Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Friday 24 May 2013

Diari Buat Razz [8]


8

Dalam keras kepala, kerek dia ada kelembutan pada diri tu – Fareed Akmal

Lama dia merenung skrin telefon bimbit ditangan yang sudah gelap. Suara Farha Alisa bagaikan terngiang-ngiang ditelinga. Ah, sudah! Kot iye pun rindu sampai terdengar-dengar lagi suara dia tu memang payahlah. Dia menggelengkan kepalanya sambil menarik senyum nipis. Telefon bimbit ditangan diseluk ke dalam poket seluar jeansnya.
                
Dia membuang pandang pada langit malam untuk dua-tiga saat sebelum langkah kaki diatur menghampiri meja bulat yang diduduki oleh tiga orang kawannya. Senyuman nipis masih lagi bergayut di bibir. Dah macam orang tak betul. Ni semua sebab Farha Alisa.
               
Tangan kanan menarik kerusi lalu punggung dilabuhkan di atasnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang. Kedua-dua belah tangan sudah pun diseluk ke dalam poket seluar jeansnya. “Dah order ke?” Dia bersuara. Memandang satu-persatu kawannya.
                
“Tinggal kau je.” Jeda. “Kau call budak Pa’a tu ke?”
                
Payed yang baru hendak mengangkat tangan memanggil pelayan kedai itu terus menjatuhkan tangannya memandang ke arah Ammar. “Haah. Kenapa?” Pelik jugak bila si Ammar tanya soalan aneh macam ni. Selama ni dia mana nak kisah aku call siapa pun. Mengapakah?
                
“Takdelah. Muka bahagia semacam.” Komen Ammar dengan muka tak beriak.
                
Payed sengih. Haruslah bahagia. Dapat bercakap dengan si jantung hati. Hahaha. Jantung hati, Payed? Sejak bila dia jadi si jantung hati kau? Kau je yang selama ni bertepuk sebelah tangan. Berapa lama lagi kau nak tunggu? Masuk tahun ni je dah dua tahun kau tunggu bulan jatuh ke riba. Tak penat ke? Entah-entah si Pa’a tu dah ada orang yang dia suka. Gigit kukulah kau.
                
“Kau tak nak kenalkan dia kat kitorang ke?” Aidil yang tadinya khusyuk dengan telefon bimbit ditangan menyoal. “Nak jugak tengok si Pa’a kau ni.” Sambungnya lagi dengan sengih nakal.
                
Payed angkat kening sebelah. Ni apa semua aci sibuk nak kenal dengan Pa’a aku? “Kenapa korang semua aneh-aneh malam ni?”
                
“Takdelah. Nak berkenalan.” Aidil membalas. Masih dengan sengihan nakalnya.

Payed geleng kepala. Gila! Tak adanya dia nak kenalkan si Farha Alisa dengan kawan-kawannya itu. Bukannya dia tak tau Farha tu pantang nak duduk semeja dengan orang yang tak dikenali. Silap haribulan mahu dia kasi flying kick kat aku.
                
“Kau tak nak order ke Payed?”
                
“Ha, koranglah ni! Aku dah nak order tadi.” Dia melambai-lambaikan tangannya memanggil pelayan kedai makan tempat mereka sedang melepak itu. Malam-malam macam ni memang masyuk kalau dapat duduk melepak macam tak ada kelas esok hari. Lepas tu esok mulalah tergagau-gagau nak siapkan itu-ini. Normallah tu. Macam tak biasa. Hahaha.
                
“Weh, Payed.”
                
Pelayan kedai datang menghampiri meja mereka. Payed kalih pandang sekilas ke arah Ammar dengan kening terjongket. Apa ajelah budak ni. Tengok muka tu, aku rasa mesti ada benda dia nak merepek. “Amenda?”
                
“Kalau Pa’a tu cun, aku masuk line eh?”
                
Membuntang biji mata Payed memandang Ammar. “Aku sumbat kau dengan kasut aku.”
                
Pecah tawa mereka bertiga di meja bulat itu. Si pelayan kedai itu hanya memandang dengan riak tak faham. Menunggu Payed membuat pesanan.



Amy
                I nak mintak maaf.
                Sorry, Razz L

LAMA dia merenung skrin telefon bimbitnya. Abu, teman sebiliknya sudah selamat dibuai mimpi indah berselebung dengan selimut birunya. Lengan kanan diletakkan di atas dahi. Kalau nak diikutkan hati mahu sahaja dibiarkan Whatsapp yang diterimanya dari Amy tidak berbalas tapi macam kejamlah pulak. Dari cara macam bersungguh nak mintak maaf. Jadi, apa jawapan kau Razzen Syah?
                
Keluhan kecil terbit di bibir. Kalau aku biarkan, mahu sampai hujung semester dia kacau aku dengan Whatsapp dan messages minta maaf tak berkesudahan. Yang dia ni pun, tak faham bahasa ke? Aku dah kata aku tak kisah, yang dia nak beria-ia nak minta maaf kenapa? Tau pulak rasa bersalah. Sebelum buat tak fikir dulu ke?
                
Aku bukanlah nak emosi ke apa tapi cuba fikir. Siapa je tak emosi kalau kena tuduh tak buat kerja sedangkan kau dok menghadap projek tu pagi petang siang malam. Tidur pun takat dua-tiga jam je. Itu yang dia kata tak contribute dalam group project? Sajalah nak kasi aku panas. Siapa kata lelaki tak reti nak emosi?
                
Jari-jemari mula menekan papan sesentuh Xperia Z ditangan. Nak tak nak terpaksa jugalah dia membalas. Apalah masalah kau, Amy?

                Amy
                Okay.

                
Hah! Tu je kau balas Razz? Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Nak balas apa? Kira okaylah aku balas dari tak balas langsung. Takkan nak balas ‘okay, aku maafkan kau. Jangan buat lagi ye’. Gitu? Luar alam sangatlah aku nak balas gaya gitu, kan? Rasanya dengan ‘okay’ tu pun dia dah faham agaknya. Kotlah. Kalau dia tak faham memang aku tak tau nak kata apa dah. Lembab kuasa dua!
                
Tak lama kemudian Xperia Z itu berbunyi menandakan ada Whatsapp baru masuk. Amboi, lajunya balas. Memang tengah tunggu aku reply ke apa mak cik sorang ni?

                Amy
                Nanti aku bagitahu madam.
                Sorry again

                
Razz menengadah siling biliknya yang gelap. Telefon bimbit ditangan sudah pun diletakkan di sebelah bantal. Sesekali dia mengerling Abu yang sudah beralih posisi tidur dari menelentang ke mengiring. Selimut yang tadinya elok berbungkus di badan dah selamat tersadai di atas lantai. Razz geleng kepala.
                
Dan seperti malam-malam biasa, ingatannya pasti melayang pada si tocang kuda yang sering menganggu-gugat jiwanya. Dia menarik senyum nipis. Tangan kiri diangkat ke udara dan jari-jarinya dikembangkan. Lama dia merenung jari-jarinya sebelum dia mengepalnya membentuk penumbuk.
                
Farha Alisa. Siapa sangka perempuan yang pada pandangannya seorang yang lemah-lembut, sopan itu rupanya kerek, keras kepala, pandang orang macam nak telan? Dan siapa juga sangka seorang Razzen Syah yang memang tak reti nak memulakan perbualan dengan selambanya menegur si tocang kuda itu di perpustakaan tiga hari yang lepas? Gila!
                
Rasanya kalau Topek pun ada sama memang selamat dah dia kena bahan sampai tak tau nak campak mana muka. Rasanya kalau umi dengan Didi tahu pun mesti dorang gelak sampai tak cukup nafas. Tangan kiri sudah pun dijatuhkan. Kau dah kenapa, Razz? Love is in the air? Hahaha. Tu adalah karut. Tapi, kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang buat aku nak dekat dengan dia?
                
Macam ada sesuatu pada Farha Alisa yang buatkan aku nak kenal dia, dekat dengan dia. Ekspresi muka yang beku, susah nak senyum tu terlalu susah untuk dibuang dari fikiran. Ah, parah! Sah aku dah tak betul. Dalam pada dia berbalah dengan hati, telinganya menangkap deringan nyaring dari Xperia Z miliknya. Tangan mencapai telefon bimbit itu dan memandang sekilas nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Terangkat sedikit kening melihatkan nama itu.
                
“Hello.”
                
“Hello. Razz, tidur?”
                
Dia yang tadinya berbaring sudah duduk bersila di atas katil. Tangan kanan menyebak rambutnya ke belakang. “Belum lagi. Kenapa?” Dia bersandar pada dinding.
                
“Saja.”
                
Talian sunyi. Tiada sepatah ayat pun yang keluar dari mulut Razz mahupun di pemanggil di hujung talian. Hanya kedengaran hembusan nafas dan bunyi kipas yang berpusing ligat di siling. Razz memicit pangkal hidungnya dengan jari telunjuk dan ibu jari.
                
“Kau kenapa, Ya?” Razz bersuara malas-malas. Bukannya dia tak tahu kenapa Dhiya menelefonnya itu. Dhiya takkan telefon melainkan ada sesuatu yang berlaku. Yelah, Razzen Syah kan ibarat hero mendengar segala masalah orang. Apa mereka ingat Razzen Syah tak ada masalah jugak ke?            
                
Dhiya merupakan jirannya. Mereka boleh dikatakan agak rapatlah jugak. Dari tadika membawa ke sekolah menengah asyik berkepit je. Di mana ada Razz, di siti ada Dhiya. Sampaikan ada yang sangka mereka pasangan kekasih. Sangat kelakar! Sampai sekarang kalau dia buka cerita tu, Dhiya akan ketawa macam tak cukup nafas.
               
“Takde papelah.”
                
“Kau punya takde pape tu ingat aku nak percaya? Come, spill it!” Keras Razz mengarahkan. Kedengaran Dhiya mengeluh. Yes! Bila Dhiya dah mengeluh macam tu maknanya dia malas nak berdalih. “So?” Desak Razz. Si Dhiya ni nak kena paksa baru nak bukak mulut.
               
“Am…dia…” Satu lagi keluhan kedengaran dari hujung talian.
                
“Ya, cuba cerita kasi habis.”
                
“Aku tak taulah, Razz. Dia macam ada sorok sesuatu dari aku.” Luah Dhiya dengan nada perlahan. Macam kecewa. Macam patah hati.
                
Razz menengadah siling biliknya yang gelap. Hujung jari kiri mengetuk-ngetuk lututnya. “Kau nak kata dia ada affair la?” Teka Razz. Bukannya dia tak tau perempuan ni adalah masalah nak percaya pasangan sendiri. Bila lama sikit tak contact mulalah nak fikir bukan-bukan. Yelah, aku pun pernah la go through benda yang sama dengan si Dhiya ni. Cemburu, sakit hati, rasa nak marah. Normallah kan?
                
“Entahlah, Razz. Aku paranoid sangat ke?”
                
“Aku pun tak tau nak kata kau paranoid ke apa tapi bagi aku normallah tu. Dulu Farah pun dok cemburu semedang macam kau jugak.” Razz sudah pun menongkat dagu dengan tangan kiri. Ah, jadi teringat pula pada Farah makwe lama aku tu. Entah apalah khabar dia sekarang, kan? Lepas putus dua tahun lepas memang tak contact langsung. Frust? Tak juga. Aku lagi selesa solo macam ni. Tak banyak benda nak kena fikir.
                
“Kau dengan Farah lain. At least kau cuba explain benda kat dia. Tapi Am…” Ayat Dhiya mati di situ. Razz setia menunggu di hujung talian. Dia memang tak suka nak mencelah. Almaklumlah, Razzen Syah kan good listener. Kalau nak suruh dengar masalah memang dia tak kisah sangat. “Aku kena buat apa, Razz?”
                
“Tanyalah dia.” 
                
“Nanti dia ingat aku nak control hidup dia.” Dan satu lagi keluhan terlepas dari bibir.
                
“Ya, kau kenalah percaya dia sikit.”
                
“Aku percaya dia tapi entahlah. Bila dah jauh macam ni jadi susah.”
             
“Aku tau tapi cubalah. Cakap dengan Am elok-elok.” Lembut Razz memberi nasihat. Dia sendiri pun tak tau ayat apa yang sesuai untuk diberikan kepada kawannya itu tapi rasanya dah memadai apa yang dia katakan tu. Aku pun dah lama tak bercintan-cintun ni. So, memang tak berapa nak arif sangat. Kotlah si tocang kuda nak jadi awek aku, seronok juga. Hahaha, kemain kau!
                
Thanks, Razz. Sorry kacau kau tidur.”
                
“Aku pun tak tidur lagi. Benda kecik.”
                
“Okaylah, aku nak kena siapkan assignment ni. Nanti kau balik bagitahu aku. Boleh lepak.”
                
“Okay. Good night.”
                
Talian terus dimatikan. Razz merenung dinding biliknya. Lama. Masalah dalam hubungan memang takkan pernah habis. Kalau tak sebab rasa percaya mesti ada sebab lain yang akan timbulkan pergaduhan. Tapi, bukan ke pergaduhan tu normal dalam perhubungan. Tak thrill la kalau tak gaduh, pujuk, cemburu tu semua. Yelah, Razz. Apa-apa jelah. Gaya bercakap macam pakar cinta.
               
Telefon bimbit diletakkan semula bersebelahan bantal. Tangan kanan menarik selimut dan terus membungkus tubuhnya. Dah, tidur. Harap-harap si tocang kuda masuk dalam mimpi. Razz sengih.

No comments:

Post a Comment