Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Monday 29 April 2013

Hello :)

Assalammualaikum.

Setelah berfikir secara dalam-dalamnya seperti aku memang tak boleh dipisahkan dengan merangka ayat bunga-bunga kasi orang terbang di langit (oh, itu menipu).

Apa yang aku nak katakan di sini, blog lama aku delete pada asalnya nak berhenti dari berkarya ayat jiwang selirat kasi hati serabut tapi aku macam 'kenapa aku delete?' dan 'aku nak orang happy baca segala repekan dan karutan aku' macam tu. Maka, aku pun create blog baru ni untuk korang.

Mungkin ada yang masih ingat dan ada juga yang dah lupa. Tapi, apa yang penting blog ni untuk kasi korang bahagia hati bunga-bunga tolak semua masalah yang datang menimpa dan bertubi-tubi tu (kononnya). Oh, aku menaip tiap kali ada idea datang menjengah dan adakala aku akan membiarkan blog terbiar sunyi tanpa sebarang entry update dan sewaktu dengannya.

Semoga, blog ni macam lagi matang sepadan dengan usia (terjun bangunan) hahahaha.

Itu sahaja :)


No comments:

Post a Comment