10
Kenapa
ada riak sedih pada raut wajah itu? – Razzen Syah
“Abang…dengar
tak ni?” Rengek Didi di hujung talian. Razz yang sedang khusyuk menaip
menjongketkan keningnya. Memandang tetingkap Skype di sudut kanan pada skrin
laptopnya. Wajah Didi yang masam mencuka menyapa pandangan. Hoh, buruknya muka.
“Dengar.” Balasnya acuh tak
acuh. Tangan kembali mengetuk papan kekunci laptop. Sesekali pandangannya jatuh
pada buku teks yang bersepah di atas katil. Tangan laju menyelak mencari muka
surat yang mempunyai jawapan untuk assignmentnya
itu. Mana dia…mana dia…hah!
“Abang!” Suara Didi sudah naik
seoktaf. Razz menghela nafas panjang. Apa ajelah budak sekolah ni nak? Tak
nampak ke abang dia yang kacak ni ada banyak kerja? Ikut hati dah lama aku sign out dari Skype ni tapi kejap lagi
ada orang isytihar perang pulak. Tu lagi malas nak layan.
Hujung jari hantu menolak
bingkai cermin mata yang hampir melurut. “Apa?” Terus tak jadi nak menyiapkan assignment yang perlu dihantar lagi dua
hari. Tulah, assignment bagi punyalah
awal tapi baru hari ni tergerak nak siapkan. Biasalah tu kalau dah namanya student. Mana pernah nak siapkan kerja
awal.
“Didi tanya mana yang lawa?”
Tangannya mengunjukkan dua selendang berlainan corak dan warna. Razz
menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Apa buang tabiat sangat adik aku ni?
Dah tak ada orang lain sangat ke nak ditanya sampai tanya aku? Manalah aku tau
bab benda alah yang perempuan suka.
Tangan kanan menongkat dagu.
“Kenapa tanya abang?” Dia menyoal dengan
nada serius. Tak ke pelik tanya benda-benda macam ni kat aku? Manalah aku reti.
“Dah tu nak tanya siapa lagi?”
“Tanyalah umi.” Cermin mata
ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Bersebelahan kertas-kertas yang
berselerak di atas meja. Ibu jari dan jari telunjuk memicit pangkal hidung.
Beberapa kali matanya dipejamcelikkan. Penat! Sehari suntuk dok menghadap
laptop. Bertambah lagilah power cermin mata aku ni.
“Tak nak! Nak tanya abang
jugak.”
Razz senyum senget. “Manalah
abang nak tau apa perempuan suka. Lagi-lagi Didi. Memilih sangat.” Komen Razz
selamba. Berubah terus riak wajah adik perempuannya tu. Razz masih dengan
senyuman di bibir. Budak kecik ni memang pantang disakat mulalah nak tarik muka
empat belas kerat. Manja bukan main! “Ha, merajuklah tu.”
“Manade.” Dia menarik muncung.
Razz geleng kepala. Didi…Didi…
“Mana selendang tadi?” Razz menyoal. Cuba memujuk adiknya itu. Nak pujuk Didi
ni senang je. Bagi je sepenuh perhatian pada apa yang dia nak cakap confirm mood dia okay balik. Dah
terbukti dah ni. Hahaha.
“Takpelah. Didi tanya umi
nanti.”
“Mehlah abang nak pilihkan. I’m your fashion advisor, remember?”
Razz masih cuba memujuk. Amboi, Didi. Ni apa degil sangat? Selalu tak macam ni
pun. Saja nak bermanja ke macam mana ni? Lama dia memandang skrin laptop. Wajah
Didi yang tadinya masam mencuka sudah berubah riak. Ha, dah nak termakan pujuk
akulah tu.
Hujung jari menolak juntaian
rambut di dahi. “Betul ni?” Tiada lagi muncung itiknya. Sudah berganti dengan
senyum nipis.
“Yelah. Nak abang pilihkan tak?”
“Okay. Antara dua ni mana
cantik?” Laju dua selendang ditangan diunjukkan ke hadapan. Betul-betul di
hadapan tetingkap Skype itu. Lama Razz menilik selendang itu. Hm, yang mana?
“Yang kanan tu?” Teragak-agak
Razz memberi jawapan. Yelah, mana aku nak tau taste orang perempuan. Mata orang perempuan dengan mata orang
lelaki kan tak sama. Kalau diorang nampak lawa, tak semestinya orang lelaki
nampak lawa jugak. Dan sebaliknya.
“Dah agak dah! Didi pun fikir
benda yang sama.”
Eh? “Dah tu kenapa nak tanya
abang jugak?” Ish, budak ni. Sajalah nak curi masa emas aku nak menyiapkan
kerja yang bertimbun ni tau. Nasib baik adik sendiri. Kalau tak, selamat dah
aku ucap ‘bye bye’.
“You are my fashion advisor, remember?” Didi senyum manja. Mengulang
semula ayat Razz sebentar tadi.
Razz geleng kepala. “You stole my time just for this?”
Didi ketawa meriah. “Siapa lagi
nak buat macam ni kalau bukan Didi?” Sengaja dia mengerdipkan kelopak matanya
berkali-kali dengan senyuman manja. Razz geleng kepala. Badan yang terasa
sengal dek berlama di atas kerusi diregangkan. Keletap keletup bunyi tulang. Ah,
lega!
Alah, Razz. Biarlah. Kau
menghadap laptop siapkan assignment dari pagi tadi kot. Ni kira waktu rehatlah
borak dengan Didi. Kau pun bukannya selalu balik rumah. Okay, tipu. Aku selalu
balik rumah cuma jarang nak lekat kat rumah. Didi pun sibuk dengan segala
ko-kurikulum, aktiviti entah apa-apa kat sekolah dia tu. “Buat apa je ni?” Dia
sudah pun menutup segala buku di atas buku.
“Kacau abanglah.” Selendang
ditangan sudah hilang entah ke mana. Tika itu Didi sudah pun meniarap sambil
memeluk bantal bersarung warna merah hati. “Minggu ni abang balik tak?” Dia
menyoal sambil hujung jari memintal-mintal rambutnya yang melepasi bahu.
Razz melarikan pandangannya pada
kalendar yang tergantung di dinding. Melihat segala notes bertulis
tangan (tarikh assignment perlu dihantar, kuiz dan test) berserta tarikh yang tertera di situ. Hm. “Balik kot.” Dia
mencongak di dalam kepala. Kalau tengok kalendar macam tak de benda pun. “Kenapa?”
“Saja. Rindu abang kot?”
Kot? “Pergilah dengan Jay Park
Didi tu. Apa cari abang?” Ha, mulalah aku nak keluar ayat aci merajuk bercampur
sentap. Kalau aku balik pun semedang je depan laptop tengok Jay Park dia
tu. Aku kat sebelah pun kadang-kadang dia pandang sebelah mata. Ha, tak ke
sentap tu?
“Dengan mamat korea tu pun abang
nak jealous ke?” Sakat Didi dengan
kening terangkat.
“Takde nak jealous pun
sebab abang yakin abang lagi kacak bergaya dari dia.” Smug face. Aku
malas sebenarnya nak mengaku diri kacak sebab aku tau ramai yang aku cemburu.
Biarlah aku merendah diri. Haha. Ayat gelabah sangat pun tak boleh Razzen Syah
oi.
Didi mencebik di skrin laptop.
“Abang kalau bab perasan memang juara.” Rambutnya yang tadinya dilepaskan sudah
disanggul tinggi. “Abang, bila nak kasi kakak ipar?” Random.
Razz angkat kening. Dah kenapa? “Soalan
apa ni?”
“Pura-pura tak tau pulak. Abang takkan
tak de yang special? Kata kacak sangat.” Perli Didi sesedap rasa.
Tulah, konon kacak sangat tadi. Bila tanya soalan macam ni tau pulak nak aci
melencong sana sini. Kacak abang aku tak mampu mencairkan hati gadis-gadis ke?
Senyum sinis bergayut di bibir.
“Ramai sampai tak tau nak pilih
yang mana. Didi nak kakak ipar versi macam mana?” Tangan sudah pun mencapai tin
biskut dari dalam laci dua tingkat tidak jauh dari meja studi. Penutup tin
biskut dibuka. Tangan mula mencapai sekeping biskut dan disumbat ke dalam
mulut. “Pakai tudung ke? Seksi? Free hair? Name it.” Sengaja dia
mengangkat-angkat keningnya.
Jari telunjuk diletakkan didagu.
Gaya berfikir. “Yang muslimah.”
“Nak suruh bimbing Didi ke jalan
kebenaran ke?”
“Tak. Nak suruh dia betulkan
abang yang senget bengkang-bengkok tu.” Laju Didi menukas dengan gelak meriah. Amboi,
sempat tu nak kenakan aku. Tak sedar diri agaknya dia tu yang perlu bimbingan. Cis.
“Seriuslah, abang.”
“Seriuslah. Nak yang macam mana?”
“Apa tanya Didi pulak?”
“Yelah, bakal jadi kakak Didi. Kena
tanya Didi jugaklah.” Sekeping lagi biskut masuk ke dalam mulut. Laparlah pulak
tiba-tiba. Dia melirik jam dihujung desktop. Ceh, patutlah pun. Memang dah
masanya aku mengisi perut aku yang macam perut buaya ni. “Ha, cepatlah.”
“Baik untuk abang, baik untuk
Didi.”
“Hm. Macam jumpa dah.”
Membulat mata Didi. Bersinar-sinar.
“Serius?”
“Mestilah tak. Ingat abang Didi
ni ada masa ke nak bercinta? Ada adik sorang pun tak menang tangan, nak melayan
makwe? Nightmare!” Razz ketawa.
“Hoi, kutuk! Macam nilah kan?”
Kepala digelengkan dengan
senyuman nipis. “Sentap. You are my princess la, sis. Nak cari
makwe tu nanti-nantilah.” Dan biskut ketiga sudah selamat masuk ke dalam mulut.
Sungguhlah aku lapar sekarang ni.
“Yelah yelah. Tapi promise me!
Kalau dah jumpa kena bagitahu Didi.”
“Baik bos.” Razz sengih. Didi ketawa.
“Okaylah. Nak off. Abang dah lapar. Kirim salam semua. Love you,
gemuk.”
“Love you too, perasan.”
Talian dimatikan. Terus aplikasi
Skype ditutup setelah log out. Lid laptop ditutup. Dia yang tadinya
duduk sudah berdiri. Menggeliat. Meregangkan segala otot yang terasa tegang. Anak
matanya melirik sekilas pada jam di atas meja. Makan…makan…
Yo, Razz. (okay, dah tau
nama) :)
Agak lama aku tak nampak kau.
Been busy, ey? Agak-agak minggu ni kau ada tak? Okay, aku takdelah rindu kau ke
apa tapi aku nak ucap terima kasih sebab tolong aku. Aku patut cakap benda ni
dah lama tapi err…well aku macam tak tau nak cakap macam mana (?) Hahaha. Maaflah.
Aku tak reti la nak beramah mesra ni.
So, are we gonna meet this week?
Or not?
Lama
dia merenung patah-patah yang bertulis tangan di atas helaian kertas coklat
itu. Bibir bawah diketap kuat. Apa aku buat ni? Dia berkira-kira untuk mengoyak
helaian tu. Farha Alisa, kau dah kenapa? Akhirnya helaian kertas itu dibiarkan
terus pada buku itu. Tak jadi untuk dikoyak.
Dibawah sedar dia mengeluh. Letak
punggung dibetulkan supaya lebih selesa. Sesekali dia memandang jam di atas
meja studinya. Jarum pendek sudah pun berada pada angka enam. Tangan kanan
menahan kuap.
Tangan kiri mencapai Samsung
Galaxy SII yang diletakkan bersebelahan bekas pensel. Tangan mula membuka inbox.
Membaca semula message yang diberikan oleh Payed melalui Whatsapp. Buat cinta hati yang jauh di mata, I miss
you. Dia menggelengkan kepalanya. Sah
mamat ni tak betul.
Otak
mula merangka ayat. Membalas message yang diterima. Senyuman nipis tersungging dibibir.
Hm, macam ni bolehlah kot.
Payed
Cinta
hati?
Kau tersalah send ey, Payed?
Kesian Caca tunggu message ni :P
Muka
puas. Cinta hati konon. Dah kenapa hantar message aneh-aneh macam tu? Aku agak sama ada dia
terlampau stress belajar atau terlampau bosan sampai tak de
kerja hantar benda mengarut macam tu. Sekali lagi kepala digelengkan.
Dua
minit kemudian telefon bimbit ditangan berbunyi. Eh?
Payed
Jealous
ey?
But I do miss you ;)
Farha ketawa
kecil. Yelah, Fareed Akmal. Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja.
Membiarkan message yang diterima tidak berbalas. Saja. Dia bingkas
bangun dari duduknya. Mencapai tuala yang tersangkut pada penyangkut kayu
dihujung bilik. Terus melangkah ke bilik air.
No comments:
Post a Comment