Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Thursday 2 October 2014

J.I.K.A

Ked menarik keluar beberapa helai kertas A4 dari timbunan kertas, buku dan fail di atas meja. Tangan mencapai pensel 2B dari dalam pencil case sebelum tangan mula bergerak melakar wajah seorang gadis yang sering menjengah mimpinya sejak beberapa hari yang lepas.
                
Tubuhnya dibawa bersandar ke belakang selesai melakar wajah gadis tersebut. Semuanya terlalu jelas di dalam mimpi. Lirik mata gadis itu, senyumannya, bentuk wajahnya juga suaranya. Ked mendongakkan kepala ke atas merenung siling bilik yang dihuni oleh dia dan dua lagi teman rapatnya. Tangan kanan meraup muka sambil bibir beristighfar perlahan.
                
“Ked, kau kenapa?”
                
Kepala berpaling ke belakang memandang Idin yang sedang memetik tali gitar kesayangannya. Sebelah kening dijongket tinggi memandang Ked yang macam orang tengah fikir masalah Negara. Macamlah dia tak perasan yang sejak beberapa hari lepas Ked asyik termenung. Sesekali dia akan melakar sesuatu di atas kertas yang sempat dicapai.
               
Ked menggelengkan kepalanya. “Tak de apa-apa.” Dia sudah pun beralih tempat dari meja belajar ke katilnya. Punggung dilabuhkan di atas tilam. Kaki dilipat membentuk sila. Belakang badannya disandarkan pada dinding. “Idin.”
                
“Kau ada masalahkan?” Idin menyoal dengan kening terangkat. Tahu sangat dah Ked ni. Susah sangat nak berkongsi masalah.
                
Ked menarik senyuman tawar. Idin ni, tak payah beritahu pun dia boleh tahu. Kadang-kadang Ked macam tertanya-tanya kalau-kalau Idin ni ada kuasa boleh baca fikiran orang. “Kalau aku cerita kau jangan gelak.”
                
“Cerita pun tak, macam mana nak gelak?”
                
“Idin, aku serius ni.”
                
Idin mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. “Okey, aku tak gelak.” Jeda. “Shoot.” Dia sudah pun membetulkan posisi duduknya. Bersiap-sedia untuk mendengar apa yang bakal keluar dari mulut Ked.
                
“Aku mimpi.”
                
Idin angguk kepala. Okey, Ked mimpi. Jadi, apa perkaitan mimpi dengan Ked yang macam zombi?
                
“Aku mimpi perempuan ni. Aku tak kenal dia tapi dah beberapa hari aku mimpi dia. Orang yang sama.” Luah Ked. Wajahnya serius memandang wajah Idin yang sejak tadi terangguk-angguk. “Kau rasa kenapa dia masuk mimpi aku?”
                
“Sebab tu ke kau tak rupa orang?” Idin menyoal.
                
Lambat-lambat Ked menganggukkan kepalanya. Entah kenapa, rasa malu yang tadi dibuang jauh-jauh datang menghempap diri. Rasa macam nak menyorok dalam gua. Muka terasa berbahang. Confirm merah!
                
Idin pandang Ked. Lama. Ked dah gelisah apabila dipandang sebegitu rupa.
                
“Ked.”
                
“Apa?”
                
Meletus tawa Idin di dalam bilik yang tika itu hanya dihuni oleh mereka berdua. Sampai merah-merah muka Idin dek ketawa macam tak pernah ketawa tu. Tangan kanan menekan-nekan perutnya dengan tawa masih tak ada tanda-tanda akan berhenti.
                
“Woi, kau kata kau tak gelak!” Ked mencampakkan bantal ke arah Idin yang masih lagi ketawa. Bantal yang dicampak tepat mengena kepala Idin. Idin mengambil bantal yang dicampak tadi dan diletakkan di atas riba.
                
“Seriuslah Ked sebab tu je?”
                
“Dahlah. Lupakan.”
                
“Woi, sentap.”
                
“Kaulah. Kata tak gelak.” Ked dah rasa nak campak satu lagi bantal ke arah Idin. Aku dahlah tengah dilanda tanda tanya, dia boleh pulak bantai gelak macam tak cukup nafas.
                
Idin sudah pun berhenti ketawa. Bantal diriba dicampak semula ke arah Ked. Ked menyambut bantal yang dicampak. “Kau kenapa mimpi pelik-pelik ni?” Idin menyoal sambil berbaring. Sebelah lengan menongkat kepala.
                
“Kalau aku tau, aku tak delah macam ni.” Monotoni sahaja suara Ked membalas soalan Idin. Idin ni pun, cubalah tanya soalan yang aku boleh jawab.
                
Idin sengih. Tudiaaa… Ked tengah bengang la tu. “Kau ni emo kenapa?”
                
“Mana ada aku emo.” Ked menafikan. Dia  yang tadinya bersila sudah pun baring menelentang. Lengan kanan didaratkan di atas dahi. Bebola mata merenung siling bilik.
                
“Eleh, Ked. Tak payah nak tipu aku.” Idin angkat-angkat kening. “Eh, cop. Dini mana?”
                
Serentak dua kepala mencari kelibat Dini. “Keluar? Dia tak de bagitahu kau?”
               
“Kalau ada, aku tak tanyakan?” Idin mengajukan kembali soalan kepada Ked.
                
Ked menghela nafas panjang. “Dating kut.” Balas Ked malas-malas. Sekarang ni macam tak ada ruang nak fikir fasal Dini hilang ke mana sebab otak tengah serabut dengan benda lain. Matanya dipejamkan rapat-rapat.
                
“Kau serabut apa, Ked?”
                
“Tak ada apa.”
                
“Fasal mimpi tu?”
                
Ked tidak membalas soalan Idin. Macam tak perlu jawab rasanya sebab dia pasti Idin tahu jawapannya. “Kau tak dating ke Idin?”
                
“Aku mana ada awek nak ajak dating.”
                
“Eleh.”
                
“Apa eleh?”
                
“Jaja tu apa cerita?” Ingat aku tak nampak kau keluar berdua dengan Jaja hari tu? Tak ada awek konon. Blah la. Nak kata Idin ni tak ada rupa, okey je. Cukup mata, hidung, mulut, kening semua. Tak ada cacat-cela pun.
                
“Jaja tu jiran aku la.”
                
Yelah kau.”
                
“Kau tak payah nak kenenkan aku dengan Jaja. Fikir fasal makwe dalam mimpi kau tu.” Idin sengih keji.
                
Dan sekali lagi bantal Ked melayang ke arah Idin. Idin melambakkan tawanya.


IDIN membetulkan lipatan t-shirt lengan panjang  berwarna kelabu yang dipakainya. Sesekali lehernya dipanjangkan mencari susuk tubuh Jaja. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Mana pulak budak Jaja ni? Nak aku jadi Tugu Negara ke macam mana?
                
Tangan kanan mula menyeluk poket jean. HTC M8 dikeluarkan dan terus nombor Jaja didail sebelum dilekapkan telefon bimbit itu ke telinga.
                
Selepas lima deringan, taliannya bersambung.
                
“Mana kau?”
                
“Sebelah kau.”
                
Refleks kepalanya dipalingkan ke kanan. Di sebelahnya, Jaja sedang berdiri dengan buku-buku dikendong dengan tangan kiri manakala tangan kanan sedang memegang telefon bimbit. Gadis di hadapannya tampak selamba dengan jean boot cut berwarna kelabu dan t-shirt lengan panjang yang agak besar untuknya. Selendang hitam dililit menutupi rambutnya.
                
“Kau tak sabar sangat ke nak jumpa aku?” Jaja angkat-angkat kening dengan senyuman nakal.
                
Idin tayang muka toya. “Tak kuasa. Kau tu… lama sangat. Ukur jalan ke apa?” Idin membalas sambil memandang ke arah kiri dan kanan. Pelik. “Kau sorang? Mana Aisha?”
                
Jaja menyengih. Menayangkan barisan gigi yang tersusun rapi. “Dia kata dia ada tertinggal barang dalam kelas. Dia suruh aku gerak dulu.”
                
Oh. Patutlah. Selalunya di mana ada Jaja, di situ ada Aisha dan vice versa. Aisha dengan Jaja tu dah macam belangkas. Ke mana-mana pun mesti berdua.
                
“Ni nak pergi mana?”
                
“Makan jom?”
                
“Jaja dan makan berpisah tiada.” Spontan ayat itu keluar dari mulut Idin.
                
Jaja hanya ketawa. Mereka sudah pun mengatur langkah meninggalkan gazebo di sudut kanan kawasan parkir kereta, tempat seorang Idin akan menunggu Jaja.


KED berlari selaju mungkin sambil menggalas bag yang penuh dengan buku dan memegang fail hitam ditangan kanan. Nasib baiklah buku tak banyak mana, tak adalah berat sangat. Dua-tiga anak tangga dilangkah dan kembali menyambung lariannya.
                
Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Mampus! Aku dah lambat ni. Macam mana boleh terlajak tidur pulak ni? Dahlah kelas Madam Susanne. Ada jugak yang kena berdiri luar kelas. Harap-haraplah madam tak masuk lagi. Doanya di dalam hati.
                
Gedebuk!
                
Fail hitam ditangan dah elok berada di atas lantai bertindih dengan beberapa helai kertas yang berserakan. Aiseh… aku terlanggar siapa pulak ni?
                
Tubuh dibongkokkan untuk mengambil fail hitamnya. Sempat jugak dia mengambil beberapa helai kertas yang sempat dicapai dan dihulurkan kepada si empunya kertas yang dilanggarnya tadi.
                
Sorry.” Ujarnya sepatah. Kepala didongakkan ke atas dan entah kenapa masa seakan-akan terhenti. Lama dia memandang wajah yang turut sama memandangnya tika itu.
                
Thanks.” Balas gadis yang berbaju kurung bunga-bunga kecil di hadapannya. Kertas-kertas yang dihulurkan Ked diambil dan diselitkan ke dalam fail yang dikendongnya. Gadis itu sudah pun berpaling ke kanan. Langkah kaki diatur meninggalkan Ked yang masih terpana.
                
Ked yang seperti baru tersedar, terus berpaling ke arah gadis tadi. Ked… kau nak biarkan dia pergi ke? “Awak.” Panggil dengan agak kuat. Berharap suaranya sampai ke pendengaran gadis itu.
                
Gadis itu menghentikan langkahnya sebelum lambat-lambat dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Kening kanan dijongket tinggi. “Yes?” Jelas riak pelik pada wajah gadis itu.
                
Ked mengurut-urut pangkal tengkuk dengan tangan kanan. Err, now what? Gadis yang sedang menunggunya bersuara dipandang lama. Wajah itu. “Saya Ked.”
                
Berkerut dahi gadis itu.
                
Ked dah rasa nak hempuk kepala dengan fail ditangan. Think of something, Ked. Don’t just stand there. “Saya Ked. Awak?” sekali lagi dia memperkenalkan diri. Dan kali ni dia bertanyakan pula nama gadis itu.
                
Are you asking for my name?
                
Well, yeah.” Ked tarik sengih melepasi bibir. Seboleh mungkin ditahan muka supaya dibiarkan tidak beriak. Jantung dah berdegup laju macam baru lepas lari keliling padang.
                
Gadis di hadapannya ketawa kecil. “Awak pelik. Saya Aisha. Got to go. Bye, Ked.” Jaja terus mengatur langkah meninggalkan Ked yang sedang tersenyum lebar. I’ve found you!


KED menolak kasar pintu bilik yang dihuninya bersama dua orang kawan baiknya, Idin dan Dini.
                
Idin yang sedang berbaring di atas katil terkejut dek tindakan Ked. Budak Ked ni la… nasib je aku tak de lemah jantung ke apa. Berkerut dahinya melihatkan Ked yang macam orang tak betul itu. “Kau kenapa?” soal Idin. Lain macam aje aku tengok si Ked ni.
                
“Aku dah jumpa dia!” Terpancar jelas diwajahnya riak bahagia.
                
“Siapa?”
               
“Perempuan dalam mimpi aku.” Dia sudah pun melabuhkan punggungnya di atas katil. Kaki sudah pun dilipat membentuk sila. Beg galas dibiarkan terdampar di atas katil dengan fail hitam di atasnya. “Aku jumpa dia, Idin!”
                
Idin yang tadinya berbaring sudah pun duduk bersila di atas katil. “Serius?” Budak Ked ni biar betul. Ke dia tengah berhalusinasi sampaikan entah perempuan mana-mana pun dia nampak macam perempuan dalam mimpi dia tu?
                
Ked menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh. “Aku jumpa dia. Nama dia Aisha.”
                
Eh? Eh? Ai… what? “Siapa nama dia?” Macam tak berapa nak dengar je.
                
“Aisha.” Ked menjawab dengan senyuman tak padam.
                
“Aisha?” Idin menyoal meminta kepastian.
                
Ked angguk lagi.
                
Aisha. Kawan Jaja ke? Tapi, takkanlah. Berapa ramai orang nama Aisha dalam kampus ni je. Tapi… kenapa instinct aku macam merasakan Aisha yang Ked jumpa ni adalah Aisha kawan si Jaja tu?
               
“Ked.”
                
“Apa?”
                
How is she? This Aisha.”
                
“Hmm… tadi dia pakai baju kurung. Shawl pink? Entah. Kenapa?”
                
Baju kurung, shawl pink. Hmm… tadi masa Aisha datang jumpa dia orang kat kafe dia pakai baju apa? Idin… ingat balik, ingat balik. Cup. She wears baju kurung and pink shawl. Exactly the same with… Idin pandang Ked lama.
               
Ked kerut dahi melihatkan Idin yang pelik semacam. “Apesal?
                
“Dia kawan Jaja.”
                
“Hah?”


TANGAN kanan cekap menguraikan lilitan selendang dikepala. Kemudian, ikatan pada rambutnya juga dibuka. Membiarkan rambutnya yang panjang melepasi bahu tidak berikat.
               
Jaja yang sudah pun duduk melepaskan lelah dipandang melalui ekor mata. Selendang hitam yang dipakainya sudah pun disangkut pada kepala katil. Aisha turut sama mengambil tempat di atas katilnya. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan.
                
“Ja, aku ada benda nak cerita ni.”
                
“Apa?”
                
“Tadi masa aku nak jumpa kau kat kafe tu, aku terlanggar sorang mamat ni.” Jeda. “Yang peliknya, dia bagitahu nama dia. And he was asking for my name.”
                
Jaja ketawa. “Serius la?”
                
Aisha menganggukkan kepalanya. Anak rambut yang menutupi dahi disebak ke belakang. “Isn’t that weird?
               
“Siapa nama dia?”
                
“Ked.”
                
Eh? “Ked?”
                
Aisha menganggukkan kepalanya.
                
Sekali lagi Jaja ketawa. Aisha dah pelik. “Kenapa?”
               
“Tu kawan Idin.”
                
“Hah?”
                
Jaja masih lagi ketawa. Habis merah mukanya. Kedua-dua belah tangan dibawa ke depan. “Kau langgar kawan Idin?” Jaja menyoal dengan ketawa yang masih bersisa.
                
“Seriuslah kawan Idin?”
                
“Ada gaya aku tipu ke?”
                
Aisha merebahkan tubuhnya ke katil. Bantal peluk dicapai dan dipeluk erat. Mukanya disembamkan pada bantal peluk itu.
                
“Kenapa? Kau macam dah tersuka dia ke? Apa orang kata? Love at the first sight?” Sakat Jaja dengan kening sengaja dijongket-jongketkan.
                
“Mana ada.” Bibir dicebikkan disebalik bantal peluk yang menutupi mukanya. “Kau tu… bila nak confess kat Idin?”
                
“Eh, apa tiba-tiba aku pulak?” Jaja sudah pun bangun dari katilnya dan menuju ke arah meja studi. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg yang diletakkan di atas meja. 2 missed call. Bibir menarik senyum. Idin.
               
“Kau suka dia kan, Ja?”
                
“Suka siapa?”
                
“Idin.”
              
“Mana ada.”
                
“Eleh, dok tersengih-sengih macam tu mesti Idin kan?”
               
“Taklah.” Telefon bimbit diletakkan di atas meja studi. Gambar yang dilekatkan pada board di dinding dipandang lama. Aku suka Idin? Entahlah.

               
                      

                

1 comment:

  1. eh, habis macam tu ke? i want more pleaseee! heheh

    ReplyDelete