Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Monday 5 May 2014

Jai

Tangan kanan menyebak rambutnya yang ditiup angin ke belakang. Anak matanya melilau melihat ruang restoran yang semakin penuh dengan orang. Ada yang datang bersendirian, berdua dan berkumpulan.

Jai menghela nafas panjang. Mesej yang diterima lewat malam semalam kembali terimbas di ruang mata.

Misya 
I rasa antara kita terlalu jauh. Maybe it's time for us to say goodbye. Sorry and thanks for everything.

Helaan nafas kedua dihembus keluar. Setelah hampir empat tahun hubungan dia dan Misya terjalin, akhirnya gadis itu mengambil keputusan untuk meninggalkannya bersama kenangan dan kekesalan yang tak tahu bila hendak habis.

Matanya dipejamkan rapat-rapat. Bayangan wajah Misya yang sedang tersenyum manis dengan lesung pipit di pipi kanan cuba dibuang jauh-jauh. Terlalu sukar untuk dia menerima kenyataan itu.

Elok sahaja mesej dari Misya dibaca, dia terus menelefon Misya mengharapkan penjelasan tetapi sampai kesudah Misya tidak menjawab panggilannya. Jai memicit pangkal hidungnya dengan dahi berkerut.

Dalam pada dia sibuk melayan perasaan, satu suara mencuri fokusnya tika itu. Kepala diangkat mencari empunya suara.

Gadis bermata bundar dengan rambut separas pinggang yang diikat tinggi menyapa pandangan matanya. Gadis itu tersenyum manis. "Are you okay?"

Jai angkat kening? Jari telunjuk ditudingkan ke arahnya memohon kepastian. Yelah, kut-kutlah dia tegur orang lain, tak ke malu nanti? Tapi, siapa je ada kat sini selain aku?

Gadis itu tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. "Yelah, awak je ada kat sini. Takkan saya tanya abang meja hujung sana." selorohnya dengan tawa kecil "Can I sit here?"

"Duduklah. Takde sign kata tak boleh duduk pun." balas Jai.

Gadis itu menarik kerusi kosong berhadapan Jai sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi itu. Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman.

"Awak okey?" Soalan yang sama seperti awalnya tadi diulang semula.

Berkerut dahi Jai mendengarkan soalan itu. Dah kenapa? " Saya nampak tak okey ke?"

Cepat-cepat gadis itu menganggukkan kepalanya. "I've been watching you from there." Kepalanya dipalingkan ke arah meja tidak jauh dari meja Jai sebelum kembali memandang Jai. "Awak nampak macam perlukan someone. Sebab tu saya tegur awak."

Eh? Jai menggaru-garu kepala yang tak gatal. Awek sorang ni dah kenapa? "Hanya sebab tu?"

Angguk. "Hanya sebab tu." Jeda. Hujung jarinya bermain-main dengan hujung rambut. "Saya Maya." Dia memperkenalkan diri.

"Jai." Balas Jai sepatah. Dia masih cuba menghadamkan apa yang sedang berlaku tika itu.

"Hai, Jai." Senyum.

"Hai, Maya."

"Awak tak kisahkan kalau saya nak kenal dengan awak?"

Jai tarik senyum perlahan-lahan. Kepalanya digelengkan. "Tak."

****

Jai meletakkan kunci kawasaki Ninja kesayangannya di atas meja di ruang tamu. Punggung dihenyakkan di atas sofa dengan lengan diletakkan di atas dahi.

Aza, kakaknya, yang sedang duduk menonton televisyen mengalih pandangan sekilas ke arah Jai sebelum kembali fokus pada rancangan televisyen.

"Cerita apa?"

"Entah." Sepatah Aza membalas. "Kau dari mana."

"Entah."

Terjongket sedikit kening Aza dengan jawapan balas Jai. "Kau dengan Misya macam mana?" soalan tak terduga dari Aza singgah digegendang telinga.

"Dah putus."

"Misya mesej tadi."

"Oh." Acuh tak acuh sahaja Jai membalas. Dia masih dalam fasa penerimaan tentang hubungan dia dan Misya yang sudah tidak dapat diselamatkan.

"Kau okey ke?"

"Entah." Kepala didongakkan ke atas. Fokusnya pada siling berwarna putih. Perlahan-lahan dia menghela nafas.

Aza mengambil alat kawalan jauh dan menekan butang 'off'. Televisyen yang tadinya terpasang sudah pun terpadam. "What happened?"

Bahu dijongketkan. "I'm not good enough for her, maybe?" Perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulut. Bibir menarik senyum terpaksa.

"For real?"

"Naik atas dulu." putus Jai. Dia tak ada hati nak bercakap dengan sesiapa tentang hubungan dia dan Misya. Biarlah. Malas nak sesakkan kepala otak.

Dia bingkas bangun tanpa menunggu balasan dari Aza. Kaki diatur satu-persatu menaiki tangga ke biliknya.

****

Maya
Jom teman saya lunch? 

Jai merenung lama skrin telefon bimbitnya. Otak cuba memproses setiap patah perkataan yang dibaca. Biar betul dia ni? Tangan laju membalas mesej itu.

Jai 
Seriuslah?

Budak Maya ni biar benar. Apa hal entah tiba-tiba ajak makan? Dahlah hari tu selamba tegur aku. Sempat jugak mintak nombor aku sebelum balik hari tu. Tangan menyebak rambut ke belakang.

Telefon bimbitnya berbunyi. New message!

Maya
Tak sudi? 

Amboi, kenapa macam ada nada merajuk pulak ni? Jai bersandar pada kepala katil. Ligat otaknya memikirkan jawapan pada pelawaan Maya itu.

Jai
Kat mana? Bila? 

Ah, redah jelah. Tak salah rasanya aku teman dia makan tengahari je. Lagipun, aku pun bukannya buat apa-apa sekarang ni.

Maya 
Kedai hari tu. Now. Boleh? 

Jai menghela nafas sekali lagi.

Jai 
Okay.

***

Maya menyudu nasi goreng yang dipesannya tadi ke dalam mulut. Dikunyah perlahan-lahan nasi goreng di dalam mulut sambil matanya melirik ke arah Jai yang sedari tadi hanya bersuara bila disoal.

Sesudu lagi nasi goreng dibawa masuk ke dalam mulut dan dikunyah. Mee goreng mamak yang dipesan Jai sudah pun selamat masuk ke dalam perut. Hanya pinggan kosong di hadapannya.

"So..."

Jai angkat kening. Hmm? "Yes?"

"Awak kenapa macam ada simpan sesuatu?"

Hah? Tak berkelip Jai memandang Maya di hadapannya. "Kenapa cakap macam tu?"

"Because your face are telling me that you have something to share but you don't know to whom and how." Sesudu lagi nasi goreng dimasukkan ke dalam mulut.

"Taklah."

"Saya mungkin stranger tapi kalau awak rasa nak share something, saya sedia mendengar."

Jai senyum nipis. She's different but in a good way. Entah kenapa dia rasa selesa dengan Maya. Terasa dia dan Maya sudah kenal lama. "Mind to lend me your ear?"

"I'm all ears." Bibir mengorak senyuman nipis. Manis.

Jai menarik nafas dalam-dalam. Otak ligat merangka ayat. Here we go. "Saya baru je putus dengan girlfriend saya."

"Aaa... no wonder."

Jai hanya mampu tersenyum. Ada sedikit rasa segan datang menyelinap. Muka terasa berbahang tapi biarlah. Bercerita dengan orang yang tak dikenali ni kadang-kadang membantu jugak. "I've done everything but maybe I'm just not good for her."

"How come? You have the sweetest smile. You are nice. I mean, from what I can see now." Wajah Maya berubah merah.

"Maybe, not for her."

Maya mencebik. "If I were in her shoes, I would never leave you." komen Maya separuh emosi.

Jai angkat kening. Oh really? "Awak belum kenal saya sepenuhnya."

"Jadi, beri saya peluang untuk kenal awak. Sepenuhnya."

Jai pandang Maya tak berkelip. Did I misheard that? "In what way?"

"Tak kisahlah macam mana sekalipun."

Jai geleng kepala. She's something. "Ada orang pernah cakap yang awak pelik?"

"Ramai. Kenapa? Is that bad?" rendah sahaja nada suaranya.

"Nope. It's good in your own way."

"So, saya boleh kenal awak?"

"You have all day to know about me."

Maya menarik senyum segaris. Jai tongkat dagu. Mungkin, ada sebab kenapa aku dan Misya tidak ditakdirkan.bersama. Mungkin, bukan juga satu kebetulan aku berkenalan dengan Maya. Time to start anew, Jai.

No comments:

Post a Comment