Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Friday, 27 September 2013

Aika

Hujung jari telunjuk dan ibu jari menyelak helaian muka surat yang terbuka ke muka surat baru. Anak mata masih lagi pada patah-patah perkataan yang tercetak di atas helaian berwarna coklat keperangan-perangan itu. Tekun. Sesekali anak rambut yang menutupi dahi diselak dengan hujung jari telunjuk. Langsung tak menganggu pembacaannya.

Kepala diangkat dua-tiga saat sebelum dia kembali hanyut dengan pembacaan, dalam dunianya sendiri. Langsung dah tak peduli keadaan sekeliling. Agaknya kalau letak bom kat sebelah pun tak kisah kot. Okay, melampau.

Lelaki yang turut sama duduk dibangku yang sama langsung tak diendahkan. Rasanya, tak ada masalah besar pun jika mereka berkongsi bangku. Bukannya ada tertampal kat mana-mana ‘dilarang duduk bersama’ di situ. Dia langsung tak punya hak nak menghalang si lelaki entah siapa-siapa tu untuk tidak duduk di situ. Lagipun, ruang antara mereka boleh memuatkan lagi dua orang pun. Ha, nampak tak betapa jauhnya aku dengan dia duduk? Jadi, sangatlah tidak ada masalah baginya.

Helaian seterusnya diselak. Sesekali pangkal hidung dipicit bila mana terasa hidung sakit dek angin yang bertiup agak kencang dari selalu. Sejuknya lain macam. Habis menggigil satu badan. Nasib baiklah dia terfikir hendak menyarung sweat shirt oversized kesayangannya dengan jeans lusuh yang sudah tak tau warna apa – biru atau kelabu. Rambut separas pinggang lebih selesa diikat tinggi. Membiarkan ia elok terletak di situ.

Aika menghela nafas panjang. Kepala diangkat sedikit – dari patah-patah perkataan tercetak pada helaian terbuka – mengerling lelaki disebelahnya yang turut sama dengan buku ditangan. Dia cuba mengintai tajuk novel yang dibaca lelaki itu tapi terlindung dek tangan yang menampung novel itu.

Ah, yang aku sibuk nak tau buku apa dia baca tu kenapa? Does it even matter? Aika menggelengkan kepalanya. Hujung jari menggaru pelipis kanan. Dia menekur hujung sneakers yang tersarung dikaki. Sesekali dia menggerakkan kedua-dua belah kakinya ke depan dan ke belakang.

Sudah hampir seminggu dia bertemu dengan lelaki itu. Atau dalam kata lain berkongsi bangku di taman permainan itu. Anehnya, mereka pasti akan duduk dibangku yang sama (padahal ada je bangku lain kat situ) dan pada waktu yang sama. Seperti sudah berjanji.

Lelaki itu dengan novel ditangan dan dia juga dengan novelnya. Masing-masing langsung tak peduli untuk bertanyakan nama atau bertegur sapa biar pun jarak mereka yang terpisah beberapa depa. Seperti ada perjanjian tidak bertulis juga tidak terucap oleh mereka berdua.

Seminggu. Tempoh yang boleh dikatakan agak lama untuk dia dan lelaki itu. Dalam tempoh seminggu itu langsung tiada siapa di antara mereka yang cuba untuk memulakan perbualan. Nak dengar sepatah suara pun macam mustahil. Hanya bunyi angin, gelak ceria kanak-kanak di taman permainan itu juga bunyi burung yang menjadi peneman mereka.

Kepala didongakkan. Memandang langit petang. Tenang. Kelopak mata dipejamkan perlahan-lahan. Novel yang terbuka ditangan sudah pun ditutup dan ditindih dengan kedua-dua belah tangannya. Kedua-dua belah tangan dibawa ke udara. Menggeliat.

Swatch dipergelangan tangan dikerling sekilas. Masanya untuk balik. Dia memandang sekilas lelaki di sebelahnya. Ah, teringinnya nak dengar suara dia! Kau dah kenapa, Aika? Yelah, bila tengok dari sisi nampak macam hm, not bad. Haha. Ewah, Aika. Apa tilik anak teruna orang sampai macam tu sekali? Dia tersenyum malu.

Punggung sudah pun diangkat. Pandangannya ditalakan pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran di tengah taman itu. Ceria. Seronoknya jadi kanak-kanak. Langsung tak peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Apa yang mereka tahu, enjoy! Heh.
          
Dah-dah marilah kita membawa diri pulang ke rumah. Tadi cakap dengan ibu nak keluar sekejap je. Langkah kaki mula diatur meninggalkan kawasan taman permainan itu. Dan untuk tiga saat dia memandang lelaki yang masih lagi dengan pembacaannya. Bibir menarik senyum segaris. Jumpa esok!

***

“HOI! Berangan.”
            
Aika yang sedang menongkat dagu tersentak. Fuh, nasib baik aku tak de penyakit lemah jantung. Kalau tak, selamat dah aku bertemu yang di atas tu agaknya. Berkelip-kelip matanya memandang figura yang sedang berdiri tegak dengan sengih dibibir. Ceh, dia ni. Cuba tegur tu cara berhemah sikit.
            
Tika itu keadaan di ruang makan agak lengang. Lagipun, waktu dah petang sangat. Ramai antara mereka yang dah selamat balik rumah atau pun kolej kediaman bermanja dengan katil dan bantal. Ni pun gagah menapak ke ruang makan itu sebab dah janji untuk jumpa Jiha nak bincangkan fasal assignment Encik Wahab.
            
Tangan kanan menarik kerusi. Punggung dilabuhkan. Sengihan masih elok dibibir. “Kau berangan apa hah?” Soal Jiha dengan kening terangkat.
            
“Manade pape.” Dia membalas nak tak nak. Mengacau je budak ni tau. Tak boleh tengok orang senang sikit.
            
Jiha menarik senyum nakal. “Teringat mamat kat taman tu ke?” Sengaja dileretkan suaranya. Menyakat. Baru je dua hari lepas si Aika bercerita fasal jejaka taman yang kononnya mysterious tu.

Yelah, boleh kata nak dekat seminggu tapi mereka langsung tak bertegur sapa. Padahal kalau nak diikutkan logik dengan jarak tak berapa nak jauh – hanya beberapa depa tu – memang patut dah si Aika dengan mamat entah-apa-nama-dia tu bertegur. Paling tidak pun ‘hai’.
            
Nafas panjang dihela. “Kau jangan nak merepeklah Jiha.” Memandai-mandai je kata aku teringatkan mamat taman tu. Nak teringatkan dia pun nak buat apa?            Tapi, sebab si Jiha dah buka cerita fasal dia, jadi teringatlah pulak. Ceh. “Jiha.”
            
“Apa?”
            
On a second thought, he’s not that bad.” Sengih. Sengaja dia menjongket-jongketkan keningnya. Sengaja nak buatkan Jiha jadi tertanya-tanyakan gerangan si jejaka misteri tu. Hamboi sangat. Eh, tapi betullah. He’s not that bad.
            
Tangan kanan sudah pun menongkat dagu. “Love is in the air?” Sengih Jiha makin meleret. Aku macam dah nampak tanda-tanda cinta bakal berputik mekar setaman. Cewah.
            
Laju Aika menggelengkan kepalanya. Apa sampai ke situ pulak? Jiha  ni kalau tak buat spekulasi bukan-bukan memang tak sah. “Taklah. Just saying.” Pangkal hidung digaru. Tak salahkan kalau aku cakap benda betul? Dah dia memang boleh tahan, jadi aku cakaplah.
            
“Pelik jugak bila Nur Aika Amira puji orang. On top of that, a guy!” Komen Jiha dengan muka yakin campur teruja. Ingat senang ke nak dengar Aika puji orang? Susah oi! Tangan kanan yang menongkat dagu tadi sudah pun elok terletak di atas meja. Hujung jarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja. “So? Memang boleh tahan sangat ke sampai dia terima pujian kau ni?”
            
Bahu dijongket tinggi. “Dari sisi boleh tahan. Dari depan tak tau.” Anak rambut yang jatuh disebak dengan hujung jari dan disisipkan di belakang telinga. Rasanya belum pernah lagi aku dengan dia pandang berdepan – bertentang dua mata.
            
Lama wajah kawannya itu dipandang. “Korang ni peliklah.”
            
Terjongket tinggi kening Aika. Pelik? Dah kenapa? “Sebab?” Mohon pencerahan. Jiha ni suka tau cakap tak kasi terang. Biarkan aku tertanya-tanya macam ni.
            
“Dah nak dekat seminggu korang duduk kat bangku yang sama. Tak pernah terfikir nak tegur ke?” Soal Jiha dengan muka ingin tahu. Yelah, tak ke pelik gitu? Kalau ikut manusia normal macam aku selamat dah mamat tu kena tegur ramah-mesra dengan aku.
            
Aika menarik senyum segaris. “Entah. Tak terasa nak tegur.” Mudah jawapan balas dari Aika. Ya, sungguh. Langsung tak ada sekelumit rasa pun nak tegur mamat misteri tu. Ceh, misterilah sangat.
            
Lagipun, tak ada sebab rasanya untuk mereka bertegur sapa (walaupun berkongsi bangku kat taman tu) sebab aku dan dia macam selesa je macam sekarang ni. Dan rasanya tak ada masalah pun bagi aku dan mungkin bagi dia. Entah. Tak tau. Bukannya dia boleh teka apa yang si lelaki kat taman tu rasa.
            
“Cubalah tegur sekali.”
            
Terjegil biji mata Aika. Hah! Kerja gila. “Tak nak aku!” Laju Aika menolak cadangan gila Jiha. Nur Aika Amira nak tegur orang? Silap besar! Gaya Jiha bagi cadangan tu macamlah tak kenal aku macam mana. Aku bukannya reti bab-bab nak tegur orang, tak macam dia tu. Peramah yang amat.
            
“Dah tu, korang nak terus macam tu jelah?”
            
Tangan kanan menongkat dagu. Pandangannya sudah pun dilarikan pada abang-pakai-topi-biru di kaunter menjual air. Abang itu menarik senyum segaris. Aika membalasnya. Abang tu memang boleh kata kamceng dengannya. Ada je masanya dia dapat air free. Haha. Bertuah tau jadi seorang Aika.
            
Kemudian, fokusnya kembali pada Jiha yang menantikan jawapan. Senyum. “Macam tu jelah.”
            
Tiada lagi ayat yang keluar dari mulut dia mahupun Jiha. Kes ditutup.

***

LAMA dia memandang susuk tubuh yang sedang duduk di atas bangku itu. Tanpa sedar bibir menarik senyum nipis. Hey, we meet again! Bisik hatinya. Lelaki itu bert-shirt round neck lengan pendek berwarna kelabu dengan seluar khaki tiga suku berwarna hitam. Dikakinya hanya tersarung selipar berwarna hitam-kelabu yang dari pengamatan dah patut tukar baru. Amboi, sempoi benar cik abang sorang ni.
            
Langkah kaki dibawa menghampiri bangku tersebut. Ekor matanya melirik sekilas lelaki di sebelah sebelum perlahan-lahan punggung dilabuhkan. Novel di dalam beg yang tersangkut dibahu dikeluarkan dan diletakkan di atas riba.
            
Kemudian, tangan kanan menyeluk pula poket khaki yang dipakainya mengeluarkan BlackBerry. Lama BlackBerry dipandang sebelum kembali diselukkan ke dalam poket seluar khakinya. Nafas ditarik dalam-dalam. Memenuhi rongga peparunya.
            
Jadi, cik Nur Aika Amira apakah hari ni akan berlaku sebarang interaksi antara kau dan lelaki di sebelah kau tu? Atau hari ni akan berlalu sama seperti hari-hari yang sebelumnya? Kau dengan novel kau dan dia dengan bahan bacaannya? Entah. Aku tak ada jawapan untuk soalan tu. Kita tengok dan lihat.
            
Aika ketawa dalam hati. Dah kenapa gaya macam tengah buat laporan kaji cuaca je hati aku ni? Sekali lagi ekor mata melirik ke mamat di sebelahnya. Ah, mata aku ni pun dah kenapa? Tak boleh nak duduk diam ke? Kalau terkantoi curi-curi pandang anak teruna orang tak ke malu tujuh keturunan nanti?
            
Penutup novel dibuka terus ke muka surat yang bertanda dengan penanda buku. Patah-patah perkataan yang tercetak di atas helaian muka surat menyapa anak matanya. Dah-dahlah tengok anak teruna orang macam nak telan, Aika oi. Sambung baca novel tu. Dia jadi malu sendiri.
            
Kedengaran lelaki di sebelahnya berdehem. Aika sengih sendiri. Amboi, yang kau tersengih tu kenapa Aika? Dia berdehem je oi! Aika dah rasa nak hempuk kepala dengan novel ditangan. Aku ni dah kenapa? Ekor mata nakal cuba mencuri pandang lelaki di sebelah sebelum sepasang anak mata lelaki itu menyapa pandangan. Opss!
            
Laju anak matanya dijatuhkan pada novel yang terbuka ditangan. Ha, kan dah kantoi. Tulah, gatal lagi nak usha anak teruna orang. Bibir bawah diketap kuat. Malunya! Mana nak sorok muka ni? Nafas ditarik dalam-dalam. Chill, Aika. Dia tak perasan pun kau pandang dia. Tak.
            
Nice weather, huh?”
            
Eh? Hampir-hampir je novel ditangan jatuh menyembah tanah. Dia bersuara? Dia. Bersuara. Boleh faham tak? Lelaki misteri (kononnya) bersuara? Boleh tak nak acah-acah pengsan kat sini? Haha. Drama sangat, Aika!
            
Aika membetulkan letak rambutnya. “Hm. Yeah.” Hampir-hampir tidak kedengaran suaranya. Ah, sudah! Apasal tak terkeluar pulak suara ni. Jantung aku ni pun. Kenapa berdegup laju sangat? Sabar. Sabar. Nafas ditarik lagi. Lebih dalam.
            
Keadaan kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi burung yang sedang bertenggek di atas pokok tidak jauh dari bangku mereka. Sesekali kedengaran juga bunyi motosikal yang lalu-lalang di kawasan taman permainan itu. Patah-patah perkataan yang tercetak di atas helaian yang terbuka dah tak tau nampak macam tulisan apa. Tulisan Sanskrit gamaknya.
            
Terasa seram sejuk satu badan. Suara dia, cair! Boleh tak aku nak kata aku dah jatuh cinta dengan suara dia? Amboi, Aika. Jatuh cinta dengan suara terus. Ni nak kira suara dia buat jantung kau dup dap dup dap terlampau ke? Sangat! Tahap rasa jantung macam nak meloncat keluar dari badan. Hujung jari telunjuk menyelak muka surat seterusnya.
            
“Dah seminggu ey?”
            
Huh? “Excuse me?” Berkerut dahi Aika dibuatnya. Dia cakap apa? Aku macam dengar dia kata seminggu tapi untuk apa? Ah, kenapa tiba-tiba aku jadi macam orang pekak pulak ni?
            
“Dah seminggu?”
            
Bertambah selapis lagi kerut didahi. Apa yang dah seminggu? Ha, dah tiba-tiba otak aku tak boleh nak berfungsi. Aika, relax! Kau dengar suara dia je. Yang menggelabah macam kucing nak beranak ni kenapa?
            
Lelaki di sebelahnya menarik senyum segaris. Manis. “Kita. Awak. Saya. Bangku ni. Seminggu dah?” Soal lelaki itu. Senyumannya masih elok terhias dibibir. Cair!
            
Kepala yang tak gatal digaru dengan hujung jari. Oh. “Haah. Seminggu.” Bibir menarik senyum kekok. Fuh, first time dengar suara mamat sebelah ni. Sedap elok je kat telinga ni haa. Amboi, Aika. Gatal eh?
            
“Awak tak kisah saya duduk sini?” Soal lelaki itu lembut.
            
Aika menggelengkan kepalanya. “Tak. Lagipun, dah nak seminggu kita kongsi bangku ni. Jadi pelik pulak nanti kalau awak takde.” Balas Aika perlahan. Hampir-hampir tidak terdengar suaranya. Darah gemuruh dah datang. Aika, jangan nak drama sangat. Tak macho la kalau kau gelabah tak tentu arah depan dia ni.
            
Lelaki dia sebelahnya senyum nipis. “Pelik? Sebab?” Si lelaki di sebelah sudah pun menongkat dagu. Novel ditangan diletakkan di atas riba dengan sebelah tangan diletakkan di atas buku itu.
            
Aika dah rasa nak benam kepala dalam tanah. Kenapa ayat last tu boleh terkeluar dari mulut, Nur Aika Amira? Kan dah malu sendiri. Aaa, nak cakap apa ni? Aika ketap bibir. “Sebab dah terbiasa?” Ah, ayat ni lagilah buat aku rasa nak benam kepala dalam tanah. Malunya!
            
Lelaki di sebelah itu gelak. Cukup untuk pendengaran telinganya. Wajah Aika dah memerah. Rasanya kalau nak compare dengan tomato, merah lagi muka aku ni ha. Cis! Boleh pulak dia pi gelakkan aku. Dan Aika! Kenapa boleh keluar ayat macam nak mengorat tu? Kau tengah dalam proses nak flirt dengan dia ke? I’m not!
            
Lelaki di sebelah berdehem. “Nama saya Adha. Muhammad Adha. Awak?”
            
Hujung sandal menguis-nguis pasir-pasir halus. Nafas ditarik dalam cuba membetulkan detak jantung yang dah tak berapa nak betul. “Nur Aika Amira. Awak boleh panggil Aika.”
            
“Aika.” Elok je namanya meniti di bibir Adha. Entah kenapa terasa pembuluh darah mengembang mendengarkan namanya di sebut oleh Adha. Terasa melayang-layang. Adakah ini cinta? Haha. Come on, Aika. Over sangatlah kau ni.
            
“Awak duduk area sini ke?” Ekor mata melirik Adha di sebelahnya. Nak toleh pandang mamat ni rasa macam tak mampu je. Aku risau pembuluh darah aku meletup ada yang mati sebab kehilangan banyak darah. Eh, tipu. Takdelah sampai macam tu. Cuma risau hati dengan jantung tak cukup kuat. Aku dah rasa aneha-aneh je ni.
           
Angguk. “Rumah saya belakang ni je. Awak?”
            
“Taman sebelah sana tapi saya suka sini sebab redup. Sana tak banyak pokok macam kat sini.” Dan kat sini ada awak. Tambahnya di dalam hati.
            
“Kenapa baca buku kat sini? Kenapa tak baca je kat rumah? Boleh golek-golek atas katil, makan chips.”
            
Aika ketawa kecil. Amboi, banyaknya soalan. Dia tanya orang, yang dia tu? Apasal membaca kat sini? Tak ke benda yang sama boleh ditanya balik? “Sebab saya suka? Ada sebab lain ke?”
            
Bahu dijongket tinggi. “Manalah tau awak datang sini sebab saya?” Sengih.
            
Hampir-hampir je Aika tersedak mendengarkan ayat yang baru keluar dari mulut Adha. Ha, mamat ni ahli nujum ke apa? Yang tu pun salah satu sebab jugak kenapa aku suka datang sini. Cis cis! Macam mana dia boleh tau ni? Aika, cover! Cover. Jangan gelabah. “Jangan nak perasan!”
            
Adha ketawa lepas. Aika gigit bibir. “Gurau jelah. Lagipun, awak datang sini sebab saya pun untuk apa kan?” Masih ada sisa ketawa dihujung ayatnya. Aika dah rasa nak kasi flying kick sedas pada Adha. Eloklah tu buat aku gelabah lepas tu cakap tu semua gurau semata. Pffhh.
            
Adha melirik jam dipergelangan tangan. Nafas ditarik dalam. “Okaylah. Saya gerak dulu. Nak jumpa kawan.”
            
Aika hanya menganggukkan kepalanya.
            
“Esok awak ada kat sini kan, Aika?”
            
“Mungkin.”
            
Adha diam. Tidak bersuara. Tangan kanan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat kemas. Lama kertas ditangan dipandang sebelum kertas itu diunjukkan di hadapan Aika.
            
Aika angkat kening sebelah. “Apa ni?”
            
“Surat cinta?”
            
Aika buat muka toya. Hahaha. Tak lawak, Adha. “Apa ni?”
            
Something I wrote. For you.”
            
“Nak kena ambik ke?”
            
“Tak nak ke?” Adha menyoal dengan kening terjongket.
            
Aika senyum segaris. Kertas berlipat kemas itu bertukar tangan. Adha menggaru pangkal tengkuknya dengan tangan kanan. “Terima kasih.”
            
Hah? Ni apa tiba-tiba terima kasih pulak ni? “Untuk?”
            
You’ll know once you read that.”
            
Anak matanya jatuh pada kertas berlipat ditangan. Ada apa dalam ni? Dan kenapa aku rasa jantung macam terlebih berkerja dari tadi. Ah,  sudah!
            
“Saya gerak dulu.”
            
Dan Adha mula mengatur langkah meninggalkan taman permainan itu. Aika masih di atas bangku merenung kertas berlipat ditangan. Berkira-kira untuk membuka lipatan itu dan membaca isi kandungan di dalamnya.
            
Lambat-lambat lipatan kertas dibuka. Dan anak matanya disapa tulisan tangan Adha yang hampir separuh muka penuh. Air liur ditelan. Nafas ditarik dalam sebelum dia mula membaca.
            
Hai, awak.
            
Kita berkongsi bangku. Setiap petang. Biar pun ada bangku lain entah kenapa bangku itu juga yang saya cari. Bangku di mana ada awak. Yang tenang membaca, langsung tak peduli sekeliling.
            
Dan dari situ saya sedar perlahan-lahan hati saya dicuri oleh awak. Entah atas sebab apa, saya sendiri pun tak tau. Mesti awak gelak tapi saya tak buat lawak :( Awak curi hati saya tanpa awak sedar. Tanpa perlu awak buat apa-apa. Hanya duduk di situ membaca tenang.
            
Dan andai rasa ini saya panjangkan pada awak sudi tak awak capai dan ikatnya dekat dengan hati awak? Biar pun saya tak tahu nama awak, biar pun saya tak pernah sekali pun dengar suara awak. Sudi tak awak berkongsi rasa dengan saya?
            
Kalau awak sudi, pandang belakang. Kalau tak, awak buang je kertas ini dalam tong sampah biru dekat dengan gelongsor tu.
            
Adha.
            
Lama patah-patah perkataan itu direnung. Jantung dah rasa macam nak tercabut. Apa ni? Apa ni? Muka dah terasa panas. Berbahang. Perlahan-lahan kertas itu dilipat semula dan diselit di dalam buku di atas riba. Dia berkira-kira untuk berpaling ke belakang atau bangun dan beredar je dari situ.
            
Aika, kau suka dia kan? Lambat-lambat kepalanya dipalingkan ke belakang. Dan tika itu matanya menangkap susuk tubuh Adha berdiri tegak bersebelahan motornya dengan senyuman di bibir. Aika turut sama senyum. Is this love? Dan dari kejauhan dia cuba membaca gerak bibir Adha. Aika ketawa kecil. Thanks to you, Adha.
           


1 comment:

  1. Such a sweet first love story ! :)

    ReplyDelete