Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Tuesday 7 October 2014

Jia dan Dini

“Weh, budak.”
                
Jia yang sedang duduk melunjur kaki mencerlung tajam ke arah lelaki yang kecik-besar-kecik-besar je pada pandangan matanya. Bibir diketap kejap. Nafasnya turun naik. Kau jangan cari fasal dengan aku la, bro.
                
“Kau apesal pandang aku macam tu?” Suara lelaki itu sekali lagi menerjah gegendang telinga.
                
Jia mengepal kelima-lima jarinya membentuk penumbuk. Janganlah kacau aku! Aku. Tengah. Bengang. Ada jugak mamat ni makan penumbuk aku. Entah-entah mamat ni memang turun dari langit untuk jadi mangsa aku. Mangsa aku melampiaskan bengang aku ni.
                
“Weh.”
                
Aku dah bagi amaran.
                
“Kau apahal?”
                
Dush!
                
Elok je penumbuk melayang tepat mengena rahang lelaki yang sedang berdiri terpacak di hadapannya. Nice uppercut, Jia. Jia menarik senyum kepuasan. Hah! Kacau aku lagi. Padan muka.

*****

“Najihah Samsudin.”
                
Jia menguis-nguis lantai bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan hujung kasutnya. Kepala sejak dari tadi tunduk menekur hujung kasut, kemudian hujung baju kurung sebelum kembali pada hujung kasut. Langsung tidak diangkat muka memandang Puan Salbiah di hadapan.
                
Sesekali ekor matanya melirik ke arah lelaki yang turut sama berdiri di hadapan Puan Salbiah. Automatik bibir menarik senyuman segaris.
                
“Najihah Samsudin.”
                
Jia angkat muka. Muka beku. Wajah Puan Salbiah dipandang lama sebelum pandangannya dilarikan pada lukisan pemandangan di kampong yang tergantung dibilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu (PK HEM).
                
“Kenapa awak tumbuk dia?”
                
“Tindakan spontan, Puan.” Laju dia membalas. Betul apa. Mana ada aku menipu. Memang tindakan refleks pun. Siapa suruh gatal sangat pi kacau aku yang tengah mood tak berapa nak betul?
                
Puan Salbiah menggelengkan kepala. Tangan kanan menanggalkan kaca mata dan meletakkan di atas buku log tebal yang terbuka. Hmmm... buku log tu? Macam banyak je nama aku dalam buku tu. Heh.
                
“Muhammad Dini Mustafa.”
                
“Saya.” Jawab lelaki di sebelahnya itu.
                
Muhammad Dini. Oh, tu ke nama dia. Tak sempat pulak nak usha nama kat tag nama dia tadi. I’m soooooo gonna remember your name, Muhammad Dini Mustafa!
                
“Kenapa dia tumbuk awak?”
                
“Saya kacau dia, Puan.”
                
Jia rasa nak ketawa mendengarkan jawapan lelaki itu. Oh, kira sedar dirilah tadi dok mengacau aku? Kira uppercut aku tadi tu berjaya memulihkan segala fius-fius dalam otak tu kembali normal ke macam mana? Hahaha. Rasa nak gelak. Jia, tahan...
                
Puan Salbiah mengerutkan dahinya.
                
Jia sengih. “Saya tak bersalah, Puan.”
                
“Rekod awak untuk tahun ni tak berapa bagus. Did you aware of that?” Puan Salbiah memfokuskan pandangannya pada Jia yang masih dengan sengihan.
                
Jia menganggukkan kepalanya. Rambut yang diikat tocang kuda turut sama bergerak mengikut anggukan kepalanya.
                
Puan Salbiah menghela nafas panjang. “Pergi balik kelas masing-masing.”
                
“Terima kasih, Puan.” Jia melangkah laju meninggalkan bilik PK HEM itu. Langsung tidak memandang sekilas ke arah lelaki yang baru je menikmati uppercut special dari Najihah Samsudin. Sorry, Dini. Nasib kau malang the moment kau decide untuk kacau aku diwaktu mood aku tengah tak berapa nak betul.

**** 

“Jia!”
                
“Bisinglah, Dini.” Jia buat muka dengan sebelah tangan ditekupkan pada telinga manakala sebelah tangan lagi rancak menekan papan kekunci pada laptopnya. Aku nak siapkan assignment la Dini! Mamat Dini yang budiman, terlebih annoying ni kalau tak mengacau aku tak sah agaknya.
                
Ha, Dini ni mamat yang dia pernah ‘hadiahkan’ tumbukan uppercut masa sekolah dulu. Sebab dia bijak sangat pergi kacau aku waktu aku tengah bengang. Sia-sia je makan penumbuk. Hahaha.
                
“Tulah... aku suruh siapkan assignment awal-awal tak nak.” Tangan kanan selamba menarik laptop Jia.
                
“Dini!” Jia dah rasa nak flip table. Ni apa ambik laptop aku pulak? Dia ni dah lama tak merasa uppercut aku ke macam mana? Entah kenapa jadi teringat pula zaman sekolah dulu. Insiden di mana, dia dan Dini boleh berjumpa dan berkenalan. Well, not exactly berjumpa dan berkenalan. Berjumpa dan makan penumbuk uppercut aku lagi tepat rasanya. Heh.

“Bila kena submit?”
                
“Esok. 10 pagi.” Dini yang sedang berkerut-kerut dahi dengan laptop masih ditangan dipandang lama. “Bak la laptop aku tu.”
                
How many pages?”
                
“Minimum, 15. Maximum, 20.” Monotoni sahaja soalan Dini dibalas. Eee... boleh pulak dia buat sesi soal-jawab. Aku nak buat kerjalah, Muhammad Dini oi! Bukan nak bersoal jawab dengan kau. “My laptop, please.” Jia mengunjukkan tangan kanan betul-betul di hadapan Dini.
                
“Kau memang suka buat kerja last minute kan?” Laptop dikembalikan kepada Jia.
                
Jia mencebik. Laptop yang dihulurkan diambil dengan tangan kiri sebelum diletakkan semula ditempat yang sama. Jarinya kembali rancak menekan-nekan papan kekunci laptop. “Kau apesal menyibuk kat sini?” Dia bertanya tanpa langsung memandang Dini.
               
“Rindu kau.”
               
Jia buat gaya macam nak muntah. Hidungnya dikerutkan. Rindu. Yeah, right!
                
“Kau tak rindu aku ke?”
                
You are distracting me.” Kepala langsung tak dikalih dari skrin laptop.
                
“Jia.”
                
I’m busy.”
                
“Aku balik bilik dulu.”
                
Bye.”
                
Dini menghela nafas panjang. Beg galas di atas meja dicapai dan digalas ke bahu. Tanpa menunggu lama, langkah kaki diatur meninggalkan meja bulat yang menjadi tempat rasmi Jia tiap kali dia melepak atau hendak menyiapkan kerja.

 ****

Jia memusingkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan. Keletap keletup. Peh, nikmat! Kedua-dua belah tangan diregangkan pula ke atas kemudian ke hadapan sebelum tangannya dibiarkan mendarat di atas meja studi.
                
Kepala dilentokkan pada lengan kiri. Matanya dipejamkan rapat-rapat sebelum dibuka semula dan disapa iPhone yang sudah beberapa hari tidak berbunyi. Senyap. Selalunya iPhone tu akan berbunyi dengan notification Whatsapp. Semuanya dari Dini. Tapi...
                
Tangan kanan mencapai iPhone. Skrin telefon pintar itu direnung lama. Gelap. Bibir diketap kuat. Entah kenapa dia rasa sedih. Entah kenapa rasa macam nak... eh? Lengan kiri terasa basah. Cup, aku menangis.
                
Kepala terus diangkat dari lengan. Dia sudah pun duduk tegak di atas kerusi. Kedua-dua belah kaki dibengkokkan dan dibawa rapat ke dada. Kepala dibiarkan di atas lutut. Dini... kau kenapa? Setitik lagi air mata jatuh, berganti dengan bertitik-titik air mata lagi.
                
Ahhhhhhh, kenapa aku menangis?
                
Ting!
                
Refleks dia angkat kepala. Air mata yang masih lagi bersisa diseka dengan belakang tangan. Cepat-cepat tangan membuka kekunci iPhone. Bibir menarik senyum segaris. Dini.

                Dini
                Aku busy. Sorry.

Tu je? Tu je yang dia hantar?
                
Jia dah rasa nak mengamuk. Dia sedar tak dah nak masuk seminggu dia senyap? Dah masuk seminggu dia tak text, apatah lagi call. Seminggu tu bersamaan 7 hari! Tujuh hari. Bukan 7 jam, bukan juga 7 minit, apatah lagi 7 saat. Dia sedar tak?
               
                Jia
                I hate you!

iPhone dicampak ke katil. I hate you, I hate you! Dini, bongok! Benci. Tak suka. Menyampah. Tubuh dihempaskan ke katil. Dibiarkan tubuhnya tertiarap dengan muka ditekup pada bantal. Air mata sekali lagi merembes keluar.
                
iPhone berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk.
                
Dia tahu nada dering tu. Sebab dia memang sengaja set nada dering yang berbeza untuk Dini. Senang untuk dia tahu siapa yang call. Dan nada dering tu... nada dering yang dia dah tetapkan untuk Dini.
               
Jangan harap nak angkat!
                
iPhone sudah pun senyap.
                
Tak lama lepas tu, iPhone kembali berbunyi nyaring. Jia ketap bibir. I’m not answering the call. Padan muka!
                
iPhone sudah pun senyap.
                
Jia menelengkan mukanya ke kanan. Merenung lama iPhone yang jaraknya hanya sedepa. Bibir dicebikkan dengan baki air mata yang hampir kering. Lambat-lambat iPhone itu dicapai. 2 missed call. Huh!
                
Kalau setakat 2 missed call je...
                
Dan sekali lagi iPhone itu berbunyi.
                
Nama yang tertera pada skrin telefon pintar itu direnung lama. Dia berkira-kira untuk menjawab panggilan itu atau membiarkan orang yang call tu bengang. Bengang sebab aku tak angkat call dia. Tapi...
                
Telefon pintar itu dilekapkan ke telinga.
                
“Jia?”
                
Jia tidak menyahut. Kedengaran Dini menghela nafas panjang dihujung talian.
                
“Aku buat salah apa ni?”
                
Masih juga senyap. Jia sudah pun menelentang. Merenung siling biliknya sebelum dia mengiring ke kanan sambil memeluk bantal peluk kesayangannya.
                
“Jia.”
                
Jia menggelengkan kepalanya. I’m not talking to you!
                
“Aku busy seminggu ni. Sorry. And aku maybe busy this week, next week, dan lepas tu aku akan makin busy. Final year kan?”
                
Baguslah! Tak payahlah call aku langsung. Pergi la busy sana diam-diam. Bentaknya di dalam hati. Masih lagi tidak mahu bersuara biar pun sepatah. Pedulilah orang nak kata dia mengada-ada macam budak kecik. Biarlah orang nak kata dia manja. I don’t care!
                
“Jia... aku akan tersangat sibuk. And aku mungkin tak boleh nak text, call kau.” Jeda. “Nak jumpa pun mungkin susah.”
                
Jia dah rasa nak menangis lagi sekali. Tubir mata dah terasa basah. Janganlah, menangis.
                
“Jia... jangan nangis tau. Tak maco la nangis.”
                
Air mata dah merembes keluar dari empangan. Mukanya ditekupkan pada bantal peluk. Cuba menahan esak tangis supaya tidak sampai ke pendengaran Dini.
                
“Jia... kalau kau nangis, aku tak tau nak percaya atau tak, kau yang kasi uppercut kat aku time sekolah dulu.”
                
Bongok! Perlulah ingatkan fasal benda tu?
                
“Jia... janganlah nangis.”
                
Mana ada menangis.
                
“Jia.”
                
Don’t call me like that.
                
“Najihah Samsudin.” Lembut sahaja Dini menyebut namanya.
                
Jia telan air liur. Stupid, Dini!
                
“Jia...”
                
“Apa?”
               
I miss your voice.”
                
Dan entah kenapa, Jia dapat rasakan Dini tengah tersenyum nipis dihujung talian. Jia rasa muka dah terasa berbahang. Pembuluh darah terasa mengembang. Jantung? Yang tu toksah cerita la. Berdegup macam apa je.
                
“Jia.”
                
“Apa?”
                
“Aku busy lepas ni.”
                
Heard that.”
                
Gonna miss you, kiddo.”
                
“Hmm.”
                
Will you miss me?
                
“Tak nak.”
                
“Okay.” Jeda. “I’m gonna miss you.”
                
Jia kesat air mata dengan telapak tangan.
                
“Jia.”
                
“Apa lagi?”
                
“Aku sayang kau.”
               
“Tau.”
                
Not that kind of sayang.”
                
Berkerut kening Jia. Not that kind of sayang? Dah tu? What kind of sayang?
                
Najihah Samsudin, I love you.”
                
Jia telan air liur berkali-kali. Otak cuba mencerna ayat yang baru didengarinya. Err... dia cakap apa? Dia yang tadinya baring secara mengiring sudah pun duduk tegak di atas katil.
                
“Aku sayang kau.” Tiga patah perkataan itu diulang lagi sekali.
                
“Aku... nak tidur.”
               
Dini ketawa.
                
“Okey.”
                
Jia gigit bibir bawah. Dini ni biar betul?
                
“Dini.”
                
“Hmm?”
                
“Kau takkan call, text aku?” Rasa macam nak benam muka dalam tanah lepas cakap macam tu. Malu woi! Tadi beria tak nak angkat call dia. Tadi macam kental sangat kan? Boo, Jia. Booo.
                
“Kau nak aku call, text kau?”
                
Jia menganggukkan kepalanya. Eh, cup. Bukannya Dini Nampak pun kalau aku angguk macam nak tercabut leher. “Nak.”
                
“Okey. Aku nak keluar ni.”
                
“Hmm.”
                
Bye, kiddo.”
                
Bye.”
                
Panggilan dimatikan.
                
iPhone ditangan dibawa rapat ke dada. Bibir menarik senyuman lebar sampai ke telinga. Dini. Hati terasa berbunga-bunga. Maybe, we have a mutual feeling?          

1 comment:

  1. hah mutual feeling bila nak datang padakuuu? cries. thumbs up pitakkk!

    ReplyDelete