Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Tuesday 24 December 2013

Elena

Melodi Need You Now – Lady Antebellum berlagu dari arah letaknya grand piano di sudut paling kanan café sederhana besar itu. Beberapa pelanggan yang berada di dalam café itu begitu asyik menghayati melodi yang berlagu indah hasil jari-jemari gadis berambut panjang yang dibiarkan lepas tidak berikat. Matanya terpejam rapat cuba melahirkan rasa dari hati agar melodi itu sampai ke hati setiap yang mendengar.

Dari kaunter minuman tidak jauh dari grand piano itu, seorang lelaki sedang khusyuk memandangnya tanpa jemu. Dari mula gadis itu melangkahkan kakinya masuk ke café itu, menyapa mesra pengurus café tersebut sehinggalah tubuhnya dibawa ke arah grand piano yang sepertinya tersedia untuk si gadis manis itu.

Dan seperti kebiasaannya, gadis itu akan mengenakan skirt labuh berwarna hitam dengan kemeja lengan panjang yang terletak elok pada tubuhnya. Rambutnya yang panjang separas pinggang jarang sekali diikat – dibiarkan lepas. Kalau ada pun, sekali-dua. Itu pun kerana cuaca yang agak panas dan berbahang biar pun tersedia penghawa dingin di dalam café itu.

Lama wajah gadis yang bersih dari sebarang alat solek itu diperhatikan. Jantung terasa bagai nak diluruh. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu. Dari awal gadis itu meminta untuk menjadi pianist sementara di café itu sehinggalah dia ditawarkan untuk menjadi pianist tetap di situ. Mana mungkin pengurus mereka melepaskan gadis yang berbakat sepertinya? Alunan melodi hasil dari jari gadis itu terlalu indah untuk didengar. Dan sesiapa sahaja yang mendengar pasti bagai dipukau.

“Qil, kut iye pun tak payah tenung budak tu sampai tembus.” Tegur satu suara dari arah belakang sambil menepuk bahunya. Aqil tersentak. Memerah mukanya apabila ditegur begitu. Kantoi busuk!
               
 Kain lap dicapai dan dia mula mengelap kaunter tersebut. “Mana ada.” Nafinya. Ekor mata mengerling ke arah Sein yang sedang tersengih-sengih memandangnya dengan kening terjongket. Memang malang nasib seorang Aqil Adrian terkantoi dengan Sein hari ni. Dahlah dia ni kuat membahan.

 Sein senyum sinis. “Mana ada kau tu jangan ingat aku tak nampak. You like that girl, ey?” Sein masih dalam mod menyakat. Seronok apabila melihat Aqil terkulat-kulat macam cicak tertelan skru gitu. Berdiri pun serba tak kena. Riak muka tu paling tak tahan. Resah semacam.

Aqil mengerutkan hidungnya. “Mana ada.” Dah-dahlah membahan aku Sein oi. Aku tak mampu nak cari ayat cover dah ni. Tangan masih lagi bergerak mengelap permukaan kaunter tersebut. Sesekali ekor matanya mencuri pandang ke arah gadis yang tampak hanyut dengan dunianya. Jari-jarinya masih lagi berlari di atas kekunci piano. Melodi Need You Now sudah berganti dengan melodi A Thousand Years – Christina Perri.

“Qil, kalau suka just say it. It won’t hurt to confess.” Sein sudah mula masuk jarum. Bukannya dia tak perasan yang Aqil ada hati dengan gadis yang tampak tenang dengan dunia musiknya. Seperti tiada apa-apa yang dapat menganggu ketenangannya itu. Rasanya sejak dari awal pertemuan Aqil dengan gadis itu dia sudah dapat mengagak tentang perasaan Aqil Adrian itu.

Dia menggelengkan kepalanya. Bibir mengoyak senyuman segaris. Pahit. Tawar. “Life is not that easy.”

Indeed but you can make life easy. Just be true to yourself. Confess.”

Aqil menarik nafas dalam sebelum perlahan-lahan menghembusnya keluar. Tangan sudah berhenti dari mengelap permukaan kaunter. Kain lap berwarna biru berjalur putih itu dilipat kemas. “I’m not a guy who has the guts to confess, Sein. You know it.” Balas Aqil rendah. Takkanlah Sein tak tahu lagi peribadi seorang Aqil Adrian. Daripada bersusah payah meluahkan, dia lebih senang memendam. Terus memandang dari kejauhan.

“Kau nak tengok dia dengan orang lain?”

Life is not that easy.” Ulangnya lagi. Lemah. Langkah kaki terus dibawa ke belakang. Meninggalkan Sein di kaunter itu seorang diri. Sein hanya mampu menggelengkan kepalanya.

***
NICE performance, El.” Puji pengurus café, Lydia yang kebetulan berada di café itu atas urusan yang perlu diselesaikan.

Elena yang sedang mengemas music notes terus angkat kepala. Bibir menarik senyuman paling manis. “Thanks.” Lembut dia bersuara. Music notes ditangan dimasukkan ke dalam beg kelabunya. Pandangannya dihalakan sekilas ke arah kaunter minuman. He’s not there. Riak kecewa terpancar pada wajah. Café yang diuruskan cik Lydia ni ada kaunter minuman ala-ala mini bar. Kat situ boleh pesan segala macam jenis kopi yang ada.  

Lydia yang perasan akan perubahan riak wajah Elena mengulum senyuman nakal. “Aqil ada kat kitchen. Dia ada. He’s been watching you from the counter.” Lydia memberitahu. Ada nada mengusik di hujung ayatnya.

Memerah muka Elena mendengarkan kata-kata yang baru keluar dari mulut Lydia. Duduknya terasa canggung. Mahu sahaja dia menyorok di bawah grand piano itu. Malu! Ya, dia teramat malu ketika itu. “Oh, err okey.”

Do you like him?”

Berkerut dahi Elena. “Who?” Kenapa aku macam tak boleh tangkap apa yang cik Lydia cuba sampaikan ni.

My staff. Aqil Adrian. You like him, do you?” Lydia memandang lama wajah Elena yang manis tanpa sebarang alat solek itu. Hanya dengan secalit pelembap bibir dan bedak nipis sudah cukup untuk gadis itu tampak cantik dan manis. Masakan tiada lelaki yang akan jatuh hati pada Elena.

Elena menggelengkan kepalanya laju-laju. Hesy, cik Lydia ni. Ke situ pulak dia. “Taklah. It just that, the way he looks at me and the way he listens to my music, entahlah. Tak tau macam mana nak kata. Lain?” komen Elena. Ya, itulah yang sebenarnya atau tidak. Hakikat sebenarnya Elena sudah pun jatuh hati pada lelaki itu. Lelaki yang pertama kali menyapanya di muka pintu sewaktu dia ingin mencuba nasib sebagai pianist di café itu. Lelaki yang melemparkan senyuman manis ke arahnya. Lelaki yang tanpa sedar telah mencuri sekeping hatinya hanya dengan senyuman.

“Betul ni? But I just want to let you know something.”

Elena angkat kening. Apa ajelah cik Lydia ni. Kalau cik Lydia nak beritahu yang mamat tu dah berpunya, baiklah simpan je hasrat tu. Aku tak nak tau. Boleh hancur hati aku kalau tau.

He likes you.”

Hampir-hampir sahaja Elena menjerit mendengarkan tiga patah perkataan itu. He likes you. Seriously? He likes me? Betul ke apa aku dengar ni? Lama dia memandang Lydia yang sedang mengulum senyuman. Senyuman penuh makna. Elena rasa nak menari tango tika itu. Tak tau nak digambarkan apa perasaannya ketika itu. He likes me? For real?

“Cik Lydia ni ada-ada je kan?” Elena ketawa kecil. Cuba menutup rasa hati yang kalau nak diikutkan dah berbunga-bunga. Habis kembang segala urat sarafnya ketika itu. Yelah, siapa je tak macam diawang-awangan apabila diberitahu seseorang yang disukai dalam diam turut sama menyukai kita?

I’m just telling you. Well, it won’t hurt if you drop at the counter and say hi to him.” Lydia mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi meninggalkan Elena terpinga-pinga di situ. Say hi to him? Me? Elena? Just kill me already.

***
AQIL memandang lama grand piano di sudut paling kanan café itu. Nafas dihela panjang sebelum dihela keluar. Entah kenapa melihatkan grand piano itu sahaja sudah cukup membuatkan dia rasa senang. Seolah-olahnya gadis itu ada di situ sedang tersenyum manis ke arahnya. Ah, gila! Aqil Adrian dah gila.

Bunyi loceng café mematikan lamunan Aqil. Refleks kepalanya dipalingkan ke arah muka pintu café itu. Dan saat itu masa sepertinya terhenti. Lama wajah gadis di muka pintu itu diperhatikan. Gadis piano! Teragak-agak bibir menarik senyum segaris. Sekadar cukup syarat. Senyumannya berbalas.

Perlahan-lahan gadis itu mengatur langkah menghampiri kaunter minuman. Beg kelabunya diletakkan di atas kaunter. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tinggi menghadap Aqil. Aqil telan air liur berkali-kali. Tika itu café masih lagi lengang tiada pelanggan. Yelah, waktu itu baru sahaja pukul 11 pagi. Masih awal lagi. Selalunya café itu akan dipenuhi pelanggan sekitar jam tiga petang dan sehinggalah ke tengah malam.

Can I take your order, miss?” Aqil bersuara. Menu dihulurkan kepada gadis di hadapannya. Dia cuba mengawal riak mukanya agar tidak ketara resah yang dirasainya ketika itu.

Can I have one white coffee, please? Make it mild.” Menu dihulurkan kembali.

Aqil menganggukkan kepalanya. Menu dicapai semula. Dia bergerak ke kanan kaunter. Mencapai cawan yang tersusun elok di atas rak. Tangan mula bergerak membancuh kopi seperti yang dipinta. Sesekali dia berpaling ke belakang, cuba mencuri pandang gadis yang sedang menongkat dagu memandang ke arah piano. She’s pretty. Detik hatinya.

Kopi yang sudah siap dibancuh diletakkan di hadapan gadis itu. Elena menarik senyuman segaris. “Thanks.” Tangan mencapai cawan tersebut. Perlahan-lahan cawan dibawa rapat ke bibir. Aqil hanya memerhati. “Awak Aqil, kan?”

Aqil jongket kening. “How did you…?

“Cik Lydia beritahu.”

“Oh.” Hujung jari telunjuk menggaru pelipis kanan. “Your name?”

“Elena.” Cawan diletakkan semula di atas kaunter. Hujung jari telunjuk dipusing-pusingkan di sekeliling cawan itu. Otak cuba merangka ayat untuk memulakan perbualan. Ah, sudah! Aku bab nak mulakan conversation ni gagal betul. “Saya perasan awak selalu perhatikan saya.”

Aqil buat muka terperanjat. “You do?”
               
No, I mean, masa saya main piano.”

“Oh. Saya suka cara awak main. I mean, the melody. How should I say this? Nice?

Elena ketawa kecil. Tangan kanan menongkat dagu. Memandang tepat wajah Aqil yang tampak serba-salah. “Thank you for your compliment.” Lembut. Ikhlas. Entah kenapa lelaki di hadapannya terlalu menarik di matanya. Jarang seorang Elena untuk ada apa-apa perasaan pada lelaki. Tambah-tambah lelaki itu baru dikenali.

Aqil menganggukkan kepalanya. “Elena.”

Hmmm?”

Aqil menggaru batang hidungnya. Ah, apa aku nak cakap sebenarnya ni? Dia cuba mencari ayat sesuai. Perlu ke aku luahkan? Atau biarkan terus tersimpan di hati? But, it won’t hurt to try. Well, here goes nothing. “Saya…well, saya ada benda nak beritahu awak.”

“Okey.”

“Saya…erm saya suka awak?”

You do?” nada terperanjat. Serius? Tika itu dia jadi teringat kata-kata cik Lydia semalam. Ah, sudah! He do likes me.

“Err, yeah.”

Elena senyum nipis. “Guess what? I feel the same too.”

Aqil pandang Elena dengan riak tak percaya. Elena ketawa kecil. Dan cerita cinta mereka baru sahaja bermula.

***

p/s : some crappy love story. I know, I know.



2 comments: