Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Tuesday 14 May 2013

Diari Buat Razz [5]


5

“Kak Al tak nak jadi kakak Eja ke?”

Farha menyelak helaian muka surat buku Chemistry di hadapannya. Dia tak tau apa yang diselak, apa yang dicari. Apa yang pasti tangannya terus menyelak ke depan ke belakang. Bibir menghela nafas panjang. Jari telunjuk dan ibu jari memicit-micit pangkal hidung. Kelopak mata ditutup rapat.
                
Suara dan soalan Eja terngiang-ngiang ditelinga. Disebabkan soalan itu juga tidurnya sejak dua hari lepas terganggu. Kelopak mata degil tidak mahu mengikut arahan otaknya untuk tidur. Terus terbuka sehinggalah alarm dari telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dia menghela nafas sekali lagi.
                
“Kau kenapa mengeluh dari tadi?” Airin menegur. Agak pelik juga melihatkan Farha yang tak seperti selalu. Nampak macam ada masalah. Dari tadi asyik mengeluh. Bukannya dia tak perasan riak wajah Farha yang berbeza dari selalu.
                
Dia menggelengkan kepalanya. “Takde apa-apa. Penat.”
                
“Takkan penat sampai mengeluh dua tiga kali, Al.”
                
Farha menarik senyum segaris melepasi bibir. “Ye. Aku penat je.” Tangan yang tadinya menyelak helaian muka surat buku Chemistry diletakkan di atas muka surat yang terbuka. Lama dia menekur tapak tangannya. “Rin…”
                
“Hm?”
                
“Boleh ke aku jadi kakak yang baik?”
                
Terjongket kening Airin mendengarkan soalan itu. Dah kenapa? “Kenapa tanya?”
                
Random.”
                
Airin sudah pun mengalihkan fokusnya dari soalan yang cuba diselesaikannya tadi ke wajah Farha yang masih merenung tapak tangannya. “Sebab adik tiri kau?”
                
“Tak de kaitan.”
                
“Kau nak tipu siapa? Ada kaitan dengan dia, kan?”
                
Tapak tangan dikatup dan digenggam membentuk penumbuk. Sekali lagi dia menghela nafas. Panjang. “Dia tanya aku, aku tak nak jadi kakak dia ke?” Pandangannya dibuang ke luar kelas. Memandang beberapa pelajar yang sedang duduk melepak di gazebo. “Layak ke aku jadi seorang kakak?”
                
“Kenapa soalan tu perlu keluar?”
                
Farha menjongket bahu. “Sebab aku anak tunggal. Aku tak pernah ada adik.”
                
“Dan kau dah dapat adik.” Sisi wajah Farha dipandang. “Dan dia pun nak kau jadi kakak dia. Apa yang kau nak fikir lagi?”
                
“Dia nak ke kakak pelik macam aku?”
                
“Dia ada cakap dia kisah?”
                
Kepalanya digelengkan lambat-lambat. Pandangannya masih pada gazebo di luar kelas. “Tapi Rin…”
                
“Kau selalu macam ni. Susah sangat ke nak bagi orang masuk dalam circle kau?” Nada suara Airin sudah naik seoktaf. Tapi seboleh mungkin dia cuba mengawal suaranya agar tidak didengari dek mereka yang berada di dalam kelas.
                
“Bukan macam tulah, Rin.”
                
“Dah tu?”
                
“Aku bukan macam kau. Macam Eja. Macam orang lain. Orang tengok aku pun mesti tak nak kawan dengan aku. Kau pernah nampak aku senyum?” Farha menyoal dengan riak serius. Pandangannya kini pada Airin di sebelahnya.
                
“Pernah.”
                
“Boleh kira dengan jari, kan?”
                
Airin menggelengkan kepalanya. “Kau risaukan tu ke?”
                
“Tak jugak.”
                
“Dah tu?”
                
“Bayangkan kau jalan dengan aku. Aku yang gloomy. Kau rasa apa tanggapan orang kat kau? Mesti dorang akan cakap, kenapa dia kawan dengan budak tu? Kan?” Farha menyebak juntaian anak rambut dengan hujung jari dan disisip dibalik telinga.
                
“Al, orang tak cakap macam tulah.”
                
“Mulut orang, Rin.”
                
Airin menggaru-garu kepala yang tak gatal. Otaknya ligat cuba mencari ayat. Susah nak bercakap dengan si Farha Alisa ni. “Meh aku nak tanya.”
                
Farha angkat kening.
               
“Bila kau jadi macam ni?”
                
Ek? “Sejak azali?”
                
Airin menggelengkan kepalanya dengan senyuman nipis. “Sejak arwah mama kau meninggal. Kau sedar tak? Farha Alisa yang aku kenal tak macam ni. She’s full of determination. Tak pernah fikir apa orang lain fikir. She’s doing things at her own pace. Kau sedar tak?”
                
“Aku still tak kisah apa orang fikir fasal aku.” Rendah tanpa nada Farha bersuara. Langsung tidak memandang wajah Airin. Tangan yang digenggam tadi dibuka semula dan ditelangkupkan di atas meja. “Aku risau apa yang orang akan cakap fasal kau. Aku tak kisah orang nak cakap fasal aku.”
                
“Al, aku tak pernah peduli pun apa orang nak cakap. Aku kawan kau, kau kawan aku. That’s it.” Yakin nada suara Airin. Dia masih lagi memandang Farha yang masih merenung tangannya. “Apa lagi yang kau risaukan?”
                
“Aku takut orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku.”
                
“Al, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kau pun tau, kan? Kita tak boleh nak ubah qada’ dan qadar.” Lembut Airin membalas. Dia tahu Farha masih belum boleh menerima pemergian arwah mamanya tapi untuk apa terus dikenang orang yang tiada?
                
“Aku tak kuat, Rin.”
                
“Kalau aku ditakdirkan pergi macam mana?”
                
Laju Farha berpaling memandang Airin yang sedang merenung wajahnya dengan pandangan redup. Bibir bawah digigit. Tubir mata terasa panas. “Kau nak tinggalkan aku ke Rin?”
                
“Bukanlah. Kalau dah ditakdirkan aku pergi apa yang kita sebagai manusia boleh buat?” Dia menjongketkan keningnya. Sengaja mengakhiri ayatnya dengan persoalan. Membiarkan Farha berfikir.
                
Farha menarik nafas dalam sebelum menghelanya keluar. Anak matanya masih pada raut wajah Farha yang menantikan jawapannya. “Terima takdir Allah.” Hampir-hampir tidak kedengaran suara Farha. Airin mengoyak senyuman segaris.
                “
Jadi, kau kena terima setiap ketentuan Allah.”
                
“Tapi, kalau kau tak de macam mana dengan aku?”
                
“Mamat library kan ada?” Usik Airin dengan senyuman nakal. Sengaja hendak mengusik Farha yang sudah berubah merah. Memandang Airin macam nak ditelan saja gamaknya.
                
“Kau ni…kan aku kata tak de apa-apa.” Airin ni pun…suka sangat nak mengenakannya dengan mamat-suka-pakai-baju-warna-hitam tu. Rasanya dah nak berbuih mulutnya memberitahu Airin yang dia hanya suka memandang lelaki tu. Bukannya ada apa-apa pun. Suka pandang je!
                
“Ala, nanti ada apa-apalah tu.”
                
“Dahlah. Tak nak cakap dengan kau.” Terus buku teks di atas meja dibuka. Merenung patah –patah perkataan yang tercetak di atas helaian kertas itu.
                
Seronok Airin dapat mengenakan Farha. Yelah, Farha ni jarang nak tunjukkan sebarang perasaan. Jadi, nak tengok Farha macam tak tentu arah naikkan aje fasal mamat library tu mesti memerah mukanya dek malu. Hahaha. Farha…Farha…
                
“Nanti pergi library kirim salam kat mamat tu ye.”
                
“Rin!”
                
Airin ketawa galak.



DIA memusing-musingkan pensel mekanikal diantara jari telunjuk dan jari hantu. Anak matanya sedari tadi melilau mencari susuk tubuh yang satu itu. Beberapa kali juga dia melirik jam dipergelangan tangan. Ish, mana dia ni? Selalunya waktu macam ni dia dah ada.
                
Razz menggaru-garu kepala dengan belakang pensel mekanikalnya. Kerusi dan meja kosong selang dua meja dari tempatnya direnung lama. Mana? Beria-ia la aku start enjin motor macam tak boleh tunggu esok terus pergi perpustakaan sesampai je aku kat rumah tadi. Ni semua gara-gara si tocang kuda tu. parah sangat dah ni, Razzen Syah.
               
Untuk entah yang keberapa kali jam dipergelangan tangan dijeling sekilas. Ah, mana kau wahai si tocang kuda? Janganlah buat aku terseksa macam ni. Dia menghela nafas panjang. Terus hilang fokusnya nak study (kononnya). Agak-agak kalau aku balik boleh tak? Si tocang kuda macam tak datang je ni. Aku punyalah semangat nak balik minggu ni sebab nak tengok dia.
               
Tika itu juga matanya terpandangkan si tocang kuda yang tidak diketahui namanya itu melangkah masuk ke dalam perpustakaan sambil mengendong dua buku teks ditangan kiri. Automatik bibir menarik senyuman lebar sampai ke telinga. Terasa berbunga-bunga hatinya. Amboi, Razz. Kata tak nak budak sekolah? Err…
                
Si tocang kuda berjalan melepasi meja yang didudukinya sebelum si tocang kuda mengambil tempat dimeja yang sama – selang dua meja dari tempatnya. Razz berpura-pura tunduk membelek buku teks yang terbuka luas. Sesekali dia melirik si tocang kuda melalui ekor matanya.
                

Hari ni dia berbaju lengan panjang warna kelabu berbelang putih dengan jeans berwarna biru tua. Rambutnya yang panjang itu diikat tinggi. Razz menolak cermin mata yang hampir melurut dengan jari hantu. Lepas dah rindu kat si tocang kuda ni. Eh? Rindu ke Razz? Hahaha.
                
Pandangannya kembali pada patah-patah perkataan dan segala formula di atas buku teks. Tangannya laju menulis di atas helaian kertas kajang kosong. Dan ada ketikanya dia melirik si tocang kuda yang sedang berkerut-kerut cuba memahami apa yang dibacanya. Comel.
                
Razz menongkat dagu. Merenung lama sisi wajah si tocang kudanya. Amboi, si tocang kuda kau Razz? Sejak bila? Razz senyum sendiri. Hai, si tocang kuda. Apa nama awak? Razz ketuk kepala. Teruk sangat dah kau ni.



FARHA duduk mencangkung bersebelahan scooter berwarna merah jambunya dengan muka kelat. Merenung lama tayar scooter yang kempis ketiadaan angin itu. Terasa hendak meraung juga melihatkan keadaan tayar scooternya tika itu. Kemudian, dia mendongak pula memandang langit petang. Fuh, nasib baik langit tak mendung. Kalau tak haru juga dibuatnya.         
                
Pandangannya kemudian dijatuhkan semula dari langit petang ke tayar scooter yang ketiadaan angin itu. Memang pancit habis. Otak mula mencari punca kepancitan tayarnya. Pertama, dia terlanggar paku atas jalan yang dibuang oleh manusia tidak bertamadun. Kedua, tiub tayar memang dah kena ganti cuma dia yang malas nak ganti. Atau…ah! Tak nak fikir dah.
                
Sekarang ni kena fikir macam mana nak balik rumah? Takkan nak tolak scooter sampai rumah kot? Kerja gila! Kalau rumah sebelah perpustakaan ni tak apalah juga nak menolak. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Sling bag dipeluk erat. Mengenang nasib malangnya hari tu. Haish, scooter aku ni pun…nak buat hal kenapa?
                
Samsung Galaxy SII dikeluarkan dari sling bag. Senarai contacts dibuka mencari nombor siapa-siapa yang boleh menolongnya. Nak call papa? Okay, yang tu letak tepi dulu. Aku dengan papa pun macam dah lama tak bertegur sapa. Kekok pula rasanya. Mama? Err, mungkin tak. Eja? Hahaha. Eja nak datang sini naik apa? Rin? Ala, segan pula nak minta tolong dia. Dah banyak sangat Rin tolong aku. Hm.
                
Razz yang baru hendak menghidupkan enjin motosikalnya terpandangkan si tocang kuda yang sedang duduk mencangkung bersebelahan scooter merah jambunya. Terjongket kening Razz melihatkan si tocang kuda tu. Dah kenapa pulak tu?
                
Dia teragak-agak hendak melangkah menghampiri budak perempuan tu. Takut juga kalau-kalau budak perempuan si tocang kuda tu hempuk dia dengan helmet dia yang comel tu. Habis dah muka aku yang kacak disukai ramai ni. Hahaha. Masuk bakul angkat sendiri sungguh!
                
Lambat-lambat langkah kaki dibawa menghampiri si tocang kuda. Berdiri di belakang si tocang kuda yang langsung tak menyedari kehadirannya. Dia menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Kenapa ni?” Dia menyoal sambil cuba menjengah mencari punca si tocang kuda mencangkung.
                
Telinga Farha menangkap suara lelaki menegur dari arah belakang. Aduh, ni siapa pula aci tegur aku ni? Tak nak layan boleh tak? Buat-buat je macam tak dengar mamat ni tanya soalan.
                
Razz menggaru kepala yang tak gatal. Budak ni pekak ke? “Oi, dengar tak? Kenapa ni?”
                
Farha mencebik. Ish, dia ni. Tak faham body language ke? Kalau orang dah tak bagi respons tu maksudnya tak nak layanlah. Gagal common sense betul mamat ni. Kasi flying kick baru tau. Lambat-lambat dia berpaling ke belakang. Memandang sekilas mamat yang menegurnya sebelum pandangan kembali pada tayar scooter.
                
“Tayar pancit.” Pendek dia membalas. Sibuklah lu mamat. Pi main jauh-jauh sana. Biar gua handle sendiri masalah gua la. Lu ni tak faham bahasa ke macam mana? Farha gigit bibir bawah.
                
Lah, tayar pancit ke? “Nak tolong tak?”
                
Farha menyelak juntaian anak rambut yang menutupi dahi. “Bukan tengah tolong ke sekarang ni?”
                
“Hah?” Razz kerut dahi. Bila masa aku tolong budak ni? Rasanya dari tadi aku dok terpacak macam tugu negara kat sini.
               
Farha senyum sinis. Berpaling memandang wajah lelaki di belakangnya lima saat sebelum berpaling semula ke hadapan pada tayar scooternya. “Tolong tengok.” Sarkastik Farha membalas. Lantak lu lah mamat kalau nak kata gua kerek sekalipun. Gua tengah emosi ni. Jangan sampai gua libas lu dengan helmet comel gua ni.
                
Amboi, kak. Kereknya bahasa. Ada juga aku angkat kaki tak nak tolong. Punyalah baik hati aku nak menabur budi dia layan aku macam ni? Mati-mati aku ingat budak ni jenis lemah-lembut, sopan-santun rupanya…kerek nauzubillah. Ada juga aku humban masuk parit nanti.
                
“Cik kak, orang nak tolong ni. Cuba jangan kerek.”
                
“Lu nak tolong apa?”
                
“Gua nak tolong tengok-tengokkan scooter lu la. Takkan nak tolong teman lu kat sini pulak.” Hah, hambek! Nak kerek sangat dengan akukan? Ingat aku tak boleh nak aci kerek dengan kau ke? Nasiblah aku ada hati kat kau. Eh? Ye ke Razz? “Kawan aku ada bengkel motor.” Dia menambah. Tidak lagi menggunakan lu-gua seperti tadi. Dah serupa gangster je.
               
“Lama tak?”
               
“Kenapa?” Ha, takutlah tu.
                
“Takdelah. Nak solat Maghrib.” Dia masih lagi mencangkung merenung nasib tayar kempisnya itu. Dah tak fasal-fasal kena berhutang budi dengan entah siapa-siapa ni.
               
“Tak payahlah nak mencangkung kat situ lagi. Kejap aku call kawan aku ni.” Terus dia mengeluarkan Xperia Z dari poket jeansnya. Nombor telefon Topek ditekan dan terus telefon bimbit ditangan dibawa ke telinga. “Weh, busy?”
               
Farha bingkas bangun. Dari mencangkung dia sudah pun berdiri bersebelahan scooternya. Dia memalingkan tubuhnya cuba memerhati si mamat yang baik hati nak menolongnya. Hampir-hampir melopong mulutnya melihatkan lelaki yang berdiri betul-betul di hadapannya. Mamat library! Jantung macam dah nak meloncat keluar. Cool, Al. Cool.
                
Razz menjongket kening melihat muka Farha yang macam baru lepas nampak hantu tu. Kenapa? Terkejut dengan kekacakan aku ke? Hahaha. “Ni ha, scooter kawan aku tayar dia pancit. Tolong boleh?”
                
Eh? Kawan? Sejak bila aku dengan dia declare jadi kawan ni? Kenal tak sampai pun berapa saat je ni. Takat usha dari jauh tu boleh consider sebagai kawan ke? Ah, pedulilah! Farha terus melarikan pandangannya dari terus memandang lelaki di hadapannya ke arah perkarangan perpustakaan yang sudah mulai kosong. Ramai yang dah balik. Tempat letak motosikal pun hanya tinggal empat-lima motosikal sahaja termasuk scooter merah jambunya dan motosikal mamat depan ni kot.
                
“Aku kat library ni. Tempat biasa.” Razz menyebak rambut ke belakang. “Ha, okay. Aku tunggu.” Terus Xperia Z ditangan diseluk semula ke poket belakang jeansnya. “Lagi sepuluh minit dia sampai. Boleh tunggu?”
               
“Kalau tak boleh pun kena bolehkan jugak.” Balas Farha. Dingin. Atau lebih tepat cuba berlaku normal di hadapan lelaki yang selalu diperhatikan itu. Oh, nasib aku hari ni nak kira nasib malang ke nasib baik? Malang dan baik?
               
Razz senyum nipis. Amboi, kerek. “So, nama apa?” Ha, tu dia. Aku dah mulakan langkah. Ingat senang ke Razzen Syah nak mulakan langkah macam ni? Kira budak perempuan ni bernasib baiklah aku nak mulakan perbualan.

Farha tunduk menekur hujung sneakers. “Farha. Farha Alisa.”
                
“Nak panggil apa?”
                
“Al.”
                
“Aku Razzen Syah. Panggil Razz.”
                
Farha angguk kepala. Tak berani nak angkat muka memandang Razz di hadapannya. Detak jantung dah macam tak betul. Seram sejuk dibuatnya berlama-lama di situ. Boleh demam jugak ni. Cepatlah datang wahai kawan Razzen Syah.
                
“Buat apa kat library ni?”
                
Farha angkat muka dari hujung sneakers ke wajah Razz. Ni apa soalan tak masuk akal dia kasi aku ni? “Memasak.” Farha sengih. “Bro, orang datang library untuk study la.”
               
“Manalah tau datang sebab nak usha orang ke.” Macam aku tengah buat ni. Hahaha. Itu kau je Razz. Orang lain tak gila macam kau datang library semata-mata nak usha anak orang. Ni kalau umi tau mahu mengucap panjang dia.
                
Farha telan air liur. Rasa terpukul dek ayat itu. Eh, tapi aku datang perpustakaan memang untuk belajar. Usha mamat depan ni kadang-kadang je. Tu pun dalam seminggu tiga hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari lain mana ada. Kira tak boleh nak kata aku datang semata-mata nak usha dia la kan?
                
“SPM ke?”
                
Farha angkat kening. “Aku ke?”
                
“Takkanlah aku pulak.”  Razz memeluk tubuhnya.
                
Kepalanya dianggukkan. “Haah.”
                
“Bila?”
                
“Lagi tiga bulan.”
                
Senyap. Masing-masing dah tak tau nak berbual apa. Razz membuang pandang ke tengah laman perpustakaan. Farha bermain-main dengan kunci scooter ditangannya. Awkwardnya rasa!
                
“Kau student ke?” Farha menyoal.
                
“Haah. Aero.”
               
Farha hanya mengangguk tidak membalas. Mati sudah ayat untuk ditanya. Masing-masing buat hal sendiri. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi motosikal datang dari arah kanan. Refleks mereka memandang serentak ke arah yang sama. Topek datang dengan motor buruknya. Senyuman bertampal di muka.
                
Sorry, bro. Lama tunggu?”
                
“Taklah.”
               
Topek memarkirkan motosikalnya bersebelahan Razz. Dia turun dari motosikal selepas menongkat motornya. “Mana motor kawan kau tu?”
                
“Ni ha.”
                
Topek pandang Razz dengan riak tak percaya. Tanpa sedar bibir menguntum senyuman penuh makna. “Sejak bila kau kawan dengan perempuan?” Sakat Topek sambil menyiku-nyiku lengan Razz.
                
Razz mencerun tajam memandang Topek di sebelahnya. Budak ni kalau aku dah libas dengan helmet apa pun tak dapat. “Diamlah. Tukar tayar motor ni cepat.” Razz cover malu. Topek ketawa senang hati. Farha memejamcelikkan matanya beberapa kali.

3 comments: