum segaris. Umar Haikal… teman bergaduh, teman kala dia bersedih, teman yang setia mendengar dia merengek-menangis, teman yang selalu ada tak kira masa.
            
Dia menghenyakkan punggungnya bersebelahan Umar. Kepala ditala ke hadapan, pada skrin televisyen yang sedang menayangkan rancangan Karoot Komedia. Rancangan kesukaan Umar. Umar boleh perabis berjam-jam lamanya menonton rancangan itu. Peduli la ulangan atau tidak.
            
“Umar…” panggil Hadhirah perlahan.
            
“Hmm?”
           
I have something for you.
            
Umar yang fokus pada skrin televisyen terus mengalihkan pandangannya ke arah Hadhirah. Keningnya terjongket sedikit. “Apa?”
            
Kotak sederhana besar dikeluarkan dari plastik yang dibawanya tadi. Kotak itu diunjukkan di hadapan Umar. Pandangannya tidak pada Umar di hadapan tetapi pada karpet berwarna hijau di hujung kaki. Segannya…
            
Umar mengambil kotak sederana besar itu dari tangan Hadhirah. Kotak itu digoncang-goncangkan. Berbunyi kotak itu apabila Umar buat macam tu. Hmm, amende ni? “Kau kasi bom ke?”
            
“Kalau aku bagi bom, aku dah angkat kaki awal-awal.” Sarkastik Hadhirah membalas. Gila ke apa nak bagi bom? Aku tak nak kehilangan kawan. “Hadiah biasa je.” Hujung jari menggaru-garu pangkal hidungnya. “Happy birthday, Umar.
            
Heh. Dia ingat rupanya. “Ingat pulak kau.”
            
Birthday kau, sehari selepas aku je.”  Hadhirah membalas rendah. Mahu dia tak ingat kalau besar-besar dia tulis pada kalendar “BIRTHDAY UMAR” siap dengan huruf besar lagi. Kalau tak nampak juga memang tak tahulah nak kata apa.
            
Thanks.”
            
Hadhirah senyum. Seronok bila tengok Umar gembira. Umar tu… kalau nak diikutkan dia dah lebih dari seorang kawan. Dialah sahabat, dialah ahli keluarganya, dia dah macam abang atau err adik err entahlah. Tak kisahlah. Umar tu ada masa perangai mengalahkan budak kecik tapi itulah yang membuatkan hubungan dia dan Umar rapat. Mungkin sebab Umar jenis tak kisah langsung-langsung dengan Nur Hadhirah yang susah nak dengar kata, degil, mengada-ngada, cerewet, cepat menangis ni. Hah!
            
“Aku bukak sekarang eh?”
            
Kepala dianggukkan.
            
Terus sahaja pembalut hadiah dikoyak rakus. Hadhirah geleng kepala. Ni apa gaya macam tak pernah dapat hadiah? Selesai pembalut hadiah dibuka, penutup kotak dibuka. Di dalamnya ada sebentuk bingkai gambar dengan gambar mereka berdua terisi di dalamnya dan patung monyet kecil.
            
Thanks.”
            
No biggie. Hadiah murah je. Nak compare dengan kau…”
            
Umar menggelengkan kepalanya. “Apa yang penting ingatan, bukan nilai hadiah tu. Ingat tu.” Dia tidak menunggu Hadhirah menghabiskan ayatnya. Ayat yang Hadhirah nak cakap tu dia dah boleh hafal. Sebab tiap-tiap tahun pun ayat yang sama dia keluarkan. Addi… Addi…
           
Umar… can I ask you something?”
            
“Hmm?”
            
“Kau agak sampai bila kita akan macam ni?” Jeda. “I mean… kita berkawan. Macam ni?” Lambat-lambat dia menghabiskan ayatnya. Takut jugak kalau-kalau Umar terasa dengan ayatnya tu. Bukanlah dia ada apa-apa fikiran negatif cumanya kita tak tahu apa akan jadi nanti. Entah mereka masih berbaik atau sebaliknya.
            
“Selagi kau masih anggap aku kawan, sahabat, teman rapat kau dan seseorang yang ada selalu untuk kau, selagi tu kita macam ni.” Mudah jawapan Umar. Yelah, bukan dia yang menentukan masa depan. Bukan dia juga yang boleh menghalang kalau-kalau Hadhirah dah tak nak berkawan dengannya.
            
“Kalau kau dah jumpa makwe, jangan lupa aku.”
            
“Kau tu pun sama.”
            
Ketawa mereka bergabung. Hadhirah menggelengkan kepalanya. Senget! “Kau tak de suka sesiapa ke, Umar?”
            
“Kau rasa?”
            
“Memang aku boleh tahu pun, kan?” Eee, main-main! Orang tanya serius dia buat main. Merajuk baru tau.
            
Umar sengih. “Ada kut?”
            
“Siapa?”
            
“Ada la…” sengaja dia meleretkan suaranya.
            
Hadhirah dah rasa nak campak bantal segi tiga ke arah Umar. Jangan sampai ada perang bantal pulak kat rumah mamat ni. Nasib baiklah mama Umar dah naik atas. Nak solat katanya. “Cakaplah… siapa?”
           
“Nanti kau pun tau.”
            
“Nanti tu bila?” Nanti… nanti… entah apa yang nak dirahsiakan pun dia tak tahu. Perempuan yang dia suka tu Puteri Gunung Ledang gamaknya.
            
“Tunggu aku dah bersedia.”
            
“Untuk?”
            
Confess.”
            
Confess jelah sekarang.”
            
Umar menggelengkan kepalanya. “Belum masanya lagi.”

Hadhirah dah give up. Malas dah nak tanya. Sebab kalau dia desak pun belum tentu Umar nak cakap jadi lebih baik tak bertanya dah. Umar tu… kalau dia tak nak beritahu desak macam mana pun memang takkan berjaya. Jadi, lantaklah.
            
“Nur Hadhirah…”
            
“Hmmm…”
            
“Walau apa pun yang terjadi atau bakal terjadi, kau dan aku akan berkawan sampai bila-bila. Ingat tu.”
            
Hadhirah angguk kepala. “Ye… kau pun sama.”

            
Dan tiada lagi suara mereka kedengaran. Umar memandang terus pada skrin televisyen. Sesekali dia melirik Hadhirah yang terkekeh-kekeh ketawa di sebelahnya. Sebelah tangan menongkat dagu. Tanpa sedar dia tersenyum. Sampai bila kita akan berkawan? Selagi kita saling memerlukan antara satu sama lain. Dan selagi perasaannya disimpan kemas-kemas untuk Nur Hadhirah. Biarlah, jika dia diciptakan untuk gadis disebelahnya, pergilah sejauh mana mereka pasti bertemu dan bersatu. 

No comments:

Post a Comment