14
Siapa
sangka dia yang nampak beku tak beriak sebenarnya
penuh
dengan perasaan? – Ashfa’ Syahirah
Lagu Tsubasa – FictionJunction Kaori mengasak
gegendang telinga. Tangan laju menulis segala formula dan menyelesaikan soalan
yang elok terbentang di atas meja. Sesekali kepala diangkat memandang Eja yang
sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya. Pandangannya jatuh pada jam
dipergelangan tangan. 3.00 petang.
Badannya
ditegakkan. Pen sudah pun diletakkan di atas helaian kertas kajang yang
bersepah di atas meja. Dipusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Keletap
keletup bunyinya. Tangan kanan kemudian menongkat dagu. Merenung lama Eja yang
masih menunduk menghadap soalan. Hm, karangan? Kepalanya cuba dipanjangkan
hendak melihat. Ah, tak nampak!
Dalam
sibuk dia cuba menjadi si tukang sibuk terasa ada tangan yang menarik earphone
kirinya. Laju kepala berpaling ke kiri. Elok je Razz berdiri – sedikit menunduk
– dengan earphone kiri Farha tersumbat ditelinganya. Berkerut dahi
Farha melihatkan Razz. Kenapa dia kat sini?
Razz
senyum. “Tsubasa.”
Excuse me?
Tak berkelip dia memandang Razz yang masih tersenyum dengan earphone ditelinganya.
“Could you repeat that again?” Kotlah telinga aku yang tersalah dengar.
Kadang-kadang telinga aku ni suka mempermainkan perasaan aku.
“This song.
Tsubasa.”
Olala…macam
mana dia tau tajuk lagu tu? Rasanya takde siapa pun tau lagu tu melainkan aku
dan sesiapa jelah yang layan anime Tsubasa Chronicle. Rasanyalah. Lama dia
merenung Razz. Masih dengan riak tak percaya. Jangan kata mamat ni pun spesies
aku jugak.
Razz
angkat kening. “What?” Ni apa gaya pandang macam nak telan aku? Aku ada
buat salah ke apa kat budak sekolah ni? Cungkil biji mata tu baru tau.
“Macam
mana tau?”
Hm?
“Lagu ni?” Dia menyoal.
Kepala
dianggukkan.
Razz
ketawa kecil. Alahai, comelnya la dia buat muka ala-ala curious
gitu. Earphone ditelinga sudah pun ditanggalkan dah diserahkan
semula kepada Farha. “Aku…tengok anime tu?” Kepala dipalingkan ke kanan. Eh?
“Kau
tengok anime?” Tak berkelip matanya memandang Razz. Macam tak percaya!
Seriuslah dia pun layan anime jugak? Mamat depan aku ni tengok anime? Macam
susah je otak aku nak terima fakta yang satu ni.
Angguk.
“Siapa tu?” Pandangannya masih tak lepas dari Eja yang sudah pun mengangkat
muka dari soalan di hadapan. Memandang dua susuk tubuh di hadapannya dengan
pandangan kelam. Memohon penjelasan.
Farha
garu kepala. Nak kena buat sesi suai kenallah ni? Aduh. How?
Kalau macam ni aci tak? “Eja, ni Razz. Razz, ni Eja. Adik aku.” Ha, okaylah tu
kan? Kira padat dan mampat punya sesi suai kenal. Jangan si Razz pergi bantai
tanya umur segala bagai sudah.
“Adik
kau?”
Hekeleh,
mamat ni. Tadikan dah cakap Eja ni adik aku. Takkanlah tak dengar kot? Rasanya
selama ni elok je pendengaran dia ni. “Yelah. Takkan abang pulak.” Duh! Nak
meloyar buruk pun beragak, bro. Tak layan kang baru tau. Eh, cop! “Kau buat apa kat sini?” Pelik.
“Apasal
kau marah sangat bila aku kat sini?”
Hah?
“Bilanya aku marah?” Entah tang mana yang aku marah pun, aku tak tahu. Sukalah
buat tanggapan aneh-aneh. Aku tanya je kan?
“Dah
tu?”
Farha
tayang muka bosan. “Tanya jeeeee.” Tanya pun salah ke? Haruslah aku tanya kalau
dah tiba-tiba je dia muncul kat sini. Lepas tu boleh pulak main redah je tarik earphone
aku. Dan adalah pelik aku jumpa dia hari yang selain Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Jadi, kira soalan tu agak rasionallah kan? Kan?
“Orang
datang sini buat apa cik adik?”
Ni
soalan mintak penyepak ke macam mana? “Memasak?” Kening dijongket kening.
“Nak
kena hempuk?”
Tengok
tu. Gurau sikit nak sentap. Acah sikit nak emo. Mengalahkan perempuan. “Pi la
duduk sana. Datang sini kenapa?” Ha, keluar dah Farha Alisa si kerek. Tulah,
tadi kekonon nak kerek dengan aku. Kepala sudah dialihkan dari Razz yang masih
berdiri pada soalan yang masih berbaki tiga. Bila entah nak siap. Kepala macam
dah tak mampu nak berfungsi.
“Pandai
dah halau sekarang. Tarik tocang tu baru tau.” Ugut Razz dengan muka beku.
Merenung lama Farha yang sudah pun mengalihkan pandangannya. Cubalah sekali
layan aku gaya elok sikit. Ni memanjang nak
kerek-emo-mintak-baling-dengan-kasut punya perangai.
Farha
mencebik. Gaya berani je nak tarik tocang aku. Kasi side
kick sedas baru tau langit tu tinggi ke rendah. Kalau
pun dia dah anggap aku macam adik dia (olala…aku adik dia okay!), dia tetap
orang asing. Tak de kaitan dengan hidup secara biologikalnya. Ha, hambek!
Eja
hanya mampu memandang dua susuk tubuh di hadapannya yang macam tak ada
tanda-tanda hendak berhenti berbalah dengan kening terangkat. Langsung tak
faham butir bicara mereka berdua. Tapi, inilah kali pertama dia tengok Farha
Alisa yang reti nak tunjukkan emosi. Kalau tak memanjang dengan muka beku tak
beriak tu. Farha Alisa masih sama macam orang lain cuma seorang Farha Alisa tak
tau nak menunjukkan emosi, perasaannya pada orang lain. Mahupun dengan ahli
keluarga sendiri.
“Ha,
jawablah soalan tu. Apasal kat sini? Susah nak nampak kau masa weekdays.”
Pensel mekanikal ditangan dipusing-pusingkan ala-ala bilah helikopter. Merenung
lama soalan yang masih belum siap berjawab. A….duh! Otak mulalah tak nak
berfungsi tiba-tiba. Semua sebab mamat ni tiba-tiba muncul entah dari mana.
Razz
menyeluk tangan kanan ke dalam poket jeans. Merenung lama sisi wajah Farha. “Cuti. Seminggu.
Aku tak tau nak buat apa kat rumah tu datang sini.” Sungguhlah bosan dok
terperap je kat rumah tak buat apa.
“Kau
nak jumpa aku, kan?” Farha senyum senget. Melirik sekilas Razz yang masih
berdiri terpacak dengan tangan kanan diselukkan ke dalam poket jeans. Ala, bro.
Rindu cakap jelah rindu. Alasan tak munasabah langsung.
Hekeleh.
Perasan. Tapi, ada betul jugak. Datang sini dengan harapan si tocang kuda
sorang ni ada. Dan siapa sangka? Rezeki seorang Razzen Syah berjumpa dengan si
tocang kuda ni? “Tak. Perasan sangat kau ni.” Ha, hidup kenalah pandai menipu.
Takkan nak mengaku kot? Jatuh kredibiliti sebagai seorang lelaki kekonon tak de
perasaan.
Farha
mencebik. “Yelah sangat.” Hujung pensel mekanikal dibenamkan ke dalam pemadam.
Aaaa…apa tiba-tiba kekok semacam ni? Jantung ni pun tak payah nak terlebih
berkerja sangatlah. “Kau nak duduk sini ke?”
“Kalau
cik adik kasi.” Razz angkat kening. Ni apa gaya macam nak menghalau aku je?
Ikut hati nak je aku tarik kerusi, duduk sini terus. Kalau dia halau buat-buat
tak dengar. Pekakkan telinga. Haha. Teruknya perangai, Razz. Kerja nak menyakat
orang je. Eh, tak tak. Sakat budak sekolah ni je pun.
“Duduk
jelah. Kat kerusi tu tak de pun kata tak boleh duduk.”
Razz
geleng kepala. Kalau sehari tak buat gaya kerek tak sah agaknya budak sekolah
ni. Tangan kanan menarik kerusi kosong. Punggung dilabuhkan. Bibir mengoyak
senyuman segaris saat mata bertembung pandang dengan sepasang mata Eja. Hm, ni
rupanya adik tiri dia.
Tangan
kanan menongkat dagu. Memandang wajah Farha yang berkerut-kerut membaca soalan
di hadapannya. Comel. “Kau dah lama ke kat sini?” Sesekali kepalanya
dipanjangkan melihat sekeliling. Hm, tak ramai orang.
“Lama
tak lamalah.” Tangan mula bergerak menulis di atas kertas kajang yang sudah
separuh bertulis itu. “Kau berapa lama kat sini?” Soalan diajukan. Ekor mata
melirik Razz yang masih lagi memandangnya. Ni yang dok pandang-pandang kenapa?
Tau tak aku tak selesa?
“Halau?”
Smirk.
“Cadangnya macam tu.” Datar tanpa nada dia membalas. Pandangannya masih pada
soalan yang cuba difahamkan sedari tadi. Entah bila nak faham apa yang soalan
ni nak pun tak tau. Tahun depan agaknya. Bibir diketap. Kenapalah bila dia ada
susah sangat nak fokus? Emosilah macam ni!
Hujung
jari mengetuk permukaan meja. “Esok kau busy?” Ekor mata melirik Farha yang sedang menconteng
entah apa-apa di atas kertas kajang di hadapannya.
“Kenapa?”
Tangan
kanan menggaru kepala yang tak gatal. Dia jadi teragak-agak pula hendak memberitahu.
Lama dia memandang Farha. “Aku nak ajak kau pergi rumah aku.”
Automatik
kepala yang tadinya tunduk, tegak memandang terus wajah Razz yang sedang
bertongkat dagu dengan tangan kiri. “Bila?” Bersinar-sinar matanya tika itu.
Pergi rumah Razz bermakna dapat jumpa umi Razz dengan Didi. Yay! Lamanya tak
jumpa. Apa khabar agaknya umi dengan Didi?
“Kan
dah kata esok.”
“Tak
busy! Aku free.” Penuh bersemangat dia membalas. Yay! Dapat pergi
rumah Razz. Dah lama tak makan masakan umi mamat ni. Sedap hoi. Siap boleh
bertambah gitu. Lepas tu boleh aci sembang dengan Didi. Dalam kepala sudah pun
elok membayangkan macam-macam.
Razz
sengih. Muka bahagia habis budak sekolah sorang ni. “So, set!
Esok.” Kepala dipalingkan pula pada Eja yang masih tak lepas memandang ke arah
mereka. “Join?”
Eja
angkat kening. Huh? Pandangannya dialihkan pada Farha yang memandang ke
arahnya. “Err, no
thanks.” Bibir menarik senyuman
segaris. Rasa tak patut pulak nak ikut serta. Yelah, elok-elok kak Al macam
boleh lepak chill
kang ada aku terus kaku-beku pulak.
Bahu
dijongketkan. Well, orang tak nak ikut tak payahlah dipaksa. Di
sebelahnya, Farha sedang tersenyum lebar. Tanpa sedar bibirnya turut sama
menarik senyum segaris.
SUASANA di atas scooter senyap sunyi. Hanya kedengaran deru angin berselang-seli
bunyi kenderaan yang turut sama berada di atas jalan. Lama Eja merenung
belakang tubuh Farha. Entah kenapa terasa ada satu jurang yang tak mungkin
roboh antara mereka. Dari belakang tubuh Farha juga terasa seperti kakak
tirinya itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Adakah disebabkan dia
dan mamanya?
Nafas
dihela panjang. Hujung baju sekolah kakak tirinya digenggam erat. Tak tahu
hendak diluahkan macam mana perasaan yang dirasakan. Perlahan-lahan kepalanya
disandarkan ke belakang tubuh Farha. Kak Al, kenapa susah sangat kak Al untuk
berlembut hati? Terlalu susah ke sekeping hati tu untuk menerima kami?
Masih
jelas diingatannya, wajah ceria Farha sewaktu di perpustakaan tadi. Dengan
mudah kakak tirinya itu menarik senyuman. Dengan mudah juga kakak tirinya itu
berbicara tanpa ada rasa janggal pada suaranya. Dengan mudah juga kakak tirinya
itu berbalah tidak-tidak dengan Razz tadi. Langsung tiada kepura-puraan. Bukan
dibuat-buat.
Farha
yang sedang menunggang scooter kesayangannya gigit bibir. Genggaman Eja pada baju
sekolahnya dan kepala yang disandarkan pada belakang tubuhnya membawa seribu
satu perasaan dalam jiwa. Dia tahu sedaya mungkin Eja cuba membuatkan dia rasa
diterima, rasa seperti mereka sekeluarga tapi entah. Hati yang terlalu keras
atau ego yang tinggi melangit?
“Apa yang kau
harapkan?”
Bahu
dijongketkan. Soalan yang susah untuk dijawab. Apa yang aku perlukan? Cuba
bagitahu macam mana aku nak jawab soalan tu kalau aku sendiri tak tau
jawapannya? Aku sendiri pun tak tau apa yang aku harapkan. “Aku tak tau.”
Hampir berbisik dia membalas.
“Farha
Alisa…ada masanya kau tak boleh terlalu fokus pada satu benda je. Takut nanti
kau tak nampak apa yang memang dah sedia ada untuk kau. Nanti kau terlepas
pandang apa yang ada depan mata.” Lembut ayat itu menendang gegendang telinga.
Melirik sekilas riak wajah Razz yang sukar untuk ditafsir. Memang ada gaya
seorang abang pun mamat ni.
Perbualan antara
dia dan Razz tempoh hari kembali berlayar di kotak fikiran. Ye, dia tahu itu.
Tapi, entahlah. Aku perlukan sedikit masa lagi. Masa untuk menerima kenyataan
di depan mata. Untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sepatutnya diterima
awal dahulu. Tolonglah, beri aku sedikit masa lagi. Masa untuk huraikan segala
persoalan yang berselirat dalam hati, dalam fikiran sendiri.
SCOOTER diparkir seperti biasa. Helmet ditanggalkan
disangkut pada side mirror. Rambut yang kusut-masai dirapikan dengan hujung
jari kanan. Ekor mata melirik pada Eja yang baru hendak menanggalkan helmetnya.
Entah apalah perasaan adik tirinya itu tiap kali dilayan endah tak endah.
Marah? Sakit hati? Ah, serabut!
Tapi,
Al cuba kau letakkan diri kau dalam situasi Eja. Tiap kali dia nak berbaik
dengan kau, layaan dingin yang kau bagi. Apa perasaan kau? Mestilah sedih. Ha,
dah tu? Kenapa kau tak habis-habis dengan ego kau yang tinggi melangit tu?
Susah sangat ke untuk kau layan dia baik-baik? Tak kisahlah kalau kau terpaksa
berpura-pura sekalipun. Mana tau dengan berpura-pura tu boleh ubah jadi sesuatu
yang kau buat atas kerelaan hati?
“Balik
dah?” Sapa satu suara dari muka pintu. Serentak dua kepala berpaling mencari si
empunya suara. Puan Suhana berdiri tegak dengan senyuman manis.
Eja
menarik senyuman segaris. “Dah. Baru je. Mama buat apa?” Soal Eja ceria.
Langkah kaki diatur menuju ke muka pintu. Helmet ditangan diletakkan di atas
rak kasut. Tangan mamanya dicapai dan dikucup lembut.
“Tengah
memasak. Eja dengan Al makan dah ke?” Pandangannya ditala pada Farha yang masih
berdiri pegun bersebelahan scooter. Hanya memandang kosong ke arah dia dan Eja. Ah,
susahnya untuk membaca hati anak tirinya itu. Entah dengan cara macam mana lagi
untuk memenangi hati seorang Farha Alisa.
“Eja
belum makan. Kak Al dah makan ke?” Eja bertanya dengan kening terangkat.
Memandang Farha yang dah serupa patung di situ. Langsung tak de
tanda-tanda nak berganjak.
Lambat-lambat
Farha menggelengkan kepalanya. “Belum.”
Automatik
Puan Suhana menarik senyuman segaris. “Jom makan sekali. Lagi sikit je dah nak
siap memasak.” Gamit Puan Suhana.
Farha
menarik senyum antara jadi dengan tidak. Al, cuba terima kenyataan depan mata. One step at a time. Kau tak perlu terima semua sekali dalam satu
tempoh masa. Terima perlahan-lahan. Sampai bila nak keraskan hati tu? Kau juga
kata, kebahagiaan papa kebahagiaan kau. Jadi, kenapa berterusan meletakkan
tembok antara mereka?
Langkah
kaki diatur menghampiri mama tirinya dan Eja. Tangan dihulur. “Mama,
err…salam.” Teragak-agak dia bersuara. Muka terasa panas berbahang. Ah,
bencinya! Puan Suhana tergelak kecil. Huluran tangan Farha bersambut.
Perlahan-lahan tangan wanita itu dicium. Al,
one step at a time.
Jyeahhhhhhh :D
ReplyDelete-de Awesome Adawiah