Hey, It's Me

Assalammualaikum :)

Ana, sebuah cerita ringkas untuk semua.

Sebarang kekurangan di sana sini mohon diampunkan. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas, bukanlah mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka :P


Monday 29 April 2013

Hey, Stranger!


Enrty pertama di blog baru. Semoga anda terhibur, kasi hati tu tenang biar pun aku tau tak ada pengisian apa pun yang boleh diambil :)

Happy reading.


***

Sudah hampir seminggu dia menjadi pengunjung setia Starbucks itu dan rasanya sudah seminggu juga dia akan duduk di meja yang sama. Memandang ke arah gadis yang juga setia di meja yang sama. Adib membuka laptop yang dibawa bersama. Sekadar alasan untuk dia terus berlama di situ memandang si gadis yang tidak diketahui namanya itu. Yang berjaya mencuri hati lelakinya.

Selama 22 tahun dia bernafas di muka bumi itu, belum pernah ada mana-mana perempuan yang berjaya mencuri hatinya. Bukannya tak ada yang meluahkan rasa, ada tapi semua dia tolak secara baik dengan alasan dia belum bersedia untuk mempunyai sebarang komitmen. Kalau difikirkan balik kelakar pun ada.

Adib menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Anak mata melirik sekilas gadis di meja hujung belah sana. Tudung pink menutupi rambutnya yang entah pendek entah panjang itu. Otak pula tiba-tiba merakam semula perbualan dia dengan housematenya sebelum dia melangkah keluar tadi.

***
“Kau nak pergi mana?” Rafiq menegur dari dapur. Adib memandang sekilas ke arah Rafiq yang sekadar berseluar pendek tanpa baju. Tangan memegang mug yang berasap.

“Starbucks.” Ringkas dia membalas. Beg yang berisi laptop digalas. Tangan mencapai cap di atas meja dan disarungkan ke kepala. Samsung Galaxy SIII di atas meja yang diletakkan bersama capnya turut sama dicapai lalu dimasukkan ke dalam poket jeans.

“Ada apa kat sana?” Rafiq sudah pun duduk bersila di atas lantai. Kusyen yang bergelimpangan di atas lantai dicapai satu lalu diletakkan di atas peha.
               
“Takde apa. Rasa tenang buat kerja kat situ.”

Ikmal mengangkat keningnya. “Dah seminggu kau ke sana, weh.” Ikmal menyampuk. Dia yang sedang leka berskype terus berpaling ke belakang memandang susuk tubuh Adib yang sudah lengkap berpakaian, hanya tinggal nak melangkah keluar je. Pelik apabila housematenya yang susah teramat nak keluar tu boleh menghabiskan masa berjam-jam di Starbucks. Setiap hari pulak tu.

“Takde apa.”

Ha, see. Aku kata lain kau jawab lain.” Ikmal masih terus mengasak. Selama dia mengenali Muhammad Adib Aiman susah betul dia nak dengar kawannya itu bercerita apa-apa berkaitan dengan dirinya. Perahsia sangat.

“Kau cakap apa?” Adib angkat kening. Beg sudah pun disandang di bahu. Cap juga sudah elok berada di atas kepala.

“Aku kata dah seminggu kau ke sana.”

“Oh.” Hanya itu yang dibalas Adib.

Ikmal pandang Rafiq. Rafiq pandang Ikmal. Sudahnya dua-dua angkat bahu tak tau nak kata apa dah. Adib pula masih leka dengan dunianya. Mencari di mana kunci keretanya. Habis meja ditengah ruang tamu itu digeledah. Ish, mana pulak ni? Semalam bukan letak kat sini ke?

“Ada apa kat Starbucks tu?” Ikmal masih cuba mengorek. Adib hanya diam tidak menjawab. Dia sudah pun melangkah menuju ke muka pintu. Membiarkan dua orang housematenya dalam tanda tanya.

“Takde apa. Eh, nampak kunci kereta aku?” Adib masih mencari. Rafiq menghela nafas panjang. Ikmal pun. Mengalah.

“Kau letak atas tv kan?”

“Eh?” Adib melangkah ke arah televisyen. Oh, kat sini rupanya.

“Kau balik pukul berapa ni?”

Adib memasukkan kunci kereta ke dalam poket seluarnya. “Tak tau.”

Ikmal dan Rafiq hanya mengangguk. Malas nak bertanya lebih-lebih sebab mereka tahu mereka takkan dapat jawapan yang mereka mahukan. Adib is Adib. Jangan harap nak dapat jawapan untuk setiap soalan yang ditanya.

“Kalau aku balik lambat, kunci je pintu. Aku bawak kunci.” Dan dia terus melangkah keluar tanpa menunggu jawapan balas dari teman serumahnya.

***
Adib menghela nafas panjang. Hilang sudah suara housematenya yang berdua itu berganti dengan riuhnya di dalam Starbucks itu. Dengan bunyi locengnya, suara orang bercakap-cakap lagi tapi gadis di meja hujung sana langsung tidak berkutik. Macam suasana sekeliling langsung tak memberi apa-apa kesan kepadanya.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menghampiri gadis itu – tolak ke tepi segala rasa malu, segan itu semua – bertanyakan namanya, berborak dengannya dan menghabiskan segala masa yang ada hanya menatap seraut wajah itu. Adib menggaru-garu kepalanya. Hatinya meronta-ronta ingin menegur si gadis tapi kakinya terasa berat untuk melangkah menghampiri.

Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki menarik kerusi bertentangan dengan si gadis itu sebelum melabuhkan punggungnya. Mereka saling berbalas pandang sebelum senyuman terukir pada bibir kedua-dua mereka. Mereka bercakap sesuatu dan sesekali si gadis itu akan ketawa kecil sambil tangan kanan menutup sikit mulutnya. Manis sekali.

Adib mengetap bibir bawah. Siapa lelaki tu? Apa hubungan mereka? Kenapa si gadis itu ketawa-senyum macam tu? Kenapa dia nampak gembira? Ah, banyaknya soalan mengasak dada. Kenapa dia langsung tiada keberanian untuk mendekati? Hanya terus memerhati dari kejauhan macam orang angau begini? Kalau pun dia ada keberanian sebegitu belum tentu juga si gadis menerima dengan tangan terbuka keberaniannya itu, kan?

Anak mata terus memandang adegan di hadapannya. Sesekali dia mengalihkan pandangannya pada skrin laptop – tidak mahu nampak ketara dia sedang memerhati gadis itu. Adib berpura-pura menaip sesuatu dan lambat-lambat dia mengangkat wajahnya hendak memandang lagi sebelum anak matanya dan si gadis bertemu buat beberapa saat sebelum masing-masing mengalihkan pandangan. Dia rasa seperti ada panah menusuk tembus ke jantung.

Adib cuba lagi memandang si gadis tetapi susuk tubuh gadis itu juga lelaki itu tiada lagi di hadapannya. Ke mana mereka pergi?

***

“Kenapa tetiba je ajak jumpa ni?” Tegur lelaki di hadapannya. Qaisara tersenyum manis memandang lelaki di hadapannya. Dia sengaja tidak terus menjawab soalan yang diajukan. Membiarkan si lelaki di hadapannya terus menunggu dalam tanda tanya.

“Nur Qaisara, Afiq Haikal bertanya ni.”
               
“Ye, Afiq Haikal? Saya Nur Qaisara tak nak jawab.” Dia sengaja hendak menyakat. Afiq Haikal menggelengkan kepalanya. Bukannya dia tak tahu perangai Nur Qaisara yang suka bergurau dan menyakat itu.

“Penting ke nak jumpa ni?”
               
“Saya tak boleh jumpa sepupu saya ke?” Afiq Haikal menyoal dengan kening terangkat. Nur Qaisara ketawa kecil. Wah, sentap ke? Wajah sepupunya itu dipandang lama sebelum ketawa kecil meletus lagi dari celah bibirnya.

“Yang dari tadi ketawa ni kenapa?”

“Entah. Seronok jumpa awak, mungkin?” Jeda. “Eh, anyway awak perasan tak lelaki kat hujung sana?” Qaisara bertanya dengan riak serius. Afiq Haikal mengerutkan dahinya. Kenapa pulak ni? Dia meliarkan pandangannya mencari lelaki yang dimaksudkan sepupunya itu. Yang tu ke?

“Yang pakai t-shirt berkolar warna biru gelap tu?”

Qaisara menganggukkan kepalanya. Yelah, tu la. Ada lagi lelaki yang macam suspicious dalam Starbucks ni? Qaisara memicingkan matanya memandang lelaki itu yang tampak sibuk mengetuk papan kekunci laptop.

“Kenapa dengan dia?”

He’s been there for a week.”

“Jadi?”

“Dan dia asyik pandang saya! I don’t like it.” Hampir-hampir sahaja dia menjerit. Bukannya dia tak sedar sepasang anak mata yang asyik memerhatikannya itu. Entah apa salahnya pada lelaki itu sampaikan lelaki itu mengekori setiap gerak-gerinya. “Like a stalker.” Qaisara menambah dengan mata dikecilkan memandang Afiq di hadapannya.

Afiq menggelengkan kepalanya. “Tak baiklah cakap macam tu.” Dia memandang sekilas lelaki itu sebelum pandangannya kembali pada Qaisara. “Perasan much?”

Pap! Elok je tangan Qaisara menumbuk bahu Afiq. Ada ke kata macam tu? Qaisara mencebik. Mana ada perasan. Lagipun, apasal pulak tak baik? Benda betul apa? Tak ke macam stalker kalau boleh kata setiap hari dia ada kat situ, meja yang sama, dan dengan rutin harian yang sama – curi-curi pandang dirinya? Bukan nak kata perasan ke apa tapi obvious sangat!

Qaisara mengetuk permukaan meja dengan hujung jarinya. Malas nak memanjangkan isu yang menyesakkan otak. Biarlah dia nak buat apa. Ada mata, pandanglah. “Shall we go now? Mak long suruh singgah rumah.”

“Kenapa? Ibu dengan awak ada komplot apa ha?”

“Komplot carikan calon isteri untuk awak.”

Afiq buat muka annoying. Tak habis-habis dengan misi mencari calon isteri ibunya itu. Siap dengan Qaisara diheret sama untuk menjayakan agenda yang kononnya terbesar tu. Tanpa berlengah, mereka sama-sama bangun dari duduk mereka dan sama-sama melangkah meninggalkan Starbucks itu.

***
“AKU rasa aku nak kahwin.” Tanpa nada dia menutur sebaris ayat itu. Tiga kepala yang sedang fokus menonton televisyen berpusing laju memandang lelaki yang sedang bersandar dengan kepala memandang siling rumah mereka.
               
Ikmal mengangkat kening sebelah. “Aku tak salah dengarkan?” Dia memandang tubuh Adib yang sedang bersandar itu. Rafiq dah terkebil-kebil memandang Adib. Farouq yang tak tahu-menahu hal dalam rumah disebabkan dia terpaksa ke ekspedisi seminggu lepas hanya mampu mengerutkan dahinya.
               
“Tak. Aku serius nak kahwin.” Kaki yang tadinya bersila dilunjurkan.

“Kau kenapa?”
               
“Kau jumpa apa kat Starbucks tu sampai jadi macam ni?”
               
Adib menghela nafas panjang. “Kenapa tiba-tiba tanya pasal Starbucks?” Ni apasal semua tanya soalan tak tunggu aku jawab dulu? Dah serupa polis pencen je si Ikmal dengan Rafiq ni.
               
“Sebab kau pelik.” Laju Ikmal menjawab pertanyaan Adib. Ya! Adib sangat pelik. Pelik yang bukan biasa-biasa tapi luar biasa biarpun hakikatnya Adib dah memang sedia pelik dari awal perkenalan mereka.
               
Adib mengurut pangkal hidungnya dengan tangan kanan. “Tak ada apa yang pelik.” Dia menjawab malas. Malas sungguh bila diri diasak dengan soalan-soalan yang dia sendiri tak ada jawapan. Entah kenapa keinginan untuk berkahwin makin memuncak. Sebab gadis Starbucks ke? Tapi takkan sampai macam ni sekali impaknya?
               
“Kau kenapa. Cuba cerita?” Rafiq sudah menarik sila. Sudah bersedia untuk mendengar apa jua ayat yang bakal keluar dari mulut Adib. Ingat senang ke Adib nak buat sesi hati ke hati ni? Susah tahu?
               
“Tak ada apalah. Cuma aku rasa dah sampai masa nak kahwin.”
               
“Dah ada calon?” Ikmal pula bertanya. Farouq hanya menjadi pendengar setia. Tidak mencelah. Lagipun tak tau nak dicelah apa. Yelah, orang tak tau pangkal cerita baik diamkan diri, pasang telinga jadi penganalisis.
               
Adib menggelengkan kepalanya lambat-lambat. Tak ada atau ada? “Entah.” Jawapan paling senang yang mampu difikirkan tika itu. Otak dah tak mampu nak berkerja mencari jawapan sesuai. Lagipun, dia sendiri tak pasti dengan perasaannya. Ditambah pula tempoh hari dia ternampak gadis itu dengan seorang lelaki dia jadi sangsi. Entah-entah dia tunangan orang. Nak mampus?

“Entah? Dah tu nak kahwin macam mana?” Laju Ikmal meningkah. Parah sangat dah housemate aku sorang ni. Kata nak kahwin, tapi calon takde. Apa kes? “Kau okay ke tak?”

Adib menganggukkan kepalanya lambat-lambat. “Okay. Kot.”

Ikmal bingung. Apa benda yang merasuk si Adib ni. Tadi bercakap macam dah confirm nak kahwin. Tapi bila ditanya pasal calon dia kata tak ada. Bila ditanya okay ke tak dibalas okay tapi ada kot dihujung ayat. Jadi, sekarang ni macam mana?

“Kenapa nak kahwin?” Sekali lagi soalan itu diulang tanya.

Adib menggaru kepalanya. “Aku rasa aku dah jumpa dia.”

***
ADIB memanjangkan lehernya ke dalam Starbucks. Yes! Dia ada. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam menuju ke meja yang sama. Laptop di dalam beg galas dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Hati berkira-kira untuk berlakon seperti biasa atau menjayakan rancangan yang sepanjang malam difikirkan.

Kalau nak diikutkan rancangan yang difikirkan itu agak gila tapi peduli apa. Kasi redah! Hati yang penuh tanda tanya ni perlukan jawapan dan kepastian. Kalau dia tunangan orang maknanya makan asap jelah aku. Dah boleh aku kebumi dan tanam dalam-dalam apa-apa perasaan yang aku ada ni. Kalau dia kosong, akulah yang bakal memenuhkan ruangan kosong tu. Wah, berangan!

Adib membiarkan laptopnya habis loading sambil anak mata merenung gadis dimeja yang sama. Hari ni dia pakai selendang bercorak dan berdress labuh sepadan dengan selendang di atas kepala. Comel. Nampak lagi ayu. Selalunya dia berseluar jeans dan berblaus atau sekadar t-shirt lengan panjang. Hamboi, siap dah boleh tau dia pakai baju apa. Dahsyat.

Adib mengetuk permukaan meja dengan hujung jari. Masih memikirkan apa yang perlu dilakukan. Lama-lama boleh sakit otak tambah sakit jiwa dengan diri sendiri. Think, Adib. Think! Nak lepaskan peluang depan mata lepas tu makan asap atau kau teruskan dengan plan kau tu. Mana kau nak? Adib gigit bibir bawah. Ah, redah jelah.

Laptop yang sudah habis loading dibiarkan dimeja. Bibir terkumat-kamit sambil dia bangun dari duduk dan melangkah menghampiri meja si gadis misteri. Ceh, misteri la sangat Adib oi. Si gadis yang leka dengan novel ditangan langsung tak sedar akan kehadiran Adib di sisi meja. Adib dah rasa kaki menggeletar. Rasanya kalau buat-buat pengsan pun sempat jugak ni. Ah, macam-macamlah Adib oi.


Adib berdehem. Cuba menarik perhatian si gadis yang tenggelam dengan dunianya. Qaisara yang sedang tekun membaca angkat muka dari perkataan-perkataan di hadapan ke wajah Adib yang berdiri statik memandang tepat ke arahnya. Qaisara angkat kening.

Adib mengurut pangkal tengkuk. “Would you marry me?”

Qaisara membuntangkan biji matanya. What?

Adib dah rasa nak terjun dari bangunan lima belas tingkat. Kau cakap apa woi. “Eh, tak tak. Boleh kita berkenalan?” Adib rasa nak bunuh diri. Macam mana benda tu pulak yang boleh terkeluar. Gila punya segan. Segan tahap kalau mati pun tak hilang-hilang jugak segan tu.
               
Novel ditangan sudah pun ditutup. Kedua-kedua belah tangan ditaut dan diletakkan di atas novel. Merenung Adib di hadapannya yang masih berdiri. Qaisara menarik senyuman nipis. “Sure.” Dia memberi isyarat supaya Adib duduk dihadapannya.

Kerusi ditarik. “Qaisara. Nur Qaisara.”

Adib senyum. Hati terasa berbunga-bunga. “Adib. Muhammad Adib Aiman.”

Semuanya bermula di sini.

5 comments:

  1. aku tak hbs menangis lg ni. terharu pny pasal hahaha XD nice one pitak

    ReplyDelete
  2. Sambunglah pitakchan. Tolonglah sambung - F

    ReplyDelete
  3. Woii... ni mana sambungan ni.. dengki betul la buat cerita separuh. Hahhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang ending. takdak sambungan dah hahahaha

      Delete
    2. baru dapat baca ari nie... ter baek kot...
      lg super duper best kalau ada smbungan!!!

      Delete