Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Thursday 6 June 2013

Diari Buat Razz [11]

11

Dia langsung tak seperti yang aku bayangkan – Farha Alisa

Lagu Loveless – Yamashita Tomohisa sedang berlagu dari earphone yang bersumbat ditelinga. Tangan laju menekan kalkulator kemudian menulis angka yang tertera di atas skrin kalkulator itu. Sesekali dia mengangkat muka memandang meja kosong selang dua meja dari tempatnya.
                
Dia tak ada. Bisik hati kecilnya. Keluhan nipis tanpa sedar dihembus keluar. Ah, aku dah kenapa? Selama ni okay je dia ada ke tak ada? Sebab itu sebelum aku tau dia wujud kat sini. Sebelum aku kenal dia err, boleh ke dikira kenal kalau setakat berborak sekali tu je? Kira bolehlah kan? Hujung pen ditonyoh ke dahi. Matanya dipejam rapat. Apa masalah aku ni?

“Kerusi ni kosong tak?”
                
Farha gigit bibir bawah. Masih lagi dengan suara-suara di dalam kepala yang tak habis-habis dengki dengannya. Langsung tidak sedar akan lelaki yang berdiri terpacak di depan mejanya. Ditambah pula dengan earphone yang ditelinga.
                
Razz geleng kepala. Budak nilah. Hujung jari mengetuk permukaan meja. Cuba mencuri perhatian Farha yang langsung tak sedar akan kewujudannya. “Oiiiiii”
                
Farha yang perasan ada jari asing di atas meja terus angkat muka dari soalan Prinsip Perakauanan di hadapan ke Razz yang sedang menjongketkan keningnya sambil memeluk tubuh. Eh? Tangan kanan mencabut kedua-dua belah earphonenya.
                
“Kerusi ni kosong tak?”
                
“Kau ada nampak orang ke?” Soalan berbalas soalan. Sarkastik.
                
Razz senyum senget. Budak ni dengan sarkastik dia memang tak boleh berpisah agaknya. Kerusi ditarik dengan tangan kanan. Buku ditangan kiri diletakkan di atas meja. Dia sudah pun melabuhkan punggungnya. Memandang Farha yang nampak terkejut. Dah kenapa? “Apasal pandang aku macam tu?” Taulah aku kacak. Sambungnya di dalam hati.
               

“Apasal kat sini?”
                
Terjongket sedikit keningnya. “Ada kata aku tak boleh datang ke?”
                
Laju dia menggelengkan kepalanya. Mamat ni pun nak berlagak sarkastik dengan aku ke? “Takdelah. Bukan kau selalu kat sana?” Jari telunjuk diarahkan pada meja yang selalu menjadi tempat si Razzen Syah.
               
Senyum nipis ditarik melepasi bibir. “Tak boleh ke? Ke kau tak selesa?”
                
Sekali lagi kepala digelengkan. Cis, mamat ni. Lama-lama teleng jugak kepala aku ni. “Tak kata pun tak boleh.” Dia membalas. Perlahan. Hampir berbisik. Kepala sudah pun ditundukkan menekur kertas yang sudah separuh penuh dengan jawapan. “Err, thanks.”
               
Hm? “Thanks untuk?”
                
Scooter.”
                
Razz mencapai buku teks di atas meja. Menyelak mencari muka surat yang sudah ditanda. “Benda kecik.” Balasnya. Wajah Farha yang masih lagi tunduk dipandang lama. Budak ni pemalu jugak rupanya. Gaya poyo semacam je. “Takpe ke aku duduk sini?”
                
“Kau dah duduk pun kan?”
                
“Takdelah. Kalau kau tak selesa aku boleh je alih tempat.”
                
“Duduk jelah. Library ni bukan aku punya pun.” Earphone yang bergantungan di leher tadi sudah pun disumbat semula ke telinga. Lagu Loveless – Yamashita Tomohisa sudah berganti dengan Backstreet Boys – As Long As You Love Me. Farha telan air liur. Dah kenapa lagu ni pulak keluar? Ekor mata mencuri pandang Razz yang sudah memulakan pembacaannya.
                
Ish, Farha. Dok curi-curi pandang anak teruna orang tu kenapa? Pandangannya kembali pada soalan Prinsip Perakauanan yang baru separuh disiapkan. Konsentrasi terganggu sungguhlah macam ni. Bayangkan orang kau selalu usha dari jauh sekarang ni terpisah dek meja bulat ni je. Tak ke boleh tercabut segala macam organ dalam badan ni?
                
Pen ditangan dipusing-pusingkan ke kiri dan ke kanan. Segala angka di depan mata dah macam nombor alien dari Planet Marikh. Macam mana ni? Macam mana ni? Should I talk? Or pretend I don’t give a damn about him? “Weh.” Aku pilih yang pertama.
                
“Hm?” Matanya masih pada patah perkataan yang tercetak di atas helaian kertas yang terbuka.
                
“Kau ada makwe?” Farha dah rasa nak bunuh diri dengan soalan tu. Dalam banyak-banyak soalan yang kau boleh tanya, kenapa kau mesti tanya soalan tu Farha Alisa? Kenapa? Tolonglah hilangkan diri aku untuk beberapa jam.
               
Tangan kanan menongkat dagu. Memandang wajah Farha yang beku tanpa perasaan. Budak ni memang susah nak tunjuk emotion dia dengan orang ke? “Random sangat soalan kau ni.”
               
“Kau boleh abaikan soalan tu.”
                
“Kau suka aku ke?” Smirk.
                
Farha mencebik. Excuse me. “Tak.”
                
“O…kay.” Jeda. “Pernah ada.” Bayangan wajah Farah menerpa ruang mata dan secepat itu juga dia menepis bayangan itu. Untuk apa dikenang makwe orang? Hahaha. Farah dah bahagia dengan teman lelaki baru. Dengar cerita dah nak bertunang pun. Baguslah untuk dia. Jumpa jodoh dah ex aku tu.
               
“Pernah?”
              
Angguk. “Putus.”
              
“Sebab?”

“Aku masih mencari.” Wajah Farha yang sudah berkerut tu dipandang tanpa jemu. Makin lama aku tengok makin comellah pulak budak ni. Hahaha. Teruk sangat dah ni, Razz.
                
“Jumpa?”
                
Razz masih lagi memandang wajah Farha. Jangan comel sangat boleh tak budak sekolah? Menganggu emosi betullah macam ni. “Mungkin.”
                
Berkerut dahi Farha mendengarkan jawapan Razz. Dia ni nak main-mainkan aku ke? Campak dengan bekas pensel aku ni baru tau. “Kenapa mungkin?” Redah jelah tanya soalan merapu pun. Janji aku tak kekok. Nak sambung buat soalan pun macam mustahil je gayanya ni. Otak memang dah tak mampu nak berkerja.
               
Curious much, ey?” Sengih nakal.
                
“Nak jawab ke tak?” Ish, mamat ni. Sah dia tengah main-mainkan aku. Jangan sampai melayang bekas pensel yang isi dalam dia aku-tak-tau-ada-apa kena muka dia yang tak berapa nak manis tu. Okay, tipu. Muka dia manis. Kacak lebih sesuai. Pergh, aku puji dia?
                
Tell me, ada tak sesiapa pernah cakap kau comel?”
                
What the…? Mamat ni dah kenapa? “Kau stress belajar ke?” Meremang dah bulu roma aku. Mamat ni dulu romeo kelas atasan ke macam mana? Senyuman tu, pandangan tu. Seram! Kalau tak kuat iman aku selamat dah jatuh bergolek aku ni. Wait, bukan kau memang dah jatuh bergolek? TAKKKK!
                
“Tak de?”
                
“Kau terhantuk dinding ke tadi?”
                
“Kau tau tak kau comel?”
                
Farha angkat kedua-dua belah tangan. Betul-betul di hadapan muka Razz. Sebelum mamat ni merapu yang bukan-bukan baik aku hentikan. Jantung aku ni pun bukannya boleh bertahan lama sangat. “Stop sampai sini.” Uish, bahaya…bahaya. “Kau memang terhantuk dinding eh?”
                
Kuat Razz ketawa. Mencuri perhatian beberapa orang yang turut sama berada di dalam perpustakaan itu. Farha dah tutup muka dengan test pad ditangan. Apa ke mangkuk sangat mamat ni boleh bantai gelak macam tak ingat dunia? “Diamlah.” Farha berbisik. Malu.
                
“Serius tak ada yang pernah cakap kau comel?”
                
Can you stop with that comel thing?” Farha dah rimas. Sebelum bekas pensel ni melayang ke muka baik dia stop cakap fasal comel tu. Meremang dah bulu roma aku ni. Tajam anak matanya merenung Razz yang masih bertongkatkan dagu itu.
                
“Kau ni garang, kan?”
                
Unfriendly to be precise?” Sarkastik.
               
I like your style.” Puji Razz. Ikhlas. Mana nak jumpa budak perempuan gaya macam si Farha Alisa ni? Tak peduli apa orang kata. Selamba badak dia je berlaku kerek, sarkastik dengan orang yang dia tak kenal dan baru kenal macam aku (sebab aku nak kenal dengan dia). Perangai tu, memang mintak kena campak masuk longkang bila buka mulut. Tak ke macam unik? “Tak macam certain perempuan.”
                
Farha buat muka pelik. “Aku ingatkan lelaki suka stok ayu, lemah-lembut, cakap macam berbisik?” Taste mamat ni sungguhlah aneh.
                
“Bukan aku, kot?” Razz angkat kening sebelah.
                
Farha jongket bahu. Buku teks Prinsip Perakaunan ditutup dengan tangan kanan dan ditolak ke tepi meja. Alah, kalau buka pun belum tentu aku nak sambung buat latihan tu. “Kau memang macam ni?”
                
“Macam ni tu macam mana?” Budak ni dah mula nak beramah-mesra nampaknya. Ha, nampak tak aku punya aura orang nak kenal lebih dekat itu tinggi? Bukan nak bongkak tapi hakikat. Okay, cukup-cukuplah perasan wahai Razzen Syah.
                
Ligat otak mencari ayat. Hm. Macam mana eh? “Aci redah macam ni?”
                
“Dengan orang tertentu je.”
                
“Kira aku termasuk dalam orang tertentu tu?”
                
Kepala dianggukkan. “Yes.”
                
Eh? “Sebab?” Dah kenapa aku termasuk dalam ‘orang tertentu’ mamat ni? Dahlah baru kenal jadi tak ada sebablah kan untuk aku termasuk dalam golongan tu. Tak ke?
               
“Perlu sebab ke?”
                
Bahu dijongketkan. Razz senyum. Jari telunjuk diletakkan dibawah dagu. Gaya berfikir. Pandangannya ditala pada siling perpustakaan. Kemudian jatuh semula pada wajah Farha yang menantikan jawapan. “Tak ada sebab.”
               
“Okay.”
                
Suasana sunyi. Farha merenung cover buku teks Prinsip Perakaunan. Agaknya kalau ada laser mata ni selamat dah buku tu berlubang. Habis ayat nak dibuat bersembang. Habis juga modal nak dibuat soalan. Hm. Now, what?
               
“Nak ikut?”
                
Refleks kepalanya diangkat. “Pergi mana?”
                
“Rumah aku?”
               
Ternganga Farha mendengarkan soalan luar alam yang baru keluar dari mulut Razz. Rumah dia? Mamat ni dah kenapa? Selamba ayam je ajak aku yang dia baru kenal pergi rumah. Dia ni memang taka da langsung rasa suspicious pada orang yang baru dikenali ke? “Kau okay tak?”
               
“Kenapa?”
                
“Kau…” Jari telunjuk ditala ke arah Razz. “Nak…” Lama jari telunjuk itu di situ. “Ajak…” Masih pada Razz. “Aku…” Jari telunjuk sudah dibawa ke arahnya. “Pergi rumah kau?” Kening kanan dah terangkat dengan muka pelik.
                
“Tak boleh?”
               
“Tak macam aneh?”
               
Apa lagilah budak ni. Banyak betul soalan. “Apa yang aneh?”
               
“Kau baru kenal aku.”
                
Razz menghela nafas panjang. “So?” Aku tak fahamlah apa masalahnya aku ajak dia pergi rumah aku kalau pun aku baru kenal dia. Salah disisi undang-undang ke? Takkan? Jadi, apa yang nak dijadikan isu?
                
“Kau tak kenal aku. I mean completely
                
“Kau Farha Alisa. Kenal, kan?”
                
Farha meraup mukanya dengan tangan kanan. Sumpahlah mamat ni aneh. Memang kalau tahu nama orang lain tu boleh dikira kenal. Okay, mungkin bolehlah nak dikira macam tu tapi beragaklah. “Kau tak takut entah-entah aku perompak ke apa ke?”
                
Razz menghamburkan tawanya. Okay, itu kelakar. “Serius tak boleh bayang. Dahlah. Jangan banyak bunyi. Kemas buku. Ikut aku balik rumah.” Arahan mandatory.Tangan sudah menutup buku teks yang terbuka tadi. Tak study apa pun aku hari ni. Alah, kau datang library bukan nak study pun. Alasan je semua tu. Hahaha.
                
“Apasal?”
                
“Kau nak aku dukung kau ke tak nak?” Tajam pandangannya menikam sepasang anak mata Farha. Serius.
                
Farha telan air liur. Mamat ni serius la? Tapi dari mata tu macam nak cakap ‘kau jangan sampai aku dukung kau betul-betul. Ingat aku tak berani ke?’ Farha telan air liur buat kali kedua. Ish, apa tiba-tiba ajak pergi rumah pulak? Aku dahlah tak reti nak beramah-mesra terlebih mesra ni. Dia menggaru kepala yang tak gatal.
                
“Err, Razz.”
                
Razz berhenti mengemas. Memandang Farha yang sedang menguis-nguis hujung lengan baju hitam berbelang hitam lengan panjang yang dipakainya.
                
“Kena jugak ikut ke?”
               
“Aku nak kenalkan kau kt umi aku.”
               
Erk? “Kenapa?”
                
Hujung kening digaru dengan jari telunjuk. “Sebab kau kawan aku.”
                
Sebab kau kawan aku. Ayat itu bagaikan pita rakaman berulang kali bermain di kepala. Tak berkelip dia memandang Razz yang sedang menunggu jawapan putus darinya. Helaan nafas dilepaskan. “Okay.” Dalam keterpaksaan dia bersetuju. Alah, bukan kau kena buat apa pun. Datang rumah dia, salam dengan sesiapa yang ada, senyum dan tara. Selesai.

Razz menarik senyum nipis. Mission accomplished!

1 comment: