Enrty pertama di blog baru. Semoga anda terhibur, kasi hati tu tenang biar pun aku tau tak ada pengisian apa pun yang boleh diambil :)
Happy reading.
***
Sudah hampir seminggu dia menjadi pengunjung setia Starbucks itu dan rasanya sudah seminggu juga dia akan duduk di meja yang sama. Memandang ke arah gadis yang juga setia di meja yang sama. Adib membuka laptop yang dibawa bersama. Sekadar alasan untuk dia terus berlama di situ memandang si gadis yang tidak diketahui namanya itu. Yang berjaya mencuri hati lelakinya.
Selama
22 tahun dia bernafas di muka bumi itu, belum pernah ada mana-mana perempuan
yang berjaya mencuri hatinya. Bukannya tak ada yang meluahkan rasa, ada tapi
semua dia tolak secara baik dengan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai
sebarang komitmen. Kalau difikirkan balik kelakar pun ada.
Adib
menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Anak mata melirik
sekilas gadis di meja hujung belah sana. Tudung pink menutupi rambutnya yang
entah pendek entah panjang itu. Otak pula tiba-tiba merakam semula perbualan
dia dengan housematenya sebelum dia
melangkah keluar tadi.
***
“Kau
nak pergi mana?” Rafiq menegur dari dapur. Adib memandang sekilas ke arah Rafiq
yang sekadar berseluar pendek tanpa baju. Tangan memegang mug yang berasap.
“Starbucks.”
Ringkas dia membalas. Beg yang berisi laptop digalas. Tangan mencapai cap di atas meja dan disarungkan ke
kepala. Samsung Galaxy SIII di atas meja yang diletakkan bersama capnya turut sama dicapai lalu
dimasukkan ke dalam poket jeans.
“Ada
apa kat sana?” Rafiq sudah pun duduk bersila di atas lantai. Kusyen yang
bergelimpangan di atas lantai dicapai satu lalu diletakkan di atas peha.
“Takde
apa. Rasa tenang buat kerja kat situ.”
Ikmal
mengangkat keningnya. “Dah seminggu kau ke sana, weh.” Ikmal menyampuk. Dia
yang sedang leka berskype terus berpaling ke belakang memandang susuk tubuh
Adib yang sudah lengkap berpakaian, hanya tinggal nak melangkah keluar je.
Pelik apabila housematenya yang susah
teramat nak keluar tu boleh menghabiskan masa berjam-jam di Starbucks. Setiap hari
pulak tu.
“Takde
apa.”
“Ha, see. Aku kata lain kau jawab lain.”
Ikmal masih terus mengasak. Selama dia mengenali Muhammad Adib Aiman susah
betul dia nak dengar kawannya itu bercerita apa-apa berkaitan dengan dirinya.
Perahsia sangat.
“Kau
cakap apa?” Adib angkat kening. Beg sudah pun disandang di bahu. Cap juga sudah elok berada di atas
kepala.
“Aku
kata dah seminggu kau ke sana.”
“Oh.”
Hanya itu yang dibalas Adib.
Ikmal
pandang Rafiq. Rafiq pandang Ikmal. Sudahnya dua-dua angkat bahu tak tau nak
kata apa dah. Adib pula masih leka dengan dunianya. Mencari di mana kunci
keretanya. Habis meja ditengah ruang tamu itu digeledah. Ish, mana pulak ni? Semalam
bukan letak kat sini ke?
“Ada
apa kat Starbucks tu?” Ikmal masih cuba mengorek. Adib hanya diam tidak
menjawab. Dia sudah pun melangkah menuju ke muka pintu. Membiarkan dua orang housematenya dalam tanda tanya.
“Takde
apa. Eh, nampak kunci kereta aku?” Adib masih mencari. Rafiq menghela nafas
panjang. Ikmal pun. Mengalah.
“Kau
letak atas tv kan?”
“Eh?”
Adib melangkah ke arah televisyen. Oh, kat sini rupanya.
“Kau
balik pukul berapa ni?”
Adib
memasukkan kunci kereta ke dalam poket seluarnya. “Tak tau.”
Ikmal
dan Rafiq hanya mengangguk. Malas nak bertanya lebih-lebih sebab mereka tahu
mereka takkan dapat jawapan yang mereka mahukan. Adib is Adib. Jangan harap nak dapat jawapan untuk setiap soalan
yang ditanya.
“Kalau
aku balik lambat, kunci je pintu. Aku bawak kunci.” Dan dia terus melangkah
keluar tanpa menunggu jawapan balas dari teman serumahnya.
***
Adib
menghela nafas panjang. Hilang sudah suara housematenya
yang berdua itu berganti dengan riuhnya di dalam Starbucks itu. Dengan bunyi
locengnya, suara orang bercakap-cakap lagi tapi gadis di meja hujung sana
langsung tidak berkutik. Macam suasana sekeliling langsung tak memberi apa-apa
kesan kepadanya.
Kalau
diikutkan hati mahu sahaja dia menghampiri gadis itu – tolak ke tepi segala
rasa malu, segan itu semua – bertanyakan namanya, berborak dengannya dan
menghabiskan segala masa yang ada hanya menatap seraut wajah itu. Adib
menggaru-garu kepalanya. Hatinya meronta-ronta ingin menegur si gadis tapi
kakinya terasa berat untuk melangkah menghampiri.
Tiba-tiba
matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki menarik kerusi bertentangan dengan
si gadis itu sebelum melabuhkan punggungnya. Mereka saling berbalas pandang
sebelum senyuman terukir pada bibir kedua-dua mereka. Mereka bercakap sesuatu
dan sesekali si gadis itu akan ketawa kecil sambil tangan kanan menutup sikit
mulutnya. Manis sekali.
Adib
mengetap bibir bawah. Siapa lelaki tu? Apa hubungan mereka? Kenapa si gadis itu
ketawa-senyum macam tu? Kenapa dia nampak gembira? Ah, banyaknya soalan
mengasak dada. Kenapa dia langsung tiada keberanian untuk mendekati? Hanya
terus memerhati dari kejauhan macam orang angau begini? Kalau pun dia ada
keberanian sebegitu belum tentu juga si gadis menerima dengan tangan terbuka
keberaniannya itu, kan?
Anak
mata terus memandang adegan di hadapannya. Sesekali dia mengalihkan
pandangannya pada skrin laptop – tidak mahu nampak ketara dia sedang memerhati
gadis itu. Adib berpura-pura menaip sesuatu dan lambat-lambat dia mengangkat
wajahnya hendak memandang lagi sebelum anak matanya dan si gadis bertemu buat
beberapa saat sebelum masing-masing mengalihkan pandangan. Dia rasa seperti ada
panah menusuk tembus ke jantung.
Adib
cuba lagi memandang si gadis tetapi susuk tubuh gadis itu juga lelaki itu tiada
lagi di hadapannya. Ke mana mereka pergi?
***
“Kenapa
tetiba je ajak jumpa ni?” Tegur lelaki di hadapannya. Qaisara tersenyum manis
memandang lelaki di hadapannya. Dia sengaja tidak terus menjawab soalan yang
diajukan. Membiarkan si lelaki di hadapannya terus menunggu dalam tanda tanya.
“Nur
Qaisara, Afiq Haikal bertanya ni.”
“Ye,
Afiq Haikal? Saya Nur Qaisara tak nak jawab.” Dia sengaja hendak menyakat. Afiq
Haikal menggelengkan kepalanya. Bukannya dia tak tahu perangai Nur Qaisara yang
suka bergurau dan menyakat itu.
“Penting
ke nak jumpa ni?”
“Saya
tak boleh jumpa sepupu saya ke?” Afiq Haikal menyoal dengan kening terangkat. Nur
Qaisara ketawa kecil. Wah, sentap ke? Wajah sepupunya itu dipandang lama
sebelum ketawa kecil meletus lagi dari celah bibirnya.
“Yang
dari tadi ketawa ni kenapa?”
“Entah.
Seronok jumpa awak, mungkin?” Jeda. “Eh, anyway
awak perasan tak lelaki kat hujung sana?” Qaisara bertanya dengan riak serius.
Afiq Haikal mengerutkan dahinya. Kenapa pulak ni? Dia meliarkan pandangannya
mencari lelaki yang dimaksudkan sepupunya itu. Yang tu ke?
“Yang
pakai t-shirt berkolar warna biru gelap tu?”
Qaisara
menganggukkan kepalanya. Yelah, tu la. Ada lagi lelaki yang macam suspicious dalam Starbucks ni? Qaisara
memicingkan matanya memandang lelaki itu yang tampak sibuk mengetuk papan
kekunci laptop.
“Kenapa
dengan dia?”
“He’s been there for a week.”
“Jadi?”
“Dan
dia asyik pandang saya! I don’t like it.”
Hampir-hampir sahaja dia menjerit. Bukannya dia tak sedar sepasang anak mata
yang asyik memerhatikannya itu. Entah apa salahnya pada lelaki itu sampaikan
lelaki itu mengekori setiap gerak-gerinya. “Like
a stalker.” Qaisara menambah dengan mata dikecilkan memandang Afiq di
hadapannya.
Afiq
menggelengkan kepalanya. “Tak baiklah cakap macam tu.” Dia memandang sekilas
lelaki itu sebelum pandangannya kembali pada Qaisara. “Perasan much?”
Pap!
Elok je tangan Qaisara menumbuk bahu Afiq. Ada ke kata macam tu? Qaisara
mencebik. Mana ada perasan. Lagipun, apasal pulak tak baik? Benda betul apa?
Tak ke macam stalker kalau boleh kata
setiap hari dia ada kat situ, meja yang sama, dan dengan rutin harian yang sama
– curi-curi pandang dirinya? Bukan nak kata perasan ke apa tapi obvious sangat!
Qaisara
mengetuk permukaan meja dengan hujung jarinya. Malas nak memanjangkan isu yang
menyesakkan otak. Biarlah dia nak buat apa. Ada mata, pandanglah. “Shall we go now? Mak long suruh singgah
rumah.”
“Kenapa?
Ibu dengan awak ada komplot apa ha?”
“Komplot
carikan calon isteri untuk awak.”
Afiq
buat muka annoying. Tak habis-habis
dengan misi mencari calon isteri ibunya itu. Siap dengan Qaisara diheret sama
untuk menjayakan agenda yang kononnya terbesar tu. Tanpa berlengah, mereka
sama-sama bangun dari duduk mereka dan sama-sama melangkah meninggalkan
Starbucks itu.
***
“AKU
rasa aku nak kahwin.” Tanpa nada dia menutur sebaris ayat itu. Tiga kepala yang
sedang fokus menonton televisyen berpusing laju memandang lelaki yang sedang
bersandar dengan kepala memandang siling rumah mereka.
Ikmal
mengangkat kening sebelah. “Aku tak salah dengarkan?” Dia memandang tubuh Adib
yang sedang bersandar itu. Rafiq dah terkebil-kebil memandang Adib. Farouq yang
tak tahu-menahu hal dalam rumah disebabkan dia terpaksa ke ekspedisi seminggu
lepas hanya mampu mengerutkan dahinya.
“Tak.
Aku serius nak kahwin.” Kaki yang tadinya bersila dilunjurkan.
“Kau
kenapa?”
“Kau
jumpa apa kat Starbucks tu sampai jadi macam ni?”
Adib
menghela nafas panjang. “Kenapa tiba-tiba tanya pasal Starbucks?” Ni apasal
semua tanya soalan tak tunggu aku jawab dulu? Dah serupa polis pencen je si
Ikmal dengan Rafiq ni.
“Sebab
kau pelik.” Laju Ikmal menjawab pertanyaan Adib. Ya! Adib sangat pelik. Pelik
yang bukan biasa-biasa tapi luar biasa biarpun hakikatnya Adib dah memang sedia
pelik dari awal perkenalan mereka.
Adib
mengurut pangkal hidungnya dengan tangan kanan. “Tak ada apa yang pelik.” Dia
menjawab malas. Malas sungguh bila diri diasak dengan soalan-soalan yang dia
sendiri tak ada jawapan. Entah kenapa keinginan untuk berkahwin makin memuncak.
Sebab gadis Starbucks ke? Tapi takkan sampai macam ni sekali impaknya?
“Kau
kenapa. Cuba cerita?” Rafiq sudah menarik sila. Sudah bersedia untuk mendengar
apa jua ayat yang bakal keluar dari mulut Adib. Ingat senang ke Adib nak buat
sesi hati ke hati ni? Susah tahu?
“Tak
ada apalah. Cuma aku rasa dah sampai masa nak kahwin.”
“Dah
ada calon?” Ikmal pula bertanya. Farouq hanya menjadi pendengar setia. Tidak
mencelah. Lagipun tak tau nak dicelah apa. Yelah, orang tak tau pangkal cerita
baik diamkan diri, pasang telinga jadi penganalisis.
Adib
menggelengkan kepalanya lambat-lambat. Tak ada atau ada? “Entah.” Jawapan
paling senang yang mampu difikirkan tika itu. Otak dah tak mampu nak berkerja
mencari jawapan sesuai. Lagipun, dia sendiri tak pasti dengan perasaannya.
Ditambah pula tempoh hari dia ternampak gadis itu dengan seorang lelaki dia
jadi sangsi. Entah-entah dia tunangan orang. Nak mampus?
“Entah?
Dah tu nak kahwin macam mana?” Laju Ikmal meningkah. Parah sangat dah housemate aku sorang ni. Kata nak
kahwin, tapi calon takde. Apa kes? “Kau okay ke tak?”
Adib
menganggukkan kepalanya lambat-lambat. “Okay. Kot.”
Ikmal
bingung. Apa benda yang merasuk si Adib ni. Tadi bercakap macam dah confirm nak kahwin. Tapi bila ditanya
pasal calon dia kata tak ada. Bila ditanya okay ke tak dibalas okay tapi ada
kot dihujung ayat. Jadi, sekarang ni macam mana?
“Kenapa
nak kahwin?” Sekali lagi soalan itu diulang tanya.
Adib
menggaru kepalanya. “Aku rasa aku dah jumpa dia.”
***
ADIB
memanjangkan lehernya ke dalam Starbucks. Yes!
Dia ada. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam menuju ke meja yang sama. Laptop
di dalam beg galas dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Hati berkira-kira
untuk berlakon seperti biasa atau menjayakan rancangan yang sepanjang malam
difikirkan.
Kalau
nak diikutkan rancangan yang difikirkan itu agak gila tapi peduli apa. Kasi redah!
Hati yang penuh tanda tanya ni perlukan jawapan dan kepastian. Kalau dia
tunangan orang maknanya makan asap jelah aku. Dah boleh aku kebumi dan tanam
dalam-dalam apa-apa perasaan yang aku ada ni. Kalau dia kosong, akulah yang
bakal memenuhkan ruangan kosong tu. Wah, berangan!
Adib
membiarkan laptopnya habis loading sambil anak mata merenung gadis
dimeja yang sama. Hari ni dia pakai selendang bercorak dan berdress labuh
sepadan dengan selendang di atas kepala. Comel. Nampak lagi ayu. Selalunya dia
berseluar jeans dan berblaus atau
sekadar t-shirt lengan panjang. Hamboi, siap dah boleh tau dia pakai baju apa. Dahsyat.
Adib
mengetuk permukaan meja dengan hujung jari. Masih memikirkan apa yang perlu
dilakukan. Lama-lama boleh sakit otak tambah sakit jiwa dengan diri sendiri. Think, Adib. Think! Nak lepaskan peluang depan mata lepas tu makan asap atau kau
teruskan dengan plan kau tu. Mana kau nak? Adib gigit bibir bawah. Ah, redah
jelah.
Laptop
yang sudah habis loading dibiarkan dimeja. Bibir terkumat-kamit sambil dia
bangun dari duduk dan melangkah menghampiri meja si gadis misteri. Ceh, misteri
la sangat Adib oi. Si gadis yang leka dengan novel ditangan langsung tak sedar
akan kehadiran Adib di sisi meja. Adib dah rasa kaki menggeletar. Rasanya kalau
buat-buat pengsan pun sempat jugak ni. Ah, macam-macamlah Adib oi.
Adib
berdehem. Cuba menarik perhatian si gadis yang tenggelam dengan dunianya. Qaisara
yang sedang tekun membaca angkat muka dari perkataan-perkataan di hadapan ke wajah Adib yang berdiri
statik memandang tepat ke arahnya. Qaisara angkat kening.
Adib
mengurut pangkal tengkuk. “Would you marry
me?”
Qaisara
membuntangkan biji matanya. What?
Adib
dah rasa nak terjun dari bangunan lima belas tingkat. Kau cakap apa woi. “Eh,
tak tak. Boleh kita berkenalan?” Adib rasa nak bunuh diri. Macam mana benda tu
pulak yang boleh terkeluar. Gila punya segan. Segan tahap kalau mati pun tak
hilang-hilang jugak segan tu.
Novel
ditangan sudah pun ditutup. Kedua-kedua belah tangan ditaut dan diletakkan di
atas novel. Merenung Adib di hadapannya yang masih berdiri. Qaisara menarik
senyuman nipis. “Sure.” Dia memberi
isyarat supaya Adib duduk dihadapannya.
Kerusi
ditarik. “Qaisara. Nur Qaisara.”
Adib
senyum. Hati terasa berbunga-bunga. “Adib. Muhammad Adib Aiman.”
Semuanya
bermula di sini.
aku tak hbs menangis lg ni. terharu pny pasal hahaha XD nice one pitak
ReplyDeleteSambunglah pitakchan. Tolonglah sambung - F
ReplyDeleteWoii... ni mana sambungan ni.. dengki betul la buat cerita separuh. Hahhha
ReplyDeletetu memang ending. takdak sambungan dah hahahaha
Deletebaru dapat baca ari nie... ter baek kot...
Deletelg super duper best kalau ada smbungan!!!