Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Monday 6 May 2013

Julia 1


1

Dia memandang lama gadis yang sedang duduk bersendirian di hujung kelas itu. Sesekali gadis itu akan tersenyum hanya memandang ke luar tingkap. Tak perlu jenaka atau cerita-cerita yang tidak-tidak. Tidak tahu apa yang menarik perhatiannya. Tidak tahu apa yang difikirankannya. She’s mysterious. Dia tak bergaul macam perempuan-perempuan lain. Dia lebih seronok menghabiskan masanya bersendirian. Entah kenapa, dia sendiri pun tak tahu. Dia macam di dalam dunianya. Dunia yang tiada siapa pun tahu.

Adam melarikan pandangannya dari gadis itu apabila dirinya dipanggil. Kening kanan dijungkitkan. Wajah Fendi dengan senyuman sinis menjadi tatapan matanya. Fendi masih lagi dengan senyuman. Adam geleng kepala. Macam-macam la dia ni. Adalah tu bahan nak dibuat sakat. Dah berapa lama mereka berkawan sampaikan setiap perangai kawannya tu macam dah dihujung jari. Cakap je, semua dia tahu. Okay, tipulah tu. Hahaha.

“Kemain kau tengok awek hujung tu. Berkenan?” Fendi menyakat. Adam mengeluh. Dah agak dah! Takde kerja lain nak menyakat la tu. Adam menutup buku di hadapannya. Tubuhnya disandarkan ke belakang – memandang terus wajah kawannya itu.

“Encik Affendi, kita ada mata kena melihat bukan membutakan mata yang sedia celik ni. Okay?”  Adam membalas. Malas nak layan perangai Fendi yang memang suka sangat menyakat tu. Rasanya macam menyakat tu dah jadi sebati dengan darah dan daging. Tak boleh dipisahkan lagi bak pantai dan ombak. Chewah.

“Tapi kan Encik Adam, kau pandang dia boleh kata setiap hari. Setiap hari! Kau manalah nak tengok perempuan ni.” Fendi menambah lagi. Adam senyum. Ye ke? Yelah kot kalau dah sampai Fendi cakap macam tu.

“Apa punya ayat ni? Kau boleh buat orang ingat aku gay okay.” Adam gelak sekadar penyedap rasa. Menutup rasa hatinya. Entah kenapa dia terasa seperti ada satu perasaan halus yang menyelinap masuk ke hatinya. Ini ke cinta? Tapi, takkanlah?

Fendi gelak meriah. Adam yang dikenalinya memang susah betul nak bertegur-sapa mesra dengan mana-mana perempuan sampaikan ada yang kata Adam ni sombong. Well, dia ni memang kerek sikit. Hahaha. Tapi, kerek-kerek Adam ni, dialah kawan hidup dan mati. Adam sanggup buat apa saja demi sebuah persahabatan. Cuma, kali ni sangat pelik sebab Adam macam tertarik dengan perempuan yang baru pindah ke kelas mereka sebulan yang lalu. Mana taknya, kalau dah boleh kata setiap hari, setiap jam dan setiap minit asyik curi-curi pandang je awek baru tu.

“So? Apa yang menarik dengan that girl? Apa nama dia?”

“Julia.”

“Julia? Nice name. So?”

Adam memusingkan kepalanya mencari susuk tubuh yang masih ditempatnya. Langsung tak berganjak. Dan senyuman masih juga di bibir Julia. Masih juga memandang ke luar tingkap. She’s unique. Tak tahu apa yang unik tapi entahlah. Dia suka memerhati Julia. Julia yang macam tak nak didekati tu.

“Dia macam lagi suka bersendirian.”

“Lagi?”

“Dia macam letak barrier around her yang tak kasi orang lain trespassing.” Adam menongkat dagu. Masih leka memandang Julia. Julia yang seolah-olah menyedari dirinya diperhatikan mengalihkan pandangannya dari luar tingkap terus ke hadapan kelas. Bertemu pandang dengan sepasang mata Adam.  Adam terpana. Mata tu...cantik! Dua saat, serentak mereka mengalihkan pandangan mereka. Adam tarik nafas dalam-dalam. Pucat lesi wajahnya macam ternampak hantu. Fendi sengih kambing.

“Oi, kau kenapa? Love is in the air?”

“Diamlah kau.” Adam meraup wajahnya. Jantungnya macam terlebih berkerja pulak tiba-tiba. Cool, Adam. Bawak bertenang. Tarik nafas dalam-dalam. Fendi bantai gelak. Adam mendengus. Bagus punya kawan.

“Dia cantik.”

Who?” Adam angkat kening. Apasal aku macam tak tahu dia cakap pasal siapa ni? Otak aku macam tak mampu nak berkerja pulak lepas terpandang si Julia tu. Okay, over di situ.

“Madam Alisa. Julia la ngok! Kita tengah cakap pasal dia kan?”

Adam diam. Tak memberi jawapan. Cantik? She’s beyond than pretty. She’s...a beauty. A real beauty. Kecantikan yang dia tak pernah nampak pada mana-mana perempuan. Okay, tu hiperbola ke apa? Adam...kau dah kenapa? Susah kau nak puji-memuji perempuan ni. Macam aneh je kan?

“Fendi.”

“Apanya?”

“Aku rasa aku dah gila.”

“Gilakan Julia.”

Pap! “Diamlah kau.” Fendi gelak meriah.



ADAM menolak pintu kayu yang tertutup rapi. Susuk tubuh ibu dan ayah menyapa dua pasang matanya. Adam memberi salam sebelum melangkah masuk. Tangan ibu dan ayahnya disalami sebelum punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Beg sandang ditarik dari bahu dan dibawa ke peha.

“So, apa cerita abang kacak?”

Adam senyum senget. Ayah memang suka panggilnya ‘abang kacak’. “Takde benda menarik la, yah.” Adam memandang sekilas wajah kedua-dua ibu dan ayahnya. “Eh, mungkin ada kot.” Adam mengerah otak.

“Apa yang menarik?”

“Pasal budak perempuan ni.” Adam menanggalkan jam dipergelangan tangannya. Dan sebaik dia mengangkat muka memandang wajah ibu dan ayahnya terpancar riak teruja di wajah mereka. Ah, sudah! Salah topik la ni.

“Jarang Iz nak cerita pasal perempuan ni.” Puan Aminah bersuara. Berubah terus wajah Adam apabila ditegur begitu oleh ibunya. Merah! Mahu sahaja dia berlari naik ke atas mengurung diri di dalam bilik. Malu yang teramat dah ni.

“Kenapa tiba-tiba Iz nak bercerita pasal perempuan ni?” Encik Zul menyoal dengan kening terangkat. Adam garu kepala. Dia terus kehilangan suara dan ayat. Segala ayat yang hendak diucapkan tadi seolah-olah tersekat di kerongkong. Susah betul nak diluah ditambah dengan rasa malu yang bertimpa-timpa.

“Takde apa-apa bu, ayah. Iz naik atas dulu.”

“Haa...nak ke mana tu? Tak habis cerita lagi ni.” Encik Zul masih mahu menyakat. Puan Aminah di sebelah sudah beberapa kali menyiku lengan suaminya tapi Encik Zul buat-buat tak faham dengan isyarat dari isterinya itu.

Adam garu kepala. “Takpelah.” Adam bingkas bangun dengan beg sekolah dibahu. Melangkah selaju mungkin menuju ke biliknya. Kalau boleh dia tak nak ibu dengan ayahnya melihat riak wajah yang dia yakin dah merah macam buah tomato ketika itu. Malu yang teramat sangat. Entah macam manalah mulutnya boleh pulak laju je nak bercerita dengan mereka tentang Julia. Haish, Julia.

“Anak awak malu la tu.”

Adam terus berlari mendaki setiap anak tangga. Okay, memang aku malu! Dia tak mahu menoleh ke belakang pun. Terasa mahu sahaja dibenamkan mukanya ke dalam tanah. Tak tahu nak diletakkan di mana mukanya ketika itu. Memanglah ayah dengan ibu jadi pelik kalau anak teruna mereka yang tak pernah langsung menunjukkan minat pada mana-mana perempuan tiba-tiba bercerita tentang perempuan.

Tombol pintu biliknya dipulas lalu tubuhnya diboloskan ke dalam. Tanpa menunggu lama, dia menghempaskan tubuhnya yang terasa letih ke atas katil. Beg galas dicampak ke sisi katil. Anak mata menengadah siling biliknya yang bercat warna putih susu. Tenang! Hilang sudah rasa malu yang datang bertimpa-timpa tadi. Serentak, tangannya mengetuk kepala sendiri. Julia, huh?

Ada sesuatu yang menarik minatnya untuk mengenali gadis itu. Siapa Julia yang sebenarnya? Kenapa dia macam tak nak didekati? Kenapa dia seperti sengaja meletakkan dinding untuk tidak ditembusi oleh sesiapa? Dia tengah tunggu seseorang untuk membawanya keluar dari dinding tu ke? Tapi siapa? Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya ketika itu sampaikan kadang-kadang dia pening dengan setiap soalan yang datang mengasak tak kira waktu.

Adam meraup wajahnya. Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas. Sudah pukul 5.30 petang. Dia menggeliat – meregangkan segala otot-otot dan saraf yang terasa kejang. Seharian bertapa di kampus memang memakan hampir seluruh tenaganya. Dia bingkas bangun dari pembaringan apabila teringat dirinya yang masih belum menunaikan kewajipan.

T-shirt kelabu yang tersarung di badan ditanggalkan dan terus baju itu dicampak masuk ke dalam bakul baju kotor yang memang disediakan di biliknya itu. Tuala merah di penyidai kayu di hujung bilik dicapai lalu langkah kaki di atur menuju ke bilik air. Pintu bilik air ditutup dan bercucuran air kedengaran dari arah dalam.



JULIA menongkat dagunya dengan tangan kanan memandang ke luar tingkap. Senyuman terus terbit di bibirnya melihatkan apa yang terhidang di depan matanya. Sejak dia bertukar kelas sebulan yang lalu dia masih tidak mampu bergaul dengan sesiapa pun di dalam kelas itu. Ah, kelas sebelum itu pun tiada siapa yang mahu menegur, jadi dia tidak mengharapkan apa-apa. Dia tidak kisah jika tidak ada yang mahu menegurnya. Dia jadi lali.

Faktor pertukaran kelasnya adalah disebabkan beberapa jadualnya yang bertindih sesama sendiri sehingga dia terpaksa menukar beberapa kelas. Dia menghela nafas panjang. Sesekali dia menggosok-gosok matanya yang terasa gatal. Tudung yang menutupi rambutnya dibetulkan dengan tangan kiri.

“Hai.” Satu suara menyapa.

Julia yang sedang ralit memandang ke luar tingkap terus berpaling mencari empunya suara yang menegur. Berkerut dahinya saat anak mata menangkap susuk tubuh yang sudah duduk di hadapannya dengan senyuman tersungging di bibir. Eh?

“Julia?”

Angguk. Lelaki di hadapannya masih lagi dengan senyuman yang sama. Pandangan lelaki itu tampak lembut dan tenang memandang ke arahnya. Terus luruh segala tembok penghadang yang sengaja di bina disekelilingnya.

“Saya, Adam. Adam Izzaq.”

“Julia. Nur Julia.” Air liur ditelan beberapa kali. Punggung sudah terasa panas – tak selesa. Dia jadi kekok. Tak pernah ada sesiapa yang menegurnya seperti yang dilakukan oleh lelaki di hadapannya. Dia orang pertama.

“Tak apa ke saya kacau ni?”

“Bukan saya buat apa-apa pun.” Dia sudah pun tunduk menekur permukaan meja. Cepatlah pergi, cepatlah. Aku tak selesa.

Wanna join me?”

Julia membulatkan biji matanya. “Hah?” Pelawaan ke apa ni.

“Dari awak duduk sorang kat sini, duduk dengan saya sekali. Nak?” Lembut suara Adam menyapa gegendang telinganya. Julia menggaru pangkal tengkuknya. Nak jawab apa? Rasanya sudah agak lama dia tidak dipelawa begitu.

It’s okay. Saya selesa kat sini.”

If you insist saya takkan paksa but kalau awak nak group untuk kerja berkumpulan nanti, you can come to me.” Adam menarik senyuman manis. Julia terpana. Senyuman ikhlas. Sudah lama dia tak disapa dengan senyuman seikhlas itu. Selama ini, hanya pandangan jijik dan hina yang diterima. Semua kerana status dirinya – anak luar nikah.

“Tengoklah macam mana.” Dingin. Tanda yang dia mahukan perbualan mereka yang tiada isi itu ditamatkan segera.

Adam mengeluh. Kenapa terlalu dingin layanan yang diterima. Siapa Nur Julia yang sebenar? Kenapa terlalu sukar untuk wajah manis itu melemparkan senyuman untuk orang disekelilingnya tetapi terlalu murah senyuman itu saat matanya memandang ke luar jendela. Bila dia di dalam dunianya? Apa yang bermain di benaknya?

“Julia.”

“Awak tak mungkin nak berkawan dengan saya kalau awak tau siapa saya sebenarnya.” Perlahan nada suaranya menuturkan ayat itu. Seolah-olah sedang bercakap dengan dirinya sendiri. Pandangannya masih lagi pada permukaan meja. Ada nada sendu dihujung ayatnya.

“Saya tak peduli siapa pun awak. Berkawan tak perlukan semua tu, kan?”

“Semua orang pentingkan status. Semua orang nakkan seorang kawan yang baik tapi saya tak mampu jadi semua tu.” Suaranya sedikit meninggi. Entah kenapa dia jadi emosional tiba-tiba. Siapa Adam Izzaq? Untuk apa dirinya didekati? Apa yang dia mahukan? Biarkanlah aku sendirian. Pedulikan aku.

“Julia...”

“Awak tak perlu tegur saya. Saya okay.”

Adam menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa masalah yang dia hadapi? Pandangan matanya dilirikkan ke arah Fendi yang setia menjadi pemerhati. Fendi hanya menjungkitkan keningnya. Adam geleng kepala.

If you need someone to talk, I’m here.”

Terus dia melangkah meninggalkan Julia ditempatnya. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan. Wajah Fendi yang penuh dengan tanda tanya menjadi tatapannya.

“So?”

“Entah.”

“Entah?”

Angguk. “Dia macam mengelak nak berkawan.” Adam menyebak rambutnya ke belakang dengan tangan kanan. Hanya itu yang mampu bibirnya lantunkan. Julia...

No comments:

Post a Comment