Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Sunday 12 May 2013

Diari Buat Razz [3]


3

Aku bagaikan orang asing di dalam rumah sendiri.
Kehilangan kotak suara untuk meluah rasa. – Farha Alisa

Suasana dimeja makan itu sunyi-sepi. Hanya kedengaran bunyi cawan berlaga dengan piring, sudu berlaga dengan garfu. Farha mengerling sekilas ke arah papanya yang mengambi tempat dikepala meja. Surat khabar menutupi mukanya. Farha gigit bibir.
                
Kalau nak diikutkan hampir dua minggu dia tidak bersua muka dengan papanya. Biarpun mereka duduk di bawah bumbung yang sama, setiap kali itu Farha mencari jalan untuk tidak bertemu mata dengan lelaki itu.Bukanlah dia marah papanya berkahwin dua. Langsung tak. Baginya, kebahagiaan papa adalah kebahagiaan dia juga. Tapi, entahlah.
                
Mungkin padanya tiada siapa yang mampu menggantikan tempat mama. Mama yang mengandungkannya selama sembilan bulan, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik. Mama yang sentiasa ada tiap kali dia memerlukan. Mama yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat kala dia hampir berputus asa.
                
Kemudian, dia mengalihkan pula pandangannya pada Eja yang duduk berhadapan dengannya. Sedang menyuap bihun goreng ke dalam mulut. Eja yang sedar Farha sedang memandangnya terus angkat muka dari pinggan ke wajah Farha. Keningnya terjongket.
                
Laju Farha menjatuhkan pandangannya pada bihun goreng di dalam pinggan yang masih belum berusik. Sudah agak lama dia tidak duduk semeja dengan papa bersarapan pagi seperti itu. Selalunya ada sahaja alasan yang akan direka untuk tidak duduk semeja dengan papa, mama tirinya dan Eja. Dia tak selesa.
                
“Kenapa tak makan?” Suara Puan Suhana memecahkan tembok kebisuan dimeja makan itu. Encik Hisham yang tadinya khusyuk membaca surat khabar melipat surat khabar ditangan dan diletakkan di atas meja. Memandang terus wajah anak perempuannya.
                
“Kenapa tak makan, Al?” Giliran papa pula bertanya.
                
Hujung garfu menguis-nguis bihun goreng di dalam pinggan. “Al tak makan pagi.” Dia membalas acuh tak acuh. Langsung tak angkat muka dari pinggan di hadapan. Dirasakan pandangan papanya tika itu mampu menembusi setiap organ dalamannya.
                
“Dengan mama dulu Al boleh je breakfast.”
                
Al senyum sinis. Dulu dan sekarang tak sama, papa. Al bukan lagi anak perempuan papa yang ke mana-mana dengan papa. Al bukan lagi Al yang akan terus peluk papa tiap kali Al sedih, Al kecewa. Al bukan lagi Al yang akan bercerita setiap apa yang berlaku pada papa. Papa tak sedar?
                
Farha tarik nafas dalam-dalam. “Dulu dengan sekarang tak sama.” Tangan terus menolak pinggan kaca itu ke tengah. Punggung diangkat. Sebelah tangan menolak kerusi ke dalam. Memandang sekilas papa yang masih lagi memandangnya. Al menarik senyum senget. “Al dulu dan Al sekarang tak sama.” Terus dia mengatur langkah menuju ke biliknya.



BUKU-buku yang dikendong dengan tangan kanan diletakkan di atas meja yang sama. Tempat yang sudah menjadi tempat wajib untuk dia tiap kali ke perpustakaan itu. Dia menebarkan pandangan ke seluruh isi perpustakaan itu. Tak ramai.
                
Selang tiga meja di hadapannya, seorang lelaki sedang menerangkan sesuatu pada kawannya yang tampak khusyuk mendengar penerangan. Di sebelah meja dua lelaki itu pula ada seorang wanita yang dia agak berumur lewat 20-an sedang membaca novel dengan dahi berkerut.
                
Kemudian, matanya juga menangkap pasangan lelaki dan perempuan yang sedang ketawa mesra siap bertepuk tampar tak jauh dari mejanya. Selang dua meja dari kanannya. Tak jauh dari meja pasangan itu ada seorang lelaki bert-shirt hitam tanpa kolar sedang membelek-belek buku di hadapannya.
                
Dan seperti biasa pandangannya pasti terhenti pada meja di sebelah kiri selang dua meja dari tempatnya. Kosong. Tangan kanan sudah pun menongkat dagu. Hujung jari mengetuk-ngetuk permukaan meja. Jam tangan dilirik sekilas. Selalunya waktu macam ni dia dah ada. Pelik.
                
Tanpa sedar dia mengeluh kecil. Hampa. Hati yang melonjak-lonjak hendak ke perpustakaan terus mati. Aduh, parah sangat dah kau ni Al. Bagi kesan besar sangat ke kalau mamat yang kau tak tau nama tu tak ada? Sekali lagi dia mengeluh. Lama dia merenung kerusi kosong itu. Dia tak datang ke?
                
Ah, dari aku dok fikir dia datang ke tak adalah baik aku mula buka buku dan belajar balik apa yang aku tak faham. Waktu SPM nanti bukannya mamat aku-tak-tau-nama-tu boleh tolong kau pun. Kau je yang boleh tolong diri sendiri. Kau juga kata nak dapat tawaran elok-elok supaya kau boleh tinggalkan rumah tu.
               
Tapi, kau sanggup ke nak tinggalkan papa kau? Kau sanggup ke nak tinggalkan rumah yang banyak kenangan dengan mama tu? Kau sanggup duduk berjauhan dengan papa? Kau sanggup ke tinggalkan Airin? Kau bukannya ramai kawan, Farha Alisa.
                
Kelopak matanya dipejam rapat. Sungguh, dia tak ada masalah langsung dengan keluarga barunya. Mama baik. Papa selalu tersenyum sejak berkahwin baru. Cuma Eja yang dia tak boleh nak sebulu. Entah apa yang Eja tak suka pada dirinya pun dia tak tau.
               
Kalau dilihat dengan mata kasar, orang akan kata keluarganya keluarga yang bahagia. Mama yang cantik, baik, lembut dan penyayang tu. Papa yang sentiasa mendahulukan keluarganya. Tapi, entah kenapa dia merasakan yang dia langsung tak termasuk dalam gambaran keluarga bahagia tu. Keluarga bahagia : Papa, mama dan Eja. Tanpa seorang Farha Alisa.
                
Dalam pada dia melayan perasaan, Galaxy SII berbunyi menandakan ada message dari aplikasi Whatsapp masuk. Laju tangannya menggeledah sling bag di atas meja mencari telefon bimbitnya. Selesai menukar mode telefon bimbit ke mode senyap terus jari menekan aplikasi Whatsapp.

                Rin
                Kau kat mana?
                Mak aku tanya.
                Risau betul dia kat kau.

Farha menarik senyum segaris. Tangan mula menaip.

                Rin
                Macam biasa.
                Cakap kat mak kau, aku okay.
                Peluk cium mak kau utk aku :P

Teringat pula pada mak Airin, Hajah Sabihah. Wanita yang tak pernah lokek dengan senyuman. Wanita yang penuh dengan sifat keibuan. Tiap kali dia tumpang bermalam di rumah kawannya itu wanita itu akan memastikan yang dia selesa bermalam di situ. Ah, rindunya!

                Rin
                Kadang2 aku jeles.
                Siapa sebenarnya anak mak aku? >.<

Farha menutup mulutnya agar tawanya tidak lepas kedengaran di dalam perpustakaan itu. Ha, mulalah Airin nak cemburu bagai.

                Rin
                Mengada.
                Ptg nanti aku dtg singgah.
                Boleh?

Tangan kanan mencapai buku teks Biology di atas meja. Cover buku teks setebal seinci itu dibuka dengan lafaz bismillah. Pensel mekanikal berwarna biru dikeluarkan dari kotak penselnya. Kertas kajang juga turut dikeluarkan dari sling bag. Telefon bimbit di atas meja bergetar.

                Rin
                Boleh.
                Mak aku pun mmg nak suruh kau dtg.
                Nanti aku nak tau pasal mamat tu :P

Farha menggelengkan kepala. Rin…Rin… Bukannya dia tak tau yang aku setakat memandang dari jauh. Nak menegur? Jauh sekali. Farha Alisa tak reti hendak memulakan perbualan. Setakat menjadi tukang dengar tu bolehlah. Yelah, Farha Alisa kan sombong. Entah berapa kali perkataan itu didengarnya sampai dia dah jadi lali.
               
                Rin
                Dah.
                Aku nak study.
                Bye :D

Samsung Galaxy SII disimpan semula di dalam sling bag. Belajar…belajar… Bismillah.



RAZZ resah di tempat duduknya. Sudah beberapa kali dia menukar posisi duduknya. Berusaha untuk mendapatkan posisi yang selesa. Mata sudah separuh terbuka. Bila-bila masa sahaja dia bakal dibawa ke alam mimpi. Manalah tau boleh mimpikan si budak perempuan bertocang kuda tu. Hahaha. Razzen Syah dah gila.
                
Di tengah pentas penceramah yang dijemput masih lagi pot pet pot pet entah apa. Dia yang mulanya fokus mendengar setiap apa yang keluar dari mulut penceramah itu (kononnya) terus dah malas nak terus fokus mendengar. Mengantuk. Hanya itu yang dirasakannya.
                
Katil di bilik sudah pun terbayang-bayang di ruang mata. Sedapnya kalau dapat baring siap peluk bantal. Syurga oi! Razz menghela nafas panjang. Ekor mata melirik pula Afiq di sebelahnya yang sudah selamat melangkah ke alam mimpi. Tangan kanan menongkat dagu. Beberapa kali dia memejamcelikkan mata. Berharap mata yang dah kuyu tu kembali segar.
                
Kemudian, pandangannya jatuh pada jam dipergelangan tangan. Tanpa sedar., senyuman  nipis bergayut dibibir. Agaknya budak perempuan bertocang kuda tu tunggu aku tak? Agak-agak dia perasan tak aku kat library tu? Haish, budak bertocang kuda. Kenapalah kau menganggu-gugat hidup aku? Rasa pelik pula tak tenung budak perempuan tu macam nak tembus.
                
Kalau nak diikutkan, waktu begitu dia sedang duduk di perpustakaan itu. Baca berulang kali ayat yang sama dengan harapan boleh faham. Tapi malangnya tak pernah nak faham. Bila dah putus asa dia akan mula mengscan setiap inci perpustakaan itu sehinggalah fokusnya berhenti pada budak perempuan bertocang kuda yang akan duduk di meja yang sama – selang dua meja dari tempatnya.
                
Entah berapa kali (dia sendiri pun tak ingat) otak menjana segala jenis nama yang mungkin sesuai dengan budak perempuan tu. Amira la, Raihana la, Suria la. Sampaikan ke satu tahap nama Siti Sarah pun keluar. Gila! Untuk seorang Razzen Syah bertegur sapa dan bertanyakan nama seseorang sangatlah tidak masuk akal.
                
Apa khabar agaknya si tocang kuda tu? Hari ni dia bertocang kuda macam selalu ke? Atau dibiarkan rambut panjang melepasi bahu itu tidak berikat? Tapi apa yang pasti t-shirt lengan panjang dan seluar jeans warna biru muda atau hitam yang menjadi pakaian rasmi. Wah, pakaian rasmi gitu.

Baginya, penampilan budak perempuan itu terlalu ringkas. Dia macam tak peduli langsung dengan orang sekeliling. Dan bagi Razzen Syah itu satu kredit (bagus pada pengamatannya) sebab dia pun tak suka perempuan yang terlalu classy bajet poyo mintak kaki.
                
Amboi, Razz. Yang kau dok puji budak perempuan tu sampai ke angkasa raya dah kenapa? Suka? Hahaha. Suka yang macam mana? Sukakan cara dia? Tak dinafikan cara dan gaya budak perempuan tu menarik dimatanya. Ala-ala misteri gitu. Pergi perpustakaan pun seorang diri. Jarang atau lebih tempat tak pernah sekalipun dia datang dengan kawan.
                
Razz menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Parah sangat dah aku ni dok menganalisa budak perempuan bertocang kuda itu. Kalau Topek tau dia dok teringat budak perempuan entah apa namanya tu mahu tujuh keturunan aku kena bahan dengan dia.
                
“Ha, cik abang yang tengah tersengih-sengih tu.”
                
Razz tersentak. Laju dia memandang ke tengah pentas. Si tukang penceramah sedang memandang terus ke wajahnya. Air liur ditelan. Cis!
                
“Nak kongsi ke apa yang menarik?”
                
Razz menggelengkan kepalanya laju-laju. Aduh, boleh pula kantoi dengan pak cik penceramah ni. Terasa berbahang mukanya dek menahan malu. Ni semua budak perempuan tocang kuda punya pasal.
                
“Ha, tolong kejutkan kawan sebelah yang dah ‘selamat’ tu.” Sambung si penceramah itu lagi. Mengalihkan pandangannya pada Afiq di sebelah Razz.
                
Gamat dewan itu dengan gelak tawa dari semua yang ada di dalamnya. Razz senyum kelat. Malu! 

1 comment: