Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Friday 10 May 2013

Diari Buat Razz [1]


1
Farha menongkat dagu sambil memusingkan pensel mekanikal ditangannya ala-ala bilah helikopter. Patah perkataan yang tercetak di atas helaian buku itu dipandang lama. Macam nak tembus je gayanya. Terpejam celik matanya. Tak faham! Keluhan dilepaskan.  

Pandangan sudah pun dialihkan dari muka surat yang terbuka ke setiap isi di dalam kelas itu. Ada yang sedang bercengkerama, mengulangkaji pelajaran dan ada juga yang sekadar membaca novel. Yelah, cikgu ada mesyuarat katanya maka masa untuk naik hantu. Masing-masing tak sedar diri dah nak SPM agaknya. Hm, lantaklah.

Keluhan kecil sekali lagi terlepas dari bibir. Pensel mekanikal diletakkan di atas buku yang terbuka. Jari telunjuk dan ibu jari memicit pangkal hidungnya. Penat. Kelopak mata ditutup serapat-rapatnya. Rasa nak termuntah menghadap ayat yang sama sejak dua puluh minit yang lepas. Fahamnya langsung tak. Dah macam tulisan Jepun je gamaknya.

Terasa bahu ditepuk dari arah kanan. Kelopak mata yang tertutup dibuka. Memandang ke arah kanan dengan senyuman nipis. “Buat apa?” Sapa Airin. Tangannya menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.

“Tak buat apa-apa. Kau dari mana?” Dia pula menyoal. Memandang atas bawah Airin yang menjadi temannya di dalam kelas. Yelah, Farha Alisa kan sombong orangnya, mana ada yang nak berkawan. Dia mencebik. Kenal pun tidak, sesuka hati cop orang sombong.

Tangan mula mengeluarkan buku teks dari laci meja. “Jumpa cikgu Siti.” Tangan kiri menghulur coklat kepada Farha. Coklat sudah beralih tangan. Pembalut coklat dibuka dan disumbat ke dalam mulut. Dikunyah perlahan-lahan. Sedapnya!

“Rin, hari ni tumpang rumah kau boleh?” Farha mengetuk-ngetuk permukaan meja dengan hujung jari. Pandangannya dihala ke luar kelas memandang beberapa pelajar yang berlari entah kenapa. Lambat-lambat kepalanya dikalih memandang semula Airin di sebelah. Takut juga kalau-kalau Airin tak membenarkannya bermalam dirumah. Dah la dia sangat tak selesa dirumah sendiri.

“Kau tak okay lagi dengan mama baru kau?”

Kepala yang tak gatal digaru. “Bukan tak okay cuma aku macam tak diperlukan dalam rumah tu.” Dia membalas rendah. Tiap kali memikirkan dia yang bagaikan halimunan di dalam rumah sendiri dia jadi sedih. Sejak papa berkahwin lain, seorang Farha Alisa macam dah tak diperlukan. Langsung tak dipedulikan.

“Papa kau tak kisah ke?”

“Pernah ke dia kisah?” Gumamnya rendah. Tubir mata terasa panas. Namun, sedaya upaya dia menahan air mata dari jatuh membasahi pipi. Dia tak nak berterusan menangis. Dia tak nak jadi lemah. Dia tak nak terus dihambat rasa sunyi.

“Al, cuba kau cakap dengan papa kau.”

“Papa dah ada keluarga baru. Aku watak tak penting.” Bibirnya diketap kuat. Papa dah tak sayang aku, Rin. Aku bukan anak dia lagi. “Boleh tak aku tumpang rumah kau?”

Airin menganggukkan kepalanya. “Boleh. Baju kau pun ada kat rumah aku.”

Dia menarik senyuman segaris. “Thanks, Rin.

Airin membuka buku teks. Memandang sekilas ke arah Farha dengan senyuman di bibir. “Kau kawan aku, Al.” Hujung jari menekan dahinya. “Kau tak pergi library hari ni.”

Farha mengangguk. “Pergi. Aku datang rumah kau lambat sikit, eh?”

“Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau.”

Farha senyum senang.



LAMA dia memandang lelaki yang duduk selang dua meja dari tempatnya tika itu. Sesekali bibir mengoyak senyuman segaris bila lelaki itu membuat aksi aneh-aneh pada pandangannya. Kemudian, matanya jatuh pula pada jam tangan pemberian arwah mama yang sudah tiga tahun usianya. Ah, tiba-tiba jadi rindu pula pada arwah mama.

Sudah hampir dua tahun mama pergi meninggalkan seorang Farha Alisa sendirian dengan papa. Mama yang menghidap kanser otak disahkan meninggal pada Jumaat pagi, sewaktu Farha dalam perjalanan hendak ke sekolah. Anak mana yang tak terkilan bila di saat Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawa mamanya, dia tidak di sisi?

Tangan laju menyelongkar sling bag, mengeluarkan buku kecil berwarna biru tua. Penutup buku dibuka, mencari halaman kosong untuk ditulis. Pen biru di atas meja dicapai dan dia mula melarikan mata pen di atas helaian kosong itu.

                Dear mama,
               
                Al, rindukan mama. Terlalu rindukan mama. Kenapa mama tak bawa sekali Al pergi? Papa dah tak sayang Al. Al dah takde sesiapa lagi kat dunia ni. Al nak mama.

Tubir mata terasa panas. Ah, sudah. Jangan menangis Farha Alisa. Not here. Mata pen kembali berlari di atas helaian yang sudah bertulis itu.

             Mama, Al rindukan kari ayam mama. Al rindukan suara mama. Al rindukan senyuman mama. Al rindukan pelukan mama. Al rindukan semuanya.
             Mama, macam mana Al nak teruskan hidup? Papa dah lupakan Al. Pada siapa Al nak menumpang kasih?

Buku kecil berwarna biru tua itudirenung lama. Hujung jari telunjuk menyeka air mata yang bergenang. Ah, emosinya aku. Tangan menyelak pula helaian seterusnya. Dah, jangan kalah dengan emosi Farha Alisa. Apa kata tulis sesuatu yang menyeronokkkan? Perlahan-lahan bibir menarik senyum nipis.

                Hello hello. Guess what?
Hari ni aku nampak dia lagi.
                Dia pakai collar t-shirt warna hitam. Dia suka warna hitam ke?
                Hari ni dia buat muka pelik. Kelakar.
                Agak-agak apa nama dia?

Buku kecil itu disimpan semula ke dalam sling bag. Nafas ditarik dalam sebelum dia kembali menghadap patah-patah perkataan yang dah tak nampak macam huruf tu. Bila aku nak mula faham apa yang ada dalam buku ni? Rungutnya di dalam hati.



RAZZ menolak bingkai cermin mata dengan jari hantu. Sesekali hujung pensel mekanikal ditangan menggaru-garu kepala yang berserabut. Naik berpinar juga mata dok menatap buku setebal dua inci dengan segala perkataan yang sejak tiga puluh minit lepas cuba dihadam. Nafas dihela panjang.

Tubuh sudah pun bersandar ke belakang. Kepala didongakkan memandang siling perpustakaan sebelum matanya mula menjalankan tugas menganalisa setiap inci perpustakaan itu. Dan automatik juga bibir mengukir senyum bila anak matanya terpandang budak perempuan bertocang kuda yang duduk selang dua meja dari tempatnya.
                
Tangan kanan sudah pun menongkat dagu. Lama anak matanya memfokuskan pandangan pada budak perempuan yang tak diketahui namanya itu. Entah kenapa budak perempuan itu nampak menarik pada pandangan matanya. Gayanya? Mungkin. Tocang kuda tu? Hahaha. Boleh jadi juga. Atau wajah yang tenang tu? Pergh, Razz dah gila.
                
Refleks dia mengetuk kepalanya sendiri. Gila dah kau Razz. Tenung anak orang macam nak telan. Tapi, entah kenapa macam ada daya penarik pada budak perempuan tu. Dia buat aku nak terus pandang dia. Ada magnet ke apa budak ni? Dah macam satu habit pula tiap kali datang ke perpustakaan itu.
                
Dia bukanlah seorang yang suka duduk berjam-jam di tempat yang sunyi macam di tanah perkuburan tapi disebabkan cik adik bertocang kuda tu dia gagahkan juga ke perpustakaan tiap kali dia balik ke rumah hujung minggu begitu.
                
Sekali lagi budak perempuan bertocang kuda itu dipandang sebelum anak mata kembali tertumpu pada patah-patah perkataan yang dah macam tulisan Jepun di hadapannya. Jari telunjuk dan ibu jari memicit pangkal hidung. Ish, tak boleh jadi ni.
                
Terus dia menyeluk poket seluar jeans. Blackberry dikeluarkan dari poket seluar. Tangan laju ke aplikasi Whatsapp. Ibu jari mula bergerak ke atas dan ke bawah mencari mangsa untuk ‘dikacau’. Bibir mengoyak senyuman lebar. Dah jumpa! Laju jarinya menaip di atas kekunci qwerty itu.

                Topek
                Woi
                Kau buat apa?
                Aku bosan.
                Lepak jom malam ni hehe

                
Sudah agak lama dia dan kawan baiknya, Topek tu tak bersua muka. Nak kata dia jarang balik, boleh kata setiap minggu bumi Melaka tu ditinggalkannya untuk balik ke rumah. Tak boleh oi! Aku anak umi. Tekak aku boleh terima masakan umi je. Lagi lama aku duduk kat Melaka tu mahu tinggal tulang je aku yang dah sedia kurus ni. Eh, tak tak. Aku berisi. Haha.
                
Dua minit kemudian, Blackberrynya bunyi. Eh, lupa nak silent. Terus Blackberry tu ditukarkan ke mode senyap. Hamboi, Razz. Laju dia membuka aplikasi Whatsapp.

                Topek
                Memang kau cari aku time bosan je Razz.
                Cilaka lu. Hahaha
                Set! Pukul berapa?

                
Razz menggelengkan kepalanya. Tak guna punya Topek. Mana ada aku cari dia waktu bosan je. Tiap waktu pun aku cari apa. Otak memikir ayat hendak dibalas kepada kawannya itu. Sesekali ekor matanya melirik pada budak perempuan di meja sebelah sana. Aduh, macam ketagihan pulak nak tengok budak tu.

                Topek
                Lepas Isyak la.
                Kau tau la umi aku macam mana.
                Aku kan anak kesayangan umi. Hahaha.

                
Dia ketawa sendiri. Menggelabahnya ayat kau Razz. Kalau Topek baca ni mahu dia maki kau berbakul-bakul dengan kepoyoan kau tu. Pandangan dari skrin kembali pada muka surat yang dari tadi tak beralih. Masuk kali itu je dah empat puluh kali dok mengulang baca ayat yang sama. Apa yang susah sangat nak faham entah?
                
Tak lama kemudian, ada balasan dari Topek. Laju dia membaca. Yelah, tak sabar nak tau jawapan balas dari Topek.

                Topek
                Pigi dah.
                Umi kau bosan dah tengok muka kau.
                Tak jantan la balik tiap minggu.

Ceh! Sempat tu nak mengenakan aku.

                Topek
                Aku sayang umi aku
                Hahahaha
                Jumpa malam ni. Mamak belakang rumah aku.

                
Selesai membalas terus sahaja dia mengemas segala alat tulis dan buku-buku di atas meja. Give up! Tak mampu dah nak berlama di dalam perpustakaan itu. Boleh mati kebosanan dibuatnya. Ini pun sebab cik adik tocang kuda tu. Dari pengamatan aku, rasanya budak sekolah lagi. Eleh, Razz. Yakin je kau. Dia sengih sendiri.
                
Segala buku dan peralatan menulis dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam-kelabu itu. Beg digalas. Punggung diangkat, Tangan kanan menolak kerusi ke dalam. Langkah kaki diatur ke pintu keluar. Kepala dipalingkan empat saat, memandang si tocang kuda sebelum dia keluar dari perpustakaan itu menuju ke tempat letak motosikal.


1 comment:

  1. Okayy. Aku da stary baca. Baik kau update cecepat. :D

    ReplyDelete