Dia memandang budak
lelaki yang masih lagi terkial-kial mengikat tali kasutnya. Kedua-dua belah
tangannya sudah pun disilangkan dan dibawa rapat ke dada. Geram! Entah apa yang
lambat sangat ikat tali kasut pun dia tak tau. Dasar anak orang kaya! Jangan
kata ikat tali kasut pun maid yang
buat. Over!
“Weh, cepatlah!” Nada
suaranya meninggi. Anak mata masih tepat memandang tubuh budak lelaki yang
masih lagi menunduk – tekun mengikat tali kasut. Budak lelaki itu mengangkat
wajahnya takut-takut. Berkerut-kerut dahinya memandang budak perempuan
bertocang dua di hadapannya.
“Err, kejap. Tak boleh
ikat.” Ujarnya takut-takut. Damira mendengus. Langkah kaki dibawa menghampiri
budak lelaki itu. Dia sudah pun duduk mencangkung separas dengan budak lelaki
yang masih lagi menunduk – cubaan mengikat tali kasut.
Damira menggelengkan
kepalanya. “Meh sini aku ikatkan.” Terus tali kasut berwarna putih itu bertukar
tangan sebelum sempat budak lelaki tadi menghalang. Dan tak sampai pun seminit
tali kasut tadi sudah elok berikat. “Nah, siap! Benda senang pun tak reti.”
Damira mencebik. Menyampah.
“Terima kasih, Mia.”
Budak lelaki itu bersuara dengan senyuman nipis di bibir. Namun, riak wajahnya
masih terpancar riak takut-takut. Anak matanya hanya sempat bertembung pandang
dengan sepasang anak mata Damira untuk dua saat sebelum dia mengalihkan
pandangannya ke arah lain.
Damira bingkas bangun.
“Dah, cepatlah. Lambat aku tinggal.” Dan terus dia melangkah laju meninggalkan
budak lelaki tadi.
***
“DAMIRAAAAAAAAA”
Damira yang sedang
menongkatkan dagunya dengan tangan kanan tersentak. Habis terus lamunan pada
zaman kanak-kanaknya dulu. Berganti dengan wajah Ayu yang sedang
tersengih-sengih macam kerang busuk.
Damira mengangkat
keningnya. “Apa?”
Ayu masih lagi dengan sengihannya.
Punggungnya dilabuhkan berhadapan dengan Damira. Damira sudah pun menegakkan
tubuhnya memandang terus wajah Ayu. “Kau ni dah kenapa? Tersampuk ke?” Damira
dah rasa nak hempuk Ayu dengan buku setebal dua inci di depan mata. Seriau tahu
tengok orang dok sengih-sengih gitu?
“Apa cerita semalam?”
Damira kerut dahi.
Semalam? Kenapa dengan semalam? Rasanya semalam lepas je habis kelas aku terus
balik. Tak ke mana-mana pun. Ke ada? Cuba fikir, cuba fikir. Ada apa dengan
semalam…? Eh? Damira memandang wajah Ayu dengan muka kau-nak-tanya-pasal-tu-ke.
Dan Ayu yang dapat membaca riak wajah Damira hanya mengangguk.
Damira mengeluh.
Malasnya. “Apa yang kau nak tau?”
“Kau terima dia? Dia confess ke?”
Damira menggaru-garu
kepalanya yang tak gatal .”Err, tak?”
“Tak untuk yang mana?”
“Untuk yang aku terima
dia tu.” Damira menjawab malas-malas. Kalau boleh dia nak aje pura-pura sakit
perut dan berlari ke tandas untuk mengelakkan dirinya dari terus diasak
soalan-soalan Ayu. Ayu kalau datang rasa ingin tahu dia tu mahu tiga hari tiga
malam dia menyiasat macam polis pencen.
Ayu membuntangkan biji
matanya. “Apasal? Dia tak cukup hot
ke untuk kau? Wehhhh! Bagi aku sebab yang rasional kenapa kau tolak dia?”
Kedua-dua belah tangannya memegang kuat bahu Damira kiri dan kanan. Mukanya
juga hanya beberapa inci sahaja dari wajah Damira dan Damira dah rasa macam nak
humban Ayu dalam longkang. What the…?
“Yang kau beria-ia
sangat ni kenapa? Kalau kau nak sangat kat dia, ambiklah. Aku kasi free.” Damira menolak wajah Ayu supaya
menjauhinya. Oh, rimas! Rimas! Ayu ni pun, drama
queen sangat. Memang padanlah dengan gelaran drama queen tu.
“Kalau dia nak kat
aku, dah lama aku terkam. Masalahnya dia nak kat kau! Nur Damira Izana. Kesian
Izzi tau.” Ayu sudah pun menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan.
Damira yang melihat dah naik pening. Macam manalah aku boleh berkawan dengan
dia ni.
Damira memandang wajah
Ayu. Lama. Otak cuba merangka ayat nak kasi Ayu faham. Rasanya dah berjuta kali
jugak dia cakap kat Ayu yang dia tak nak dan tak akan berkasih cintan cintun
eww eww tu semua. Tak faham lagi ke? Nak cakap bahasa apa baru faham?
“Ayuni Mirsa, saya Nur
Damira Izana dah penat nak kasi awak faham yang saya tak nak bercinta! Couple? Pakwe makwe. Not my thing, okay!” Damira angkat
kening kanan. Kalau yang ni pun tak faham jugak aku tak tau nak buat macam mana
lagi. Kena belajar bahasa lain pulaklah gamaknya.
Ayu menghela nafas
panjang. “Aku tak fahamlah kau ni. Ramai je nak buat kau jadi awek tapi semua
kau tolak. Ke kau dah ada yang kau tunggu?” Ayu menyoal dengan muka hairan.
Damira mengalihkan pandangan ke luar tingkap kelas. Memandang gazebo yang
tersusun cantik di laman kampus mereka. Dan entah kenapa seraut wajah itu yang
melintas di fikiran. Ah, kenapa aku ingat budak selebet tu?
Tangan kanan menongkat
dagu. “Tak. Aku tak rasa nak buat semua tu.”
“So, memang betullah kau tunggu someone?”
Damira menggelengkan
kepalanya. “Tak.” Ni apa punya kawan tak faham bahasa Melayu ni? Bukan aku kata
tak ke tadi? Makanya tak. Hm.
“Tapi mata kau
menggambarkan yang lain.” Ayu mengulum senyum. Damira tidak membalas. Lebih
senang membiarkan ayat yang baru keluar dari bibir Ayu terbang di bawa angin.
***
DAMIRA menghempaskan
tubuhnya di atas katil dengan baju kurung masih tersarung dibadannya. Sling bag entah ke mana dicampaknya.
Mungkin dah selamat di bawah katil. Mungkin ada kat tepi katil tu. Mungkinlah.
Lengan kanan didaratkan di atas dahi. Entah kenapa kata-kata Ayu tadi
terngiang-ngiang ditelinganya. Ah, Ayu! Kau lagi mengusutkan keadaan. Matanya
dipejamkan rapat-rapat dan bayangan zaman kanak-kanaknya mula bermain di ruang
gelap disebalik matanya yang terpejam.
Mata yang terpejam
dibuka perlahan-lahan. Keluhan kecil terbit di bibir. Lengan masih lagi di atas
dahi – anak matanya dibawa ke siling bilik bercat putih susu itu. Mana dia
agaknya? Nik Mikail Hadi. Entah macam mana rupa dia sekarang? Makin berisi?
Masih penakut? Atau…Damira menghela nafas panjang. Kenapa mesti teringatkan dia
sekarang?
Nik Mikail Hadi yang
dikenali sejak dari tadika membawa ke sekolah menengah. Lelaki yang sering
bersembunyi di belakangnya tiap kali ada yang hendak membuli dan dia yang
menjadi hero melindungi. Kalau difikirkan semula, lucu pula rasanya. Seorang
perempuan menjadi hero penyelamat kepada seorang lelaki. Hahaha.
Dia bingkas bangun
dari pembaringannya membuka langkah seluas mungkin menuju ke almari bajunya.
Terus pintu almari ditolak ke tepi. Dia sudah pun melutut di hadapan almari
tinggi, menarik rakus laci paling bawah sekali – menyelongkar segala isi di
dalam laci mencari sesuatu. Ah, mana pulak benda tu menyorok? Berkerut-kerut
dahinya dengan tangan masih lagi menyelongkar – menolak ke tepi segala yang
bukan target matanya tika itu.
Dan tak lama lepas tu,
matanya menangkap ‘sesuatu’ yang dicarinya dari tadi. Tangan terus mencapai
buku kecil berwarna kuning itu – dibuka cover
buku kecil itu. Senyuman nipis bergayut di bibir. Anak mata meneliti setiap
perkataan yang bertulis tangan di atas muka surat paling hadapan di dalam buku
kecil berwarna kuning ditangan.
“One day, I’ll find you. No matter how much your appearance
change,
I’ll recognize you instantly.”
-Nik Mikail Hadi-
Damira ketawa kecil. Ah,
kata-kata budak berusia 15 tahun. Dah serupa kata-kata si pujangga cinta saja
gamaknya. Ditutup kembali buku kecil berwarna kuning itu dan disimpan semula di
dalam laci yang berselerak itu. Dikemas ala kadar dan laci itu ditolak semula
ke dalam. Ah, apa khabar agaknya dia? Rindu ke, Damira? Ah, karut! Ingatannya
kembali pada zaman itu.
***
“MIA! Tunggulah.”
Jerit lelaki di belakangnya dengan nafas tercungap-cungap. Matanya yang sepet
semakin sepet. Mukanya yang putih bersih itu sudah pun memerah dek berlari
hendak mengejar langkah Damira yang laju macam tak cukup tanah di hadapannya.
Damira berpaling ke
belakang dengan kening terangkat. “Lembablah kau ni. Cepatlah!” Langsung tidak
dipedulikan lelaki yang dah macam putus nafas tak cukup oksigen itu. Memandang
macam nak ditelan je lelaki itu hidup-hidup. Damira menyebak rambutnya ke
belakang. Kasar.
“Laju-laju pun nak
pergi mana?” Hadi menyoal. Nafasnya masih lagi tercungap-cungap. Sedaya upaya
dia berusaha mencari semula nafas yang tak cukup. Boleh mati sesak nafas
agaknya. Si Damira ni pun jalan macam kena kejar anjing je. Laju! Bukannya lari
pun kedai kek yang dia nak pergi sangat tu.
Damira menyilangkan
kedua-dua belah tangannya. Eh, dia ni. “Kau yang beria nak ikut lepas tu jalan
lambat.” Rungut Damira dengan muka kelat. Bibirnya juga sudah terjuih-juih
menahan rasa. Matanya mencerun tajam pada Hadi yang masih lagi
tercungap-cungap.
“Memanglah tapi tak
payahlah jalan laju.” Ish, dia ni pun. Jalan tu dah serupa macam kena kejar
angin. Nak laju je. Ada apa jalan laju-laju ni? Hadi membebel dalam hati. Baju
sekolah yang dipakai habis basah dek peluh. Dengan terik matahari tu memang
pakej! “Apa yang best sangat kedai
kek tu?”
“Black forest dia sedap.” Damira masih dengan muka kelat-kelat
masam. Cuaca yang panas terik memang menambahkan lagi kekelatan di wajah. Penat
oi! Seharian kat sekolah cukup buat otak rasa berselirat. “Sekarang ni kau nak
kena tinggal ke macam mana?” Dia memandang Hadi atas bawah. Kalau orang tengok
dia ni mesti tak percaya dah 14 tahun. Kecik!
Mungkin lelaki umur-umur macam ni memang fizikal kecil lagi kot?
“Kau nak pergi sorang?
No! Kejap.” Nafas ditarik dalam-dalam
dan dihembus keluar. Langkah kaki diatur menghampiri Damira. “Jom.” Laju dia
melangkah meninggalkan Damira terkulat-kulat. Eee, dia ni!
***
Hadi membetulkan letak
cermin matanya dengan jari telunjuk. Buku yang dikendong ditangan kanan sudah
beralih ke tangan kiri. Tanpa sedar bibir mengoyak senyuman melihatkan gadis
yang sedang duduk di atas bangku kayu tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Perlahan-lahan langkah
kaki diatur menghampiri gadis yang manis berbaju kurung cotton berbunga kecil warna merah jambu. Rambutnya yang panjang
separas pinggang diikat tinggi. Sama seperti zaman kanak-kanak dulu. Comel. Wajah
yang terlalu susah untuk menarik senyuman biar pun senyuman nipis. Hadi tergelak
kecil.
Tika itu dia sudah pun
berdiri betul-betul di hadapan gadis yang khusyuk dengan novel ditangan. Jarak mereka
hanya dipisahkan dengan meja kayu itu. Lama raut wajah itu direnung. Ada rasa
rindu yang datang menjengah. Dah terlalu lama gadis itu tidak ditemui. Agaknya dia
ingat lagi pada budak selebet yang tak habis-habis menyusahkannya dulu.
Punggung sudah pun
dilabuhkan di atas bangku kayu yang kosong. Buku yang dikendong dengan tangan
kiri diletakkan di atas meja.
Damira yang sedar akan
kewujudan manusia lain di situ terus angkat muka dari muka surat yang terbuka
ditangan pada susuk tubuh di hadapannya. Terangkat keningnya melihatkan lelaki
itu. Eh?
“Hai, ganggu?” Sapa
lelaki itu dengan senyuman nipis.
Damira terpana. Senyuman
tu! Aku tau senyuman tu tapi betul ke? Laju dia menggelengkan kepalanya. “T…tak.
Tak ganggu.” Ah, kenapa gagap ni? Jantung dah rasa macam nak meloncat keluar
dari badan.
“It’s been a while, huh?”
Damira kelam. Kejap,
dia kenal aku? Dan kalau dia kenal aku bermakna aku pun kenal dia, kan? Dan senyuman
tu! Senyuman yang sama. Senyuman yang tak pernah aku lupa. Nik Mikhail Hadi. Tapi…takkanlah.
“Kita kenal ke?”
Senyuman nakal
bergayut di bibir. “Awak rasa?”
Damira ketap bibir. Dia
ni nak main-mainkan aku ke? Novel ditangan sudah pun ditutup dan dibiarkan di
atas meja. Merenung tajam mata lelaki itu. Kenapa aku macam kenal dia? Takkanlah
budak selebet tu? Mustahil. Lelaki di
hadapannya tu…macam mana nak cakap eh? Kacak? Err…mungkin.
“Saya tak suka
teka-teki.”
“Orang masih panggil
awak Mia?”
Wajah lelaki itu
dipandang dengan riak tak percaya. Terkelip-kelip matanya. Tak percaya. Biar betul.
Dah lama orang tak memanggilnya dengan nama itu. Mia. “Nik Mikhail Hadi?” Ha,
ambik. Nama penuh aku kasi. Jangan tersalah teka sudah. Buat malu je nanti.
Lambat-lambat Hadi menganggukkan
kepalanya. Senyuman masih lagi bergayut di bibir. “Awak ingat saya lagi.”
Tangan kanan menongkat dagu. “Jadi, saya je yang masih panggil awak Mia?” Dia
menyoal.
“Dan kau je yang masih
panggil aku Mia.” Damira ketawa kecil. Terus merenung wajah Hadi di hadapannya.
Dan tanpa dia sedar ada suatu perasaan yang datang menjengah hati. Terus ingatannya
melayang pada buku kecil berwarna kuning yang tersimpan elok di dalam almari.
Biar sejauh mana kita terpisah, dalam
tak sedar kita akan bertemu jua.
The end? Already?????!
ReplyDeleteNOOOOOO!!
waaa..it does happen to me and my best friend :)
ReplyDelete