Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Tuesday 17 December 2013

Aduhai Redza



Assalammualaikum :)

Nak berkongsi rasa kagum, teruja dan gembira di atas kelahiran 'baby' pertama *bunyi mercun* Okey, terlebih pulak. Hahaha. Jadi, ini adalah cover page untuk novel Aduhai Redza atau tajuk asalnya Rex dan Tia. Pasti sesiapa yang pernah terjumpa, tersinggah atau terfollow blog kisah-yang-tak-sempurna.blogspot.com yang kini tidak lagi meninggalkan jejak cukup arif dengan tajuk Rex dan Tia itu *kening kening*

Ya, anda tidak salah lagi! Rex dan Tia kini sudah pun dibukukan dan berjaya jugak cerita ini ditamatkan. Fuhhh *kesat peluh di dahi* Adalah dalam dua tahun lebih jugak nak siapkan Rex dan Tia dan akhirnya berjatya jugak.

Jadi, apa saya nak cakap kat sini? Silalah dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda. Gitu. Dan sebarang feedback sama ada positif atau negatif amatlah dialu-alukan. Ia untuk peningkatan mutu penulisan di masa akan datang (ayat skema habis) Haha. Tapi, apa yang boleh saya katakan cerita ini cerita ringan untuk mengisi kelapangan masa korang semua. Tengah boring-boring tu bolehlah baca cerita agak ketidakmatangan ini.

Terima kasih kepada pihak Jemari Seni kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya. Selama ni berkarya dalam blog je. Sekarang dah ada buku sendiri. Seronok! Itu jelah rasanya nak dicoretkan di sini :)

Blurb di belakang buku :

dalam tak sedar, sebenarnya dia memendam perasaan pada seseorang
Kali pertama Rex bertemu dengan gadis itu, setahun yang lepas di tepi tasik. Dan entah kenapa, hatinya terus terpaut pada gadis itu. Sekelip mata gambar Tia sudah pun berada di dalam telefon bimbitnya. Bukan satu tapi enam! Semua berlaku di luar kawalannya.
Kalau aku boleh suka dia dalam diam untuk setahun lepas, dengan tak kenalnya, takkan aku tak boleh nak suka dia untuk sepuluh tahun lagi, kan? – Muhammad Redza
Hari pertamanya di tempat baharu, Tia sudah bertembung dengan ‘geng’ bermasalah. Yang seorang ceria tak cukup mulut. Yang seorang lagi pandang orang pun macam kita ni ada buat salah! Tapi, dalam pada renungannya yang tajam itu, senyumannya pula membuatkan Tia terpanar.
Senyuman dia… senyuman membunuh. Membunuh jiwa! – Tia Ameena
Namun, kerana sebuah janji yang tak tertunai, mereka terpisah. Tiada yang mahu ke depan menguraikan simpulan. Susah kalau kedua-duanya keras kepala! Yang di tengah-tengah pula sudah pening kepala. Aduh! Mungkin… bukan jodoh mereka?


1 comment:

  1. Arghhh macam mana boleh terlepas pandang ni.. =((
    insyaAllah akan daku dapatkan jugak nt...
    anyway, tahniah pitak.. dah dapat peluk 1st baby.... <3

    ReplyDelete