Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Wednesday 29 May 2013

Diari Buat Razz [9]

9

Kalau perasaan yang aku rasakan ni perasaan suka,
sanggupkah kau hargainya? – Farha Alisa

Lama Airin merenung Farha yang berkerut-kerut dahi cuba menghadamkan patah perkataan yang tercetak di atas helaian kertas yang terbuka. Rasanya dah nak masuk setengah jam Farha masih pada muka surat yang sama juga pada baris yang sama.
                
Hujung jari mengetuk permukaan meja. Cuba mencuri sedikit perhatian kawannya itu. Farha berpaling ke kiri dengan kening terangkat. “Apa?” Dia bertanya acuh tak acuh. Kacaulah Rin ni. Aku punyalah bersusah payah nak faham apa pak cik buat buku ni cakap dia nak mengacau pulak.
                
“Dari tadi aku tengok tak beralih muka surat tu. Apa kata kau bawak tarik nafas kejap.” Cadang Airin dan terus menarik buku di hadapan Farha. Selamba. Buku itu ditutup dan diletakkan di sudut paling kiri meja bulat itu.
               
“Rin! Apa ni?”
               
“Dah-dahlah tu. Nanti pun boleh sambung. Sekarang ni aku ada benda nak tanya.” Airin menarik senyum nakal. Kedua-dua belah tangannya sudah pun menopang dagu. Memandang tepat wajah Farha yang masam mencuka.
                
Farha menolak juntaian rambut dengan hujung jari. Tika itu perpustakaan agak lengang. Tak ramai orang. Mungkin sebab bukan hujung minggu, kot? Sebab selalunya kalau hujung minggu boleh kata hampir semua meja yang ada berpenghuni. “Nak tanya apa?” Tangan mencapai Samsung Galaxy SII dari dalam sling bag di atas meja.
                
“Apa cerita dengan mamat library?”
                
Farha mula melarikan ibu jari pada skrin sesentuh telefon bimbit ditangannya. Hm, ada Whatsapp. “Kenapa dengan dia?” Siapa yang hantar? Nama yang tertera pada skrin dibaca sekilas. Hekeleh. Payed ni tak ada kerja ke apa?
                
“Hari tu korang borak apa je?”
                
Pandangannya masih pada skrin telefon bimbit. Membaca apa yang diterima dari Payed. Buat cinta hati yang jauh di mata, I miss you. Nak tergelak Farha dibuatnya. Ni apa aci romantik macam nak minta penyepak? Sah biol kawan aku sorang ni. “Tak borak apa pun.” Farha balas malas-malas. Ni apasal baru hari ni nak buat sesi soal siasat? Dah nak empat hari pun benda tu jadi.
                
“Takkan tak de borak langsung?” Airin masih tak berpuas hati. Tipu sangatlah tak berborak apa-apa kan? Mamat tu sanggup bersusah payah nak duduk satu meja takkanlah senyap-sunyi je kan?  
                
Samsung Galaxy SII disimpan semula di dalam sling bagnya. Kepala digelengkan. “Tak. Dia buat hal dia, aku buat hal aku.” Dia sudah pun memandang Airin yang tampak tak berpuas hati dengan jawapan yang diterima. Lah, ni dah kenapa? “Kau kenapa?”
                
“Kau jarang nak bercerita apa-apa dengan aku.” Ada nada terkilan pada hujung ayatnya. Farha menggaru kepalanya yang tak gatal. Ah, sudah. Ni apa nak aci sentap tiba-tiba? Otak mula berkerja merangka ayat.   
               
Bukannya Farha Alisa tak nak kongsi atau bercerita apa-apa tapi untuk apa? Macam tak ada benda pun nak diceritakan. Tak ada apa yang menarik pun dengan jalan hidup aku. Dahlah membosankan, kerek, pendiam. Jadi, untuk apa dia bercerita?
               
“Rin…serius. Tak ada apa-apa pun. Dia sendiri kata dia takkan kacau aku. Sedar-sedar je dia dah tak ada kat meja bila aku habis.” Terang Farha. Ekspresi mukanya sudah berubah dari beku, kayu, tak ada perasaan kepada wajah penuh rasa bersalah. Yelah, Airinlah satu-satunya kawan yang dia dekat dengannya. Membayangkan hidup tanpa Airin, mintak ampun! Tak mampu.
                
“Apa nama dia?”
               
“Razzen Syah.” Farha menarik nafas lega. Kira dah okaylah ni, kan? Tangannya dipanjangkan cuba menarik semula buku yang dibawa lari oleh Airin tadi. Dan sepantas itu juga Airin menarik buku itu rapat kepadanya. Farha mengerutkan dahinya. Apa lagi ni?
               
“Rin…”
                
“Kita tak habis lagi.”
               
Farha sudah pun memeluk tubuhnya. Tanda protes dengan tindakan Airin. “Dah habislah. Tak ada apa yang tak habis.” Dia masih lagi cuba mengambil buku tersebut dari pegangan Airin. Ish, dia ni!
                
“Macam mana dia boleh tetiba tegur kau?”
                
“Kenapa nak tau?”
                
“Jawab jelah.”
                
Farha mendengus. Tak sukalah kena desak macam ni. Airin ni macamlah tak tau aku pantang kena paksa. “Tak penting.” Keras dia membalas. Ha, mulalah aku nak tunjuk keras kepala aku. Dia sudah pun memalingkan mukanya pada rak-rak buku di dalam perpustakaan itu.
                
Al…” Suara Airin separuh merayu.
                
Farha mencebik. Ingat buat suara macam tu aku lembut hati? Salah oranglah, Rin. Gaya macam baru kenal aku semalam. Pandangannya masih lagi pada rak-rak buku. Sesekali dia melirik pada lelaki yang duduk selang semeja di hadapannya.
                
“Al…” Airin masih lagi merayu.
                
Keluhan nafas dilepaskan. Ekor mata melirik sekilas wajah Airin sebelum tangan kanan menongkat dagu. “Dia tolong aku masa tayar scooter aku pancit hari tu.” Jeda. “Tu jelah.” Sambung Farha tak berminat. Malas nak memanjangkan perbualan tentang mamat library tu.
                
“Dia tolong kau?”
                
“Bak balik buku aku.” Soalan Airin dibiarkan tidak berbalas. Rasanya dia dah cakap Razz tolong tadi, takkanlah tak dengar? Perlu sangatlah nak tanya soalan yang dah tahu jawapan, kan? Tangan kanan diunjukkan ke hadapan.
                
“Kira korang kenal waktu tulah?”
                
“Rin…buku.” Farha menekan perkataan buku dengan muka masam. Penatlah kena soal siasat macam buat salah besar ni. Airin ni drama sangat tau! Tak habis-habis lagi agaknya nak mengenenkannya dengan si Razzen Syah tu.
               
“Jawablah soalan aku tu dulu.”
                
Farha gigit bibir. Geram. “Yeeee…kitorang kenal waktu tu. Puas?” Tajam anak matanya memandang Airin dihadapan. Kalau nak diikutkan hati mahu sahaja dia angkat punggung meninggalkan kawannya di situ tapi macam kejam sangatlah pulak. “Baklah buku tu.”
                
Buku teks dalam pegangan ditolak ke arah Farha. “Kan senang kau jawab je soalan aku dari tadi.” Kedua-dua belah tangannya dipanjangkan sambil melirik Farha yang sudah pun kembali membuka buku teks terus ke muka surat yang sedang dibacanya tadi. Ulat buku!
               
“Yang kau tiba-tiba tanya kenapa?”
                
“Sebab aku nak tau. Kalau aku tak tanya, haram kau nak bagitahu aku.” Tangan yang dipanjangkan tadi sudah pun dibawa rapat ke sisi.
               
Farha disebelah buat-buat tak dengar. Matanya masih pada patah perkataan yang tercetak di atas muka surat yang terbuka. Malas nak melayan Airin. Pensel mekanikal di dalam bekas pensel berwarna kelabu-putih dicapai. Tangan mula bergerak menconteng sesuatu di atas muka surat yang terbuka.
                
“Kau suka dia tak?”
                
Refleks kepalanya dipusingkan memandang Airin yang sudah menongkat dagu dengan kening terangkat. Soalan apa ni? “Suka siapa?” Farha bertanya. Pura-pura tak faham arah soalan Airin. Pensel mekanikal ditangan sudah pun dipusing-pusingkan. Cuba mengalihkan ingatannya pada raut wajah lelaki itu. Ish, dia ni!
                
“Razzen Syah.”
                
“Takkkk!” Laju Farha menidakkan. Airin ni, suka sangatlah buat spekulasi bukan-bukan tau. Mana datang persoalan Farha suka Razz ke tak? Adalah tidak logik sama sekali. Okay, aku tak nafikan aku suka perhatikan dia tapi tak bermakna aku suka dia kan? Kan? Dah macam habit kena perhatikan dia tiap kali dia ada kat situ. Nak buat macam mana? Ye ke, Al?
               
“Bukan kau suka tengok dia?”
                
“Suka tengok tak bermakna aku suka dia, kan?”
                
“Takde sebab kau nak tengok dia kalau kau tak minat dia kan?”
                
Soalan berganti soalan. Farha menggaru kepala dengan hujung pensel mekanikal. Airin hanya menarik senyum nipis menantikan jawapan.
                
“Dahlah. Tukar topik.” Farha kembali menumpukan perhatiannya pada buku yang tidak bertutup. Cuba membaca apa yang tercetak di atas helaian kertas tu tapi langsung tak faham. Ah, give up!
                 
“Okay tapi aku nak cakap satu je.” Airin membetulkan lipatan tudungnya. “Tak salah pun kau suka Razz tu. Aku kasi green light.”

               
Laju tangan Farha memukul lengan Airin. Airin ketawa meriah. 

No comments:

Post a Comment