Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Tuesday 30 July 2013

Diari Buat Razz [14]

 14

Siapa sangka dia yang nampak beku tak beriak sebenarnya
penuh dengan perasaan? – Ashfa’ Syahirah

Lagu Tsubasa – FictionJunction Kaori mengasak gegendang telinga. Tangan laju menulis segala formula dan menyelesaikan soalan yang elok terbentang di atas meja. Sesekali kepala diangkat memandang Eja yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya. Pandangannya jatuh pada jam dipergelangan tangan. 3.00 petang.
                
Badannya ditegakkan. Pen sudah pun diletakkan di atas helaian kertas kajang yang bersepah di atas meja. Dipusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Keletap keletup bunyinya. Tangan kanan kemudian menongkat dagu. Merenung lama Eja yang masih menunduk menghadap soalan. Hm, karangan? Kepalanya cuba dipanjangkan hendak melihat. Ah, tak nampak!
                
Dalam sibuk dia cuba menjadi si tukang sibuk terasa ada tangan yang menarik earphone kirinya. Laju kepala berpaling ke kiri. Elok je Razz berdiri – sedikit menunduk – dengan earphone kiri Farha tersumbat ditelinganya. Berkerut dahi Farha melihatkan Razz. Kenapa dia kat sini?
                
Razz senyum. “Tsubasa.”
                
Excuse me? Tak berkelip dia memandang Razz yang masih tersenyum dengan earphone ditelinganya. “Could you repeat that again?” Kotlah telinga aku yang tersalah dengar. Kadang-kadang telinga aku ni suka mempermainkan perasaan aku.
                
This song. Tsubasa.”
                
Olala…macam mana dia tau tajuk lagu tu? Rasanya takde siapa pun tau lagu tu melainkan aku dan sesiapa jelah yang layan anime Tsubasa Chronicle. Rasanyalah. Lama dia merenung Razz. Masih dengan riak tak percaya. Jangan kata mamat ni pun spesies aku jugak.
                
Razz angkat kening. “What?” Ni apa gaya pandang macam nak telan aku? Aku ada buat salah ke apa kat budak sekolah ni? Cungkil biji mata tu baru tau.
                
“Macam mana tau?”
                
Hm? “Lagu ni?” Dia menyoal.
                
Kepala dianggukkan.
                
Razz ketawa kecil. Alahai, comelnya la dia buat muka ala-ala curious gitu. Earphone ditelinga sudah pun ditanggalkan dah diserahkan semula kepada Farha. “Aku…tengok anime tu?” Kepala dipalingkan ke kanan. Eh?
                
“Kau tengok anime?” Tak berkelip matanya memandang Razz. Macam tak percaya! Seriuslah dia pun layan anime jugak? Mamat depan aku ni tengok anime? Macam susah je otak aku nak terima fakta yang satu ni.
                
Angguk. “Siapa tu?” Pandangannya masih tak lepas dari Eja yang sudah pun mengangkat muka dari soalan di hadapan. Memandang dua susuk tubuh di hadapannya dengan pandangan kelam. Memohon penjelasan.
                
Farha garu kepala. Nak kena buat sesi suai kenallah ni? Aduh. How? Kalau macam ni aci tak? “Eja, ni Razz. Razz, ni Eja. Adik aku.” Ha, okaylah tu kan? Kira padat dan mampat punya sesi suai kenal. Jangan si Razz pergi bantai tanya umur segala bagai sudah.  
                
“Adik kau?”
               
Hekeleh, mamat ni. Tadikan dah cakap Eja ni adik aku. Takkanlah tak dengar kot? Rasanya selama ni elok je pendengaran dia ni. “Yelah. Takkan abang pulak.” Duh! Nak meloyar buruk pun beragak, bro. Tak layan kang baru tau. Eh, cop! “Kau buat apa kat sini?” Pelik.
                
“Apasal kau marah sangat bila aku kat sini?”
                
Hah? “Bilanya aku marah?” Entah tang mana yang aku marah pun, aku tak tahu. Sukalah buat tanggapan aneh-aneh. Aku tanya je kan?
                
“Dah tu?”
                
Farha tayang muka bosan. “Tanya jeeeee.” Tanya pun salah ke? Haruslah aku tanya kalau dah tiba-tiba je dia muncul kat sini. Lepas tu boleh pulak main redah je tarik earphone aku. Dan adalah pelik aku jumpa dia hari yang selain Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi, kira soalan tu agak rasionallah kan? Kan?
                
“Orang datang sini buat apa cik adik?”
                
Ni soalan mintak penyepak ke macam mana? “Memasak?” Kening dijongket kening.
                
“Nak kena hempuk?”
                
Tengok tu. Gurau sikit nak sentap. Acah sikit nak emo. Mengalahkan perempuan. “Pi la duduk sana. Datang sini kenapa?” Ha, keluar dah Farha Alisa si kerek. Tulah, tadi kekonon nak kerek dengan aku. Kepala sudah dialihkan dari Razz yang masih berdiri pada soalan yang masih berbaki tiga. Bila entah nak siap. Kepala macam dah tak mampu nak berfungsi.
                
“Pandai dah halau sekarang. Tarik tocang tu baru tau.” Ugut Razz dengan muka beku. Merenung lama Farha yang sudah pun mengalihkan pandangannya. Cubalah sekali layan aku gaya elok sikit. Ni memanjang nak kerek-emo-mintak-baling-dengan-kasut punya perangai.
                
Farha mencebik. Gaya berani je nak tarik tocang aku. Kasi side kick sedas baru tau langit tu tinggi ke rendah. Kalau pun dia dah anggap aku macam adik dia (olala…aku adik dia okay!), dia tetap orang asing. Tak de kaitan dengan hidup secara biologikalnya. Ha, hambek!
                
Eja hanya mampu memandang dua susuk tubuh di hadapannya yang macam tak ada tanda-tanda hendak berhenti berbalah dengan kening terangkat. Langsung tak faham butir bicara mereka berdua. Tapi, inilah kali pertama dia tengok Farha Alisa yang reti nak tunjukkan emosi. Kalau tak memanjang dengan muka beku tak beriak tu. Farha Alisa masih sama macam orang lain cuma seorang Farha Alisa tak tau nak menunjukkan emosi, perasaannya pada orang lain. Mahupun dengan ahli keluarga sendiri.
                
“Ha, jawablah soalan tu. Apasal kat sini? Susah nak nampak kau masa weekdays.” Pensel mekanikal ditangan dipusing-pusingkan ala-ala bilah helikopter. Merenung lama soalan yang masih belum siap berjawab. A….duh! Otak mulalah tak nak berfungsi tiba-tiba. Semua sebab mamat ni tiba-tiba muncul entah dari mana.
                
Razz menyeluk tangan kanan ke dalam poket jeans. Merenung lama sisi wajah Farha. “Cuti. Seminggu. Aku tak tau nak buat apa kat rumah tu datang sini.” Sungguhlah bosan dok terperap je kat rumah tak buat apa.
                
“Kau nak jumpa aku, kan?” Farha senyum senget. Melirik sekilas Razz yang masih berdiri terpacak dengan tangan kanan diselukkan ke dalam poket jeans. Ala, bro. Rindu cakap jelah rindu. Alasan tak munasabah langsung.
                
Hekeleh. Perasan. Tapi, ada betul jugak. Datang sini dengan harapan si tocang kuda sorang ni ada. Dan siapa sangka? Rezeki seorang Razzen Syah berjumpa dengan si tocang kuda ni? “Tak. Perasan sangat kau ni.” Ha, hidup kenalah pandai menipu. Takkan nak mengaku kot? Jatuh kredibiliti sebagai seorang lelaki kekonon tak de perasaan.
                
Farha mencebik. “Yelah sangat.” Hujung pensel mekanikal dibenamkan ke dalam pemadam. Aaaa…apa tiba-tiba kekok semacam ni? Jantung ni pun tak payah nak terlebih berkerja sangatlah. “Kau nak duduk sini ke?” 
                
“Kalau cik adik kasi.” Razz angkat kening. Ni apa gaya macam nak menghalau aku je? Ikut hati nak je aku tarik kerusi, duduk sini terus. Kalau dia halau buat-buat tak dengar. Pekakkan telinga. Haha. Teruknya perangai, Razz. Kerja nak menyakat orang je. Eh, tak tak. Sakat budak sekolah ni je pun.
                
“Duduk jelah. Kat kerusi tu tak de pun kata tak boleh duduk.”
                
Razz geleng kepala. Kalau sehari tak buat gaya kerek tak sah agaknya budak sekolah ni. Tangan kanan menarik kerusi kosong. Punggung dilabuhkan. Bibir mengoyak senyuman segaris saat mata bertembung pandang dengan sepasang mata Eja. Hm, ni rupanya adik tiri dia.
                
Tangan kanan menongkat dagu. Memandang wajah Farha yang berkerut-kerut membaca soalan di hadapannya. Comel. “Kau dah lama ke kat sini?” Sesekali kepalanya dipanjangkan melihat sekeliling. Hm, tak ramai orang.
                
“Lama tak lamalah.” Tangan mula bergerak menulis di atas kertas kajang yang sudah separuh bertulis itu. “Kau berapa lama kat sini?” Soalan diajukan. Ekor mata melirik Razz yang masih lagi memandangnya. Ni yang dok pandang-pandang kenapa? Tau tak aku tak selesa?
                
“Halau?”
                
Smirk. “Cadangnya macam tu.” Datar tanpa nada dia membalas. Pandangannya masih pada soalan yang cuba difahamkan sedari tadi. Entah bila nak faham apa yang soalan ni nak pun tak tau. Tahun depan agaknya. Bibir diketap. Kenapalah bila dia ada susah sangat nak fokus? Emosilah macam ni!
                
Hujung jari mengetuk permukaan meja. “Esok kau busy?” Ekor mata melirik Farha yang sedang menconteng entah apa-apa di atas kertas kajang di hadapannya.  
                
“Kenapa?”
                
Tangan kanan menggaru kepala yang tak gatal. Dia jadi teragak-agak pula hendak memberitahu. Lama dia memandang Farha. “Aku nak ajak kau pergi rumah aku.”
                
Automatik kepala yang tadinya tunduk, tegak memandang terus wajah Razz yang sedang bertongkat dagu dengan tangan kiri. “Bila?” Bersinar-sinar matanya tika itu. Pergi rumah Razz bermakna dapat jumpa umi Razz dengan Didi. Yay! Lamanya tak jumpa. Apa khabar agaknya umi dengan Didi?
                
“Kan dah kata esok.”
                
“Tak busy! Aku free.” Penuh bersemangat dia membalas. Yay! Dapat pergi rumah Razz. Dah lama tak makan masakan umi mamat ni. Sedap hoi. Siap boleh bertambah gitu. Lepas tu boleh aci sembang dengan Didi. Dalam kepala sudah pun elok membayangkan macam-macam.
                
Razz sengih. Muka bahagia habis budak sekolah sorang ni. “So, set! Esok.” Kepala dipalingkan pula pada Eja yang masih tak lepas memandang ke arah mereka. “Join?”
               
Eja angkat kening. Huh? Pandangannya dialihkan pada Farha yang memandang ke arahnya. “Err, no thanks.” Bibir menarik senyuman segaris. Rasa tak patut pulak nak ikut serta. Yelah, elok-elok kak Al macam boleh lepak chill kang ada aku terus kaku-beku pulak.
                
Bahu dijongketkan. Well, orang tak nak ikut tak payahlah dipaksa. Di sebelahnya, Farha sedang tersenyum lebar. Tanpa sedar bibirnya turut sama menarik senyum segaris.



SUASANA di atas scooter senyap sunyi. Hanya kedengaran deru angin berselang-seli bunyi kenderaan yang turut sama berada di atas jalan. Lama Eja merenung belakang tubuh Farha. Entah kenapa terasa ada satu jurang yang tak mungkin roboh antara mereka. Dari belakang tubuh Farha juga terasa seperti kakak tirinya itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Adakah disebabkan dia dan mamanya?
                
Nafas dihela panjang. Hujung baju sekolah kakak tirinya digenggam erat. Tak tahu hendak diluahkan macam mana perasaan yang dirasakan. Perlahan-lahan kepalanya disandarkan ke belakang tubuh Farha. Kak Al, kenapa susah sangat kak Al untuk berlembut hati? Terlalu susah ke sekeping hati tu untuk menerima kami?
                
Masih jelas diingatannya, wajah ceria Farha sewaktu di perpustakaan tadi. Dengan mudah kakak tirinya itu menarik senyuman. Dengan mudah juga kakak tirinya itu berbicara tanpa ada rasa janggal pada suaranya. Dengan mudah juga kakak tirinya itu berbalah tidak-tidak dengan Razz tadi. Langsung tiada kepura-puraan. Bukan dibuat-buat.
                
Farha yang sedang menunggang scooter kesayangannya gigit bibir. Genggaman Eja pada baju sekolahnya dan kepala yang disandarkan pada belakang tubuhnya membawa seribu satu perasaan dalam jiwa. Dia tahu sedaya mungkin Eja cuba membuatkan dia rasa diterima, rasa seperti mereka sekeluarga tapi entah. Hati yang terlalu keras atau ego yang tinggi melangit?

“Apa yang kau harapkan?”
                
Bahu dijongketkan. Soalan yang susah untuk dijawab. Apa yang aku perlukan? Cuba bagitahu macam mana aku nak jawab soalan tu kalau aku sendiri tak tau jawapannya? Aku sendiri pun tak tau apa yang aku harapkan. “Aku tak tau.” Hampir berbisik dia membalas.
                
“Farha Alisa…ada masanya kau tak boleh terlalu fokus pada satu benda je. Takut nanti kau tak nampak apa yang memang dah sedia ada untuk kau. Nanti kau terlepas pandang apa yang ada depan mata.” Lembut ayat itu menendang gegendang telinga. Melirik sekilas riak wajah Razz yang sukar untuk ditafsir. Memang ada gaya seorang abang pun mamat ni.

Perbualan antara dia dan Razz tempoh hari kembali berlayar di kotak fikiran. Ye, dia tahu itu. Tapi, entahlah. Aku perlukan sedikit masa lagi. Masa untuk menerima kenyataan di depan mata. Untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sepatutnya diterima awal dahulu. Tolonglah, beri aku sedikit masa lagi. Masa untuk huraikan segala persoalan yang berselirat dalam hati, dalam fikiran sendiri.



SCOOTER diparkir seperti biasa. Helmet ditanggalkan disangkut pada side mirror. Rambut yang kusut-masai dirapikan dengan hujung jari kanan. Ekor mata melirik pada Eja yang baru hendak menanggalkan helmetnya. Entah apalah perasaan adik tirinya itu tiap kali dilayan endah tak endah. Marah? Sakit hati? Ah, serabut!
                
Tapi, Al cuba kau letakkan diri kau dalam situasi Eja. Tiap kali dia nak berbaik dengan kau, layaan dingin yang kau bagi. Apa perasaan kau? Mestilah sedih. Ha, dah tu? Kenapa kau tak habis-habis dengan ego kau yang tinggi melangit tu? Susah sangat ke untuk kau layan dia baik-baik? Tak kisahlah kalau kau terpaksa berpura-pura sekalipun. Mana tau dengan berpura-pura tu boleh ubah jadi sesuatu yang kau buat atas kerelaan hati?
                
“Balik dah?” Sapa satu suara dari muka pintu. Serentak dua kepala berpaling mencari si empunya suara. Puan Suhana berdiri tegak dengan senyuman manis.
                
Eja menarik senyuman segaris. “Dah. Baru je. Mama buat apa?” Soal Eja ceria. Langkah kaki diatur menuju ke muka pintu. Helmet ditangan diletakkan di atas rak kasut. Tangan mamanya dicapai dan dikucup lembut.
                
“Tengah memasak. Eja dengan Al makan dah ke?” Pandangannya ditala pada Farha yang masih berdiri pegun bersebelahan scooter. Hanya memandang kosong ke arah dia dan Eja. Ah, susahnya untuk membaca hati anak tirinya itu. Entah dengan cara macam mana lagi untuk memenangi hati seorang Farha Alisa.
                
“Eja belum makan. Kak Al dah makan ke?” Eja bertanya dengan kening terangkat. Memandang Farha yang dah serupa patung di situ. Langsung tak de tanda-tanda nak berganjak.
                
Lambat-lambat Farha menggelengkan kepalanya. “Belum.”
                
Automatik Puan Suhana menarik senyuman segaris. “Jom makan sekali. Lagi sikit je dah nak siap memasak.” Gamit Puan Suhana.
                
Farha menarik senyum antara jadi dengan tidak. Al, cuba terima kenyataan depan mata. One step at a time. Kau tak perlu terima semua sekali dalam satu tempoh masa. Terima perlahan-lahan. Sampai bila nak keraskan hati tu? Kau juga kata, kebahagiaan papa kebahagiaan kau. Jadi, kenapa berterusan meletakkan tembok antara mereka?

                
Langkah kaki diatur menghampiri mama tirinya dan Eja. Tangan dihulur. “Mama, err…salam.” Teragak-agak dia bersuara. Muka terasa panas berbahang. Ah, bencinya! Puan Suhana tergelak kecil. Huluran tangan Farha bersambut. Perlahan-lahan tangan wanita itu dicium. Al, one step at a time


1 comment: